13 MEI Sebelum dan Selepas -Tunku Abdul Rahman

13 MEI SEBELUM DAN SELEPAS

TUNKU ABDUL RAHMAN


1 Ilham dari Hospital
2 Bayangan Masa Lampau
3 Pilihan Raya Umum
4 Kongsi Gelap dan Orang Cina
5 Tipu Helah dalam Kempen
6 Sidang Islam yang Bersejarah
7 Upacara Pengebumian "Pahlawan" Merah
8 Pengundi Membuang Undi
9 Hasil-hasil yang Mengejutkan

10 Mabuk "Kemenangan"

11 Api Menyala Malam
12 Tindakan-tindakan dan Kejadian-kejadian

13 Keadaan Darurat
14 Pulih Kembali
15 Sepucuk Surat
16 Rebutan Kuasa dalam UMNO

17 Perlembagaan dan Hak Asasi Melayu

18 Pemerintahan Beraja atau Republik?

19 Khidmat Bakti dan Pengorbanan

20 Falsafah Hidup
21 Peranan Akhbar dan Rusuhan

22 Pengajaran daripada Baling
23 Mimpi dan Alamat

-------------------------------------------------

1. Ilham dari Hospital

Apabila seseorang yang sedang terbaring di hospital kerana menanti waktu untuk sembuh daripada pembedahan, banyak waktu yang terluang untuk berfikir. Dalam kesunyian dan kesepian sepanjang malam, maka terbayanglah dalam fikirannya segala kejadian, peristiwa yang berlaku dan kesan yang telah timbul sehingga jelaslah kepadanya masalah dan keadaan yang dihadapi serta cara bagaimana persoalan itu dapat diselesaikan. Memang benar kata orang, dalam kesepian sedemikian datang pelbagai ingatan, perasaan, dan juga ilham. Demikian juga yang terjadi ke atas diri saya ketika bersendirian di hospital baru-baru ini.

Pada 6 Jun 1969, ketika negara sedang menghadapi krisis besar. dengan takdir Allah SWT saya terpaksa dirawat di hospital meskipun pada ketika itu hati saya running dan fikiran saya bercelaru dengan peristiwa sedih yang telah berlaku di Malaysia tiga minggu lalu.

Saya dimasukkan ke hospital bukan dengan kehendak hati saya sendiri, tetapi dengan takdir Ilahi. Mata saya telah menjadi lemah kerana terlampau berat memikirkan (siang dan malam) hal-hal ketegangan dan krisis yang sedang berlaku. Saya sendiri sedar bahawa mata kanan saya bertambah rosak, dan jika tidak diubati dengan serta-merta, mungkin penglihatan saya akan hilang.

Maka dengan nasihat pakar mata saya, Dr. Keshmahinder Singh dan doktor peribadi saya, Dato' Dr. Pillai, saya bersetuju supaya dijalankan pembedahan ke atas mata yang telah lama saya tangguhkan. Seorang pakar bedah mata yang terkenal bernama Dr. Redmond Smith dari Moorefield Hospital, England, telah dipanggil untuk menjalankan pem¬bedahan itu. Beliau telah tiba di Kuala Lumpur pada 6 Jun dan saya telah dimasukkan ke Hospital Universiti, Kuala Lumpur pada petang itu juga untuk menjalani pembedahan pada keesokan paginya.

Sejak saya menceburkan diri dalam gelanggang politik, menjadi ke¬laziman saya untuk berfikir dengan semasak-masaknya apa jua masa¬lah yang sedang dihadapi selepas sembahyang subuh. Sebenarnya inilah tabiat saya sepanjang hidup saya. Peristiwa-peristiwa sedih yang berlaku dalam beberapa minggu lepas telah menjadi persoalan yang amat berat yang terpaksa saya pikul. Oleh itu, meskipun saya dimasukkan ke hos¬pital dengan cara terpaksa, namun saya menyambut baik kesempatan itu kerana saya dapat berfikir dengan tenang dan semasak-masaknya tentang apa yang telah berlaku dalam negara yang saya kasihi.

Buku ini adalah hasil daripada renungan saya selama 10 hari dan 10 malam. Sebelum dimasukkan ke hospital, saya telah membuat keputusan dan telah mengisytiharkan bahawa tidak lama lagi saya akan menulis berkenaan pilihan raya baru-baru ini, rusuhan, dan kesan-kesan daripada¬nya. Maka, boleh dikatakan bahawa pembedahan ini sebagai satu hikmah daripada Allah SWT, meskipun saya terpaksa menanggung kesakitan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk melahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada pakar-pakar tersebut dan juga kepada Profesor Dato' Danaraj serta kakitangan Hospital Universiti, atas segala layanan yang telah diberikan.

Meskipun saya bukan seorang pengarang, tetapi disebabkan mem¬punyai masa yang banyak dengan tidak membuat apa-apa ketika terbaring di hospital, maka saya terfikir seelok-eloknya apa yang ada dalam fikiran saya ini dikumpulkan menjadi sebuah buku. Saya teringat kepada kata¬kata, "dalam sesebuah negara yang penduduknya terdiri daripada orang buta, orang yang mempunyai satu mata akan menjadi raja." Ketika di hospital, hanya sebelah mata saya yang berfungsi. Oleh sebab saya tidak ingin negara saya atau penduduk negara ini menjadi buta dengan segala hakikat sebenar yang mesti kita hadapi, maka inilah peluang untuk saya melahirkan pandangan.

Saya tidak mempunyai pengalaman dalam lapangan kewartawanan. Oleh itu, tulisan yang merupakan pendapat-pendapat saya dalam buku ini janganlah dinilaikan dari segi kewartawanan dan kesusasteraan. Pada saya, buku ini merupakan satu usaha untuk membuka mata penduduk negara ini menerima hakikat sebenar dan membuka segala kepalsuan dan perbuatan tipu helah. Oleh yang demikian, timbullah kesedaran bagaimana kita semua dapat memainkan peranan masing-masing dengan sebaik-baiknya untuk masa depan negara.

Buku ini tidak ditujukan kepada dunia secara umum, tetapi kepada saudara-saudara saya (rakyat negara ini) yang tahu dan mengenali orang dan tempat-tempat yang disebutkan. Saya suka membentangkan kepada mereka perkara-perkara dan kejadian-kejadian menurut pengetahuan dan penyiasatan saya, tentang hal sebenar yang telah berlaku menurut pandangan saya, meskipun is amat dahsyat. Inilah tujuan saya dan ber¬harap mereka akan merenung dan memikirkan seperti yang telah saya lakukan di atas peristiwa sedih yang telah kita semua alami. Saya berazam bahawa kejadian itu tidak akan berulang buat selama-lamanya.

Dalam tempoh 12 tahun kita hidup dalam sebuah negara yang merdeka, kita telah menghadapi pelbagai kesulitan yang timbul dari dalam dan luar negeri, namun kita berjaya mengatasinya sebagai sebuah negara yang berdaulat dan sebagai satu bangsa bebas yang hidup serta bekerjasama menurut asas demokrasi yang tulen.

Kita telah bersama-sama menderita dan mengalami azab serta sengsara selama tiga tahun semasa peperangan dan pemerintahan Jepun. Selepas itu, setelah tiga tahun berada dalam keamanan, sekali lagi kita menghadapi pelbagai percubaan dan penderitaan disebabkan pembe¬rontakan dalam negeri yang dilancarkan dan dipimpin oleh Parti Komunis Malaya—iaitu Darurat yang telah berlanjutan selama 12 tahun. Namun, dalam tempoh ini kita telah mencapai dua kemenangan. Kemenangan pertama, kita muncul sebagai satu bangsa yang bebas; dan kemenangan kedua yang gilang-gemilang ialah mengalahkan komunis.

Selepas penubuhan Malaysia dalam tahun 1963, sekali lagi kita menghadapi satu ancaman pencerobohan, dan kali ini dari luar negara, iaitu pergaduhan dengan Indonesia selama tiga tahun yang diketahui oleh dunia sebagai "konfrontasi". Sukacita saya mengatakan bahawa selepas pertelingkahan yang menyedihkan itu, Malaysia dan Indonesia kini menjadi sahabat yang rapat dan jiran yang akrab.

Sepanjang tempoh tersebut, suara rakyat sentiasa memainkan peranan yang penting. Mereka melahirkan pandangan dan memberikan undi empat kali dalam pilihan raya—pertama, dalam tahun 1955, iaitu semasa penjajahan British; dan kemudian dari itu tiga kali dalam masa kita men¬jadi negara yang bebas, iaitu dalam tahun 1959, 1964, dan akhirnya 1969.

Sejak mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, saya telah ditanya berulang kali sebagai perdana menteri, bagaimanakah saya telah dapat menyatupadukan pelbagai kaum dalam negara ini meskipun mereka mempunyai adat istiadat, agama, dan cara hidup yang berlainan serta mengawal mereka supaya berbaik-baik dan hidup dengan aman antara satu sama lain.

Saya sentiasa menjawab bahawa puncanya terletak atas tabiat dan rasmi penduduk itu sendiri kerana semua kaum yang ada di sini tabu menjaga perasaan antara satu sama lain serta mempunyai sifat berbaik sangka. Setiap individu bebas menjalani kehidupan masing-masing, sama ada dalam bidang perniagaan, pekerjaan ataupun politik. Sebagai individu mahupun kumpulan, kita mempunyai perasaan sendiri sama ada suka ataupun tidak terhadap sesuatu perkara, kita bebas menyimpan perasaan itu. Kita harus bersetuju ataupun tidak dengan sesuatu perkara, tetapi kita hendaklah sentiasa bekerjasama kerana kita percaya semangat demokrasi ialah cara yang sebaik-baiknya untuk kehidupan.

Satu contoh pelaksanaan demokrasi yang telah dilakukan ialah penggubalan Perlembagaan negara. Isi dan kandungan Perlembagaan itu telah dibahaskan secara terbuka pada setiap peringkat dan golongan masyarakat negara ini. Mereka telah mengemukakan pandangan dengan bebas, sama ada secara perseorangan ataupun beramai-ramai, sehingga akhirnya wujud satu persetujuan di atas Perlembagaan itu, termasuk¬lah persoalan yang mempunyai tentangan seperti kerakyatan, bahasa kebangsaan, dan keistimewaan untuk kedudukan orang Melayu. Perlem¬bagaan itu menjadi satu perjanjian kebangsaan yang mengikatkan kita semua menjadi satu.

Namun begitu, kesabaran kita sebagai satu bangsa yang merdeka ada batasnya. Parti Komunis Malaya telah diharamkan sehingga pada hari ini kerana setelah mengalami pengalaman yang pahit, kita dapati bahawa pada asasnya tujuan komunis amat bertentangan dengan cara hidup yang kita pilih. Kita tidak dapat melupakan pemberontakan yang menyebabkan tidak terkira banyaknya nyawa yang telah terkorban dan harta benda musnah, serta kita terpaksa mengeluarkan belanja yang besar daripada Wang negara, sehingga melumpuhkan ekonomi negara.

Kita tidak akan sekali-kali membiarkan kuman politik seperti ini membiak dan menjahanamkan tubuh badan bangsa dan negara. Malang¬nya, sebagaimana yang akan saya terangkan dalam buku ini—peristiwa¬peristiwa yang berlaku menunjukkan bahawa pengkhianat komunis masih wujud dalam kalangan kita dan mereka sentiasa bersedia untuk menjahanamkan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi. Oleh itu, kita perlu sentiasa berwaspada bagi menentang pengkhianat itu.

Selain itu, Malaysia boleh dikatakan mengamalkan demokrasi libe¬ral dalam semua lapangan. Parti-parti politik yang lain boleh ditubuh¬kan secara bebas dan bergerak dengan terang-terangan. Parti-parti baru pula sentiasa muncul, tetapi secepat itu pula mereka lenyap. Parti saya, Perikatan, hidup terus untuk mempertahankan demokrasi.

Maka dengan semangat persefahaman dan saling menghormati dalam kalangan rakyat negara ini, negara dan bangsa kita telah maju ke hadapan dengan teratur dan tersusun sejak kemenangan besar yang pertama dalam pilihan raya tahun 1955. Semangat ini jugalah yang telah dipegang oleh rakyat dalam pilihan raya di peringkat persekutuan dan negeri, sehingga¬lah berlakunya peristiwa dalam tahun 1969 ini.

Sebenarnya dalam beberapa tahun yang lepas, perkembangan politik dan kemajuan ekonomi berjalan seimbang dan selaras dalam sebuah negara yang bersatu padu, yang rakyatnya hidup dengan puas hati dan bahagia, sehingga saya beberapa kali telah menyebut secara terang¬terangan bahawa saya merupakan perdana menteri yang paling bahagia sekali di dunia ini. Sungguhpun begitu pada 13 Mei, dengan tidak se¬mena-mena saya dapati bahawa saya seorang perdana menteri yang paling masyhur. Saya tidak merasa syak bahawa dengan rahmat Allah SWT, maka dalam masa yang singkat saya akan dapat sekali lagi me¬rasakan diri saya sebagai seorang perdana menteri yang bahagia.

Jika kita menoleh ke belakang, maka tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa pada umumnya rakyat Malaysia telah hidup dengan terlampau bebas dan bersenang-lenang, dengan tidak mengambil berat hal-hal yang berlaku. Kita telah hidup dalam suasana kesenangan dan tidak ada sebab mengapa cara hidup kita yang bahagia itu tidak boleh berlanjutan buat selama-lamanya.

Kita tidak sangka bahawa impian kita untuk terus mencapai kejayaan telah berkecai pada 13 Mei tahun ini dalam bentuk rusuhan kaum di bandar Kuala Lumpur yang aman ini, iaitu suatu pergaduhan dan ke¬kacauan yang tidak pernah berlaku seumpamanya dalam negara ini.

Banyak orang yang telah terperangkap di tengah-tengah kekacauan dan rusuhan yang ngeri dan dahsyat itu, terutamanya mereka yang ada di panggung wayang, kelab, kedai makan, dan tempat hiburan yang lain. Orang lelaki, perempuan, dan kanak-kanak daripada semua kaum ter¬paksa mencari perlindungan untuk menyelamatkan diri.

Banyak yang telah terbunuh dan beratus-ratus pula yang telah ter¬cedera. Rumah telah dibakar, harta benda dimusnahkan, dan kenderaan dirosakkan. Seluruh ibu kota yang biasanya sibuk dan aman telah ber¬ada dalam kecemasan. Perbuatan-perbuatan kejam yang berleluasa se¬perti itu tidak pernah berlaku pada masa dahulu dalam negara ini, di mana penduduk daripada pelbagai kaum telah menikmati keamanan dan ketenteraman sejak zaman-berzaman.

Perasaan takut dan terkejut telah meresap ke dalam hati sanubari seluruh penduduk negara ini, sehingga kita masih berasa gementar setiap kali teringatkan kejadian yang dahsyat itu. Dari segi kedudukan geografi, Malaysia tidak terletak dalam lingkungan gempa bumi, tetapi pada 13 Mei 1969, nyatalah merupakan satu letupan gempa masyarakat dan politik yang amat mengerikan.

Back

-------------------------------------------------

2. Bayangan Masa Lampau

Ada orang menyatakan bahawa peristiwa yang lepas boleh dijadikan sandaran bagi peristiwa yang akan datang. Namun, hanya seorang wali sahaja yang mungkin dapat meramalkan bahawa faktor-faktor penting yang membawa kepada kekacauan yang telah berlaku itu ialah detik­detik kejadian yang berlaku dalam tahun 1967 dan 1968, iaitu sebelum tarikh pilihan raya diumumkan dalam tahun 1969.

Namun begitu, sebelum saya menghuraikan satu persatu tentang peristiwa ini, saya berminat menerangkan beberapa perkara. Pertama sekali, pilihan raya pada 1969 dan huru-hara yang berlaku pada 13 Mei itu mempunyai kaitan antara satu lama lain.

Semua pilihan raya yang lepas di negara ini telah dijalankan dengan sempurna dalam suasana muhibah dan Baling mengerti. Begitu juga hari mengundi ketika pilihan raya 1969 ini yang jatuh pada hari Sabtu, 10 Mei di Malaysia Barat. Semuanya berjalan dengan lancar sebagai­mana pilihan raya yang lepas dengan tiada rintangan. Namun begitu, dalam susana kempen pilihan raya, perbuatan-perbuatan liar telah berlaku dan ucapan-ucapan tidak bertanggungjawab telah diucapkan. Oleh itu, kita perlu mengkaji apakah yang telah berlaku sebelum pilihan raya dan semasa pilihan raya dengan tujuan untuk mencari dan memahami mengapa dan bagaimana rusuhan ini meletus secara tiba-tiba.

Perkara kedua yang ingin saya tegaskan ialah pengaruh fahaman komunis. Tidak ada negara dalam dunia ini yang boleh berdiri sendiri, meng-asingkan diri daripada pengaruh ideologi atau fahaman luar. Ma­laysia dan negara-negara Asia pada hari ini sedang menghadapi ancaman daripada Cina Komunis. Dengan adanya kemudahan alat perhubungan seperti yang terdapat pada zaman kita ini, maka adalah mustahil kita terselamat daripada pengaruh ajaran komunis yang dipancarkan dari Peking itu. Kemudian, is dipetik dan disebarkan di negara ini secara melulu oleh pihak tertentu.

Terdapat sesetengah orang yang mempersendakan saya dengan mengatakan saya terlampau takut kepada komunis, seolah-olah ada komunis dalam setiap semak. Namun, menjadi kewajipan saya sebagai perdana menteri untuk menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman dari dalam dan luar kerana saya selalu mendapat maklumat dan laporan sulit. Saya tidak pernah memperkecilkan pengaruh yang ditanamkan oleh komunis. Kita mesti sentiasa berwaspada untuk me­ngamati, pada sebarang waktu, kesan dan pengaruh fahaman komunis yang mungkin telah meresap ke dalam hati dan fikiran orang kita, terutama sekali golongan belia.

Peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang pada 19 November 1967 merupakan satu contoh yang menggambarkan sejauh mana penyokong komunis, sama ada yang bergerak secara terang-terangan ataupun sulit, sanggup melakukan sesuatu untuk merosakkan kepentingan Malaysia.

Pergaduhan kaum telah timbul di sana sewaktu anggota Cina dalam Gerakan Belia Mao Tze Tung telah mengambil kesempatan atas langkah kerajaan menurunkan nilai mata wang lama Malaysia sebagai alasan untuk melancarkan hartal. Beberapa pertempuran telah berlaku, orang Melayu dan penyokong yang setia kepada kerajaan menjadi sasaran se­rangan mereka itu. Beberapa orang yang terperangkap dalam kejadian itu telah berjaya mengembalikan ketenteraman secara serta-merta dengan mengenakan perintah berkurung dan menangkap orang yang disyaki.

Tujuan komunis itu adalah untuk melancarkan hartal di seluruh negara, tetapi mereka gagal kerana penduduk di tempat-tempat lain tidak mengendahkan seruan mereka dan menjalankan perniagaan mereka seperti biasa.

Dalam bulan Jun 1968, hukuman gantung hampir dijalankan terhadap 11 orang Cina yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya yang telah dihukum bunuh kerana membantu pihak Sukarno menyerang selatan Malaysia. Perintah hukuman gantung yang sama juga telah ditanda­tangani ke atas dua orang Melayu di Perak.

Dr. Tan Chee Khoon yang pada ketika itu menjadi anggota Parlimen Parti Buruh bagi kawasan Batu telah membuat rayuan untuk menangguh hukuman gantung itu. Bersama-sama dengan ahli Parti Buruh dan pe­nyokong komunis, beliau telah melancarkan satu kempen besar-besaran, dari rumah ke rumah, dari pintu ke pintu untuk memungut tandatangan dengan tujuan bagi menimbulkan rasa simpati orang ramai terhadap 11 orang yang dihukum bunuh itu. Pihak akhbar juga memainkan peranan yang besar dalam kempen ini.

Anasir-anasir yang prokomunis telah menghasut ibu bapa dan waris pemuda yang dihukum bunuh itu supaya mengadakan perjumpaan be­ramai-ramai untuk membantah. Namun, rayuan mereka telah ditolak oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak.

Sementara itu, tarikh bagi menjalankan hukuman gantung telah hampir. Di luar pintu Penjara Pudu di Kuala Lumpur dan di sepanjang jalan menuju ke penjara itu, tunjuk perasaan secara liar telah dilakukan oleh orang tertentu termasuk belia-belia komunis. Mereka membaling batu ke kereta yang lalu di situ dan menghalang lalu lintas.

Untuk mengelakkan daripada timbulnya pergaduhan di seluruh negara yang mungkin membawa kepada rusuhan antara kaum yang boleh menumpahkan darah, maka saya sendiri telah menyembahkan rayuan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak bagi pihak orang yang dihukum gantung itu. Baginda bersetuju meringankan beban hukuman itu kepada penjara seumur hidup. Sama ada tindakan itu betul atau salah, tujuan saya adalah untuk menyelamatkan 1000 jiwa dengan menyelamatkan 11 orang komunis di Johor dan dua orang penderhaka Melayu di Perak daripada dihukum gantung.

Akhirnya tunjuk perasaan itu dihentikan dan keamanan telah di­pulihkan. Namun begitu, masih lagi terdapat rasa gelisah seperti api dalam sekam, dan kerajaan sedar mungkin perkara ini tidak setakat itu sahaja. Maka, kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk mencegah daripada berlakunya sebarang kekacauan dengan cara melipatgandakan penga- wasan sebagai langkah berjaga-jaga. Api dalam sekam perlu diawasi dengan bijak.

Komunis telah mendapat pengalaman dan pengajaran daripada kejadian itu sebagaimana yang terbukti daripada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku kemudiannya. Mereka sengaja menaikkan perasaan orang ramai dalam hal yang melibatkan 11 orang Cina itu sahaja, tetapi tiada langsung timbul suara bagi pihak dua orang Melayu. Hasil daripada pe­ngajaran ini, orang ramai dapat diapi-apikan hingga sampai kepada satu keadaan yang boleh menimbulkan kekacauan dalam garis undang­undang, maka kemungkinan untuk melakukan kekacauan dengan meng­apikan perasaan perkauman di luar undang-undang tentulah akan lebih menggoncangkan seluruh negara. Mereka cuma perlu meniup api itu untuk menyemarakkan satu kebakaran yang dahsyat.

Sebenarnya anasir puak pelampau kiri yang sentiasa menunggu ke­sempatan untuk menimbulkan kekacauan, tidak berlengah-lengah lagi daripada menunjukkan jalan untuk bertindak pada masa hadapan, ber­tentangan dengan kepentingan negara. Selepas enam minggu komunis dan pengkhianat itu diringankan hukumannya pada 13 Oktober, Parti Buruh (iaitu Sosialis) telah mengisytiharkan yang mereka akan memulau­kan pilihan raya yang akan diadakan dalam tahun 1969.

Saya tidak mengerti kenapa ahli politik boleh terpengaruh dengan cara memulaukan pilihan raya itu. Hal ini kerana percubaan-percubaan yang seperti itu di Malaysia dan Singapura pada masa-masa yang lepas sentiasa menemui kegagalan.

Langkah Parti Buruh ini semata-mata meniru teknik Barisan Sosialis Singapura yang enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya dan dengan kedegilannya berpegang pada polisi ini, parti itu akhirnya lenyap. Mereka menarik keluar ahli mereka dari Dewan Undangan Singapura, tetapi mereka tidak melakukan sebarang tindakan kekerasan. Mungkin kerana kebanyakan pemimpin kerajaan Singapura ialah orang Cina. Oleh itu, Barisan Sosialis mendapati sesuai dengan tujuannya untuk me­ngekalkan negara itu sebagai tapak untuk kemasukan anasir subversif komunis.

Parti Buruh di Malaysia telah mengikut jejak yang buruk itu dan barangkali juga mereka hendak menjadi satu parti yang kaku sebagaimana Barisan Sosialis. Pemimpin-pemimpin mereka tidak dapat meramalkan perkembangan seterusnya dan menjangkakan sikap sedemikian akan membawa bencana seperti diharapkan. Memang menjadi taktik komunis menyalakan api pada seberapa banyak cerek yang boleh, dengan harapan salah satu daripadanya akan meletup dengan sendirinya.

Sebelum kejadian itu, iaitu pada 1968, keadaan aman dalam gelang­gang politik dengan parti-parti pembangkang. Satu perkembangan terbaru berlaku, iaitu perisytiharan penubuhan sebuah badan politik baru pada bulan April, iaitu Parti Pergerakan. Parti ini terdiri daripada mereka yang menggelarkan diri "bijak pandai" dan golongan terpelajar yang pendirian­nya bercanggah dan menentang dasar-dasar kerajaan Perikatan.

Pada masa itu, tiada lagi pengisytiharan pilihan raya. Perikatan berkuasa mengisytiharkan satu pilihan raya mengejut pada bila-bila masa dalam tahun terakhir tempoh perkhidmatannya. Namun demikian, sebaliknya berlaku. Saya telah mengisytiharkan kerajaan akan memenuhi tempoh perkhidmatannya selama lima tahun.

Parti Buruh menyifatkan sikap saya ini sebagai satu muslihat kerana mereka yakin saya akan melakukan sesuatu yang memeranjatkan. Menurut Perlembagaan, jika pilihan raya tidak diadakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh tamatnya tempoh perkhidmatan lima tahun lepas. Ini bermaksud pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya menjelang bulan April 1969.

Tiba-tiba Parti Buruh telah meniru satu lagi perbuatan Barisan Sosialis, iaitu satu langkah yang belum pernah berlaku dalam negara kita yang demokratik sejak merdeka. Mereka mengisytiharkan akan menarik keluar serta-merta kesemua ahlinya dari Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Dalam Parlimen, mereka mempunyai dua orang ahli iaitu Dr. Tan Chee Khoon dan Encik Lim Kean Siew.

Keputusan ini telah menimbulkan keadaan kelam-kabut dan per­pecahan dalam kalangan ahli mereka sendiri. Jelaslah kepada orang ramai bahawa tindakan yang baru ini tidak disokong dengan sebulat suara oleh kesemua ahli Parti Buruh. Encik Lim mengambil masa berminggu­minggu untuk membuat keputusan ini. Akan tetapi, Dr. Tan pula yang enggan menarik diri dari Parlimen, kemudian telah meninggalkan rakan­rakannya dalam Parti Buruh hanya semata-mata untuk menyertai Parti Gerakan yang baru.

Mungkin juga hal ini merupakan satu muslihat dan tipu helahnya atau partinya untuk menutup kekalahan golongan sosialis dalam pilihan raya yang lepas. Dalam parti baru, Dr. Tan yang menjadi setiausaha agung telah mendapat sokongan kuat daripada ahli Parti Buruh yang telah lumpuh itu dan juga secara rahsia menagih simpati komunis.

Dengan itu, tamatlah perkembangan politik bagi tahun 1968, iaitu dengan bermulanya bulan puasa pada pertengahan bulan November dan perayaan Hari Raya dan Perayaan Hari Krismas selama tiga hari berturut­turut. Kehidupan masyarakat di Malaysia telah berjalan seperti biasa dengan penuh semangat persahabatan. Begitu juga kepercayaan dan pe­rasaan kita pada hari menjelangnya tahun baru. Kita tidak dapat meramal apa yang akan terjadi dalam tahun baru itu dan pada masa hadapan

Back

-------------------------------------------------

3. Pilihan Raya Umum

Pada awal tahun 1969, saya sibuk dengan persiapan Persidangan Perdana Menteri Komanwel dalam bulan Januari. Selepas pulang dari persidangan, iaitu pada 20 Mac, kerajaan mengisytiharkan pilihan raya akan diadakan pada 10 Mei dan hari penamaan calon telah ditetapkan pada hari Sabtu, 5 April.

Parti-parti politik mula melipatgandakan kempen walaupun sebelum ini telah dijalankan secara rahsia. Melihat pada perkembangan masa itu, pilihan raya tersebut sungguh hebat berbanding sebelumnya. Gerakan­gerakan parti politik bertambah hebat dijalankan dan apabila hari pe­namaan calon hampir tiba, timbul pelbagai tekaan terhadap pilihan calon. Selain itu, parti-parti lawan sekali lagi telah bergabung untuk menentang Parti Perikatan. Namun, usaha mereka gagal, tetapi persetujuan telah di­capai antara beberapa parti untuk tidak bertanding antara satu sama lain.

Jelaslah di sini bahawa ugutan Parti Buruh untuk memulau pilihan raya kali ini benar-benar berlaku dengan sokongan pihak komunis di belakangnya. Pada hari penamaan calon, polis telah menjumpai 55 bendera komunis di Perak dan berlaku tunjuk perasaan secara mengejut di Kuala Lumpur. Pada keesokan harinya, iaitu 6 April, sebuah skuter terbakar dijumpai di Ampang dan sembilan hari kemudian, iaitu 15 April di Cheras pula sebuah kereta peronda polis telah dibaling dengan batu. Kedua-dua kejadian ini berlaku di pinggir bandar Kuala Lumpur.

Pada hari penamaan calon, semua parti seolah-olah bersetuju bagi menandakan bermulanya pergolakan antara mereka. Kempen-kempen sebelum ini diperhebatkan lagi.

Hanya sebuah parti sahaja yang bertanding untuk semua kerusi, iaitu Parti Perikatan yang memerintah. Parti ini terdiri daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA), dan Kongres India Malaysia (MIC).Lima buah parti telah menentang Perikatan. Parti-parti itu ialah parti­parti yang telah bertanding dalam pilihan raya Parlimen.

1. Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Parti Islam yang memerintah di Kelantan, mempunyai sembilan orang wakil dalam Parlimen.

2. Parti Gerakan, sebuah parti baru yang dipimpin oleh Syed Hussain Alatas sebagai presiden, Dr. Lim Chong Eu dan Encik V. David sebagai naib presiden dan Dr. Tan Chee Khoon sebagai setiausaha agung.

3. Parti Tindakan Demokrat (DAP), sebuah cawangan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura, dengan Encik Goh Hock Guan sebagai setiausaha penyenggaraan.

4. Parti Progresif Rakyat (PPP), dengan Dato' S.P. Seenivasagam sebagai presiden.

5. Sebuah parti baru di Seremban yang dikenali dengan nama Per­tubuhan Cina Malaysia Bersatu (UMCO), dengan Encik Chin See Yin sebagai presiden.

Selain itu, Parti Rakyat merupakan sebuah pertubuhan berhaluan kiri yang dipengerusikan oleh Encik Kassim Ahmad dan Syed Hussein Ali sebagai setiausaha agung, telah meletakkan calonnya dalam pilihan raya Majlis Undangan 11 buah negeri. Beberapa orang calon bebas telah bertanding di peringkat parlimen dan negeri. Semua pilihan raya di Ma­laysia Barat telah ditetapkan pada 10 Mei; di Malaysia Timur pula beberapa hari telah ditetapkan sehingga hujung bulan Jun.

Kempen diadakan selama tujuh minggu untuk rakyat menentukan pilihan mereka pada hari membuang undi, iaitu 10 Mei. Pilihan raya yang lepas berjalan dengan harmoni berbanding pilihan raya 1969, di mana berlaku kecaman, perbuatan tidak sopan, dan perkataan yang menyentuh perasaan.

Sejak permulaan kempen, PAS telah menggunakan sentimen per­kauman dan keagamaan untuk mendapat sokongan daripada orang Melayu di semua negeri selain Kelantan kerana mereka telah berkuasa di negeri tersebut. Bagi Parti DAP, Gerakan, dan PPP pula, mereka me­ngapikan perasaan dan sentimen orang Cina dengan mengatakan mereka akan merampas hak orang Melayu sebagaimana yang tercatat dalam Perlembagaan; dan menekankan bahawa mereka akan mengamalkan dasar berbilang bahasa di Malaysia jika mereka menang dalam pilihan raya itu. Keempat-empat parti ini telah mengeluarkan isu-isu sensitif dan menyentuh perasaan kedua-dua kaum terbesar di Malaysia.

Sejak pilihan raya 1964, parti pembangkang telah melancarkan dakyah dan cara halus untuk mendapatkan beberapa buah kerusi dalam pilihan raya akan datang. Namun, cara mereka berkempen telah terkeluar dari­pada batas kesopanan. Perbuatan ini telah menyebabkan pergeseran antara dua kaum tidak dapat dielakkan. Lantas, komunis mengambil kesempatan dalam suasana yang keruh ini.

Ancaman komunis telah bergerak secara berselindung dalam mana­mana parti dan dilakukan dengan apa jua cara untuk mencapai tujuan mereka. Keadaan ini sangat berbahaya kerana menggunakan dakyah­dakyah yang baru bagi mendapat sokongan orang Cina, terutama sekali yang enggan menyifatkan Malaysia sebagai negara tanah tumpah mereka sendiri. Mereka menanamkan perasaan perkauman dalam hati dan fikiran orang Cina untuk ditarik masuk ke dalam gerakan komunis.

Pada masa dahulu, ideologi dan cara mereka tidak memberi kesan kerana masyarakat telah mendapat kebahagiaan hidup dan memiliki apa yang perlu untuk kehidupan. Mereka sendiri telah melihat dan menang­gung keperitan dan kepahitan hidup dalam tempoh 12 tahun komunis mengganas di negara ini dan mereka tidak akan melupakan pengala­man pahit itu seumur hidup mereka. Oleh itu, taktik baru mereka tidak akan memberi kesan ke atas golongan yang telah mengalami kehidupan semasa Darurat.

Kehidupan rakyat berjalan seperti biasa, orang muda menjadi tua dan kanak-kanak menjadi dewasa. Golongan terbesar ialah belia dalam ling­kungan belasan tahun dan dua puluhan. Kanak-kanak yang masih kecil semasa Darurat mestilah tidak dapat mengingati kesusahan dan ketakutan kerana ancaman keselamatan serta nyawa mereka sentiasa terancam.

Parti komunis menghalakan taktik barunya kepada pemuda-pemudi ini kerana pada masa Darurat dahulu mereka belum cukup umur dan memahami akibat perbuatan komunis itu. Sekarang mereka telah dewasa dan boleh mengundi dalam pilihan raya. Komunis telah mempengaruhi dan menyesatkan fikiran belia yang belum boleh mengundi dengan harapan gerakan yang dijalankan oleh belia itu nanti akan menimbul­kan kesan yang boleh menanamkan rasa gelisah dan hilang kepercayaan dalam kalangan ibu bapa.

Belia yang mendapat kepercayaan dan perhatian daripada komunis ialah mereka yang mempunyai rasa kecinaan yang menebal dalam diri. Kebanyakan mereka menumpahkan taat setia mereka terhadap negara China. Golongan belia ini terdapat dalam parti pembangkang terutama sekali Parti Buruh yang terang-terangan menggunakan mereka.

Belia ini tidak boleh dikawal dan dihalang daripada menyertai parti komunis. Mereka menyertai komunis dengan fikiran dan fahaman, walau­pun tidak dengan tubuh badan mereka sebagai anggota parti. Ibu bapa tidak dapat menghalang mereka dan ini menyebabkan hubungan mereka dengan keluarga menjadi renggang dan fikiran mereka hanyut; mereka menjadi sesat dan tidak dapat mendengar serta melihat apa yang ada di sekeliling mereka kecuali pujukan komunis.

Segolongan lagi belia Cina ialah golongan yang bercita-cita tinggi serta berlagak pandai dan bijak bercakap, menggelarkan diri mereka go­longan terpelajar dan lulusan universiti, malah sekarang boleh mengundi. Pemuda-pemudi ini enggan mengakui perimbangan kuasa antara golong­an politik dan ekonomi, iaitu hakikat bahawa is telah dipersetujui oleh semua pihak dan ditentukan secara adil dalam Perlembagaan.

Golongan belia ini tepat seperti yang dimaksudkan oleh Robert Louis Stevenson dalam tulisannya yang berbunyi:

"Mungkin politik ialah satu-satunya pekerjaan yang dianggap
tidak memerlukan sebarang persiapan atau pelajaran."

Mereka bercita-cita hendak mengambil bahagian dengan bersungguh­sungguh dalam lapangan politik, dengan harapan akhirnya mereka akan menjadi pemimpin utama bagi orang Cina dalam dua sektor, iaitu politik dan ekonomi di Malaysia. Mereka tidak mengakui adanya kuasa politik di tangan Melayu. Oleh itu, mereka beranggapan konsep Malaysian Malaysia yang dianjurkan oleh Encik Lee Kuan Yew selari dengan cita­cita mereka. Mereka juga tidak mengendahkan hakikat bahawa inilah sebabnya Singapura telah disingkirkan daripada Malaysia. Corak politik yang dimainkan oleh PAP pada ketika itu, tentu akan menimbulkan pertelingkahan kaum. Jadi saya mengambil keputusan memberi ke­merdekaan kepada Singapura untuk kepentingan keamanan dan ke­bahagiaan di Malaysia.

Kedua-dua golongan belia Cina yang masih dalam lingkungan umur belasan tahun dan dua puluhan, tidak tertarik langsung pada MCA (parti politik yang mendapat sokongan kuat ahli perniagaan kaum Cina). Mereka merasa MCA telah berkuasa lama dan bersikap terlalu bertolak­ansur serta terdapat jurang perbezaan umur antara pemimpin MCA dengan mereka. Oleh yang demikian, mereka tidak bersetuju dengan MCA yang bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang bersatu.

Saya berani berkata, cuma sesuku sahaja orang Cina di Malaysia atau kurang daripada itu yang bersetuju dengan pandangan-pandangan mereka itu, ataupun menumpahkan taat setia mereka kepada negara China di bawah pemerintahan Moa Tze Tung. Tiga suku penduduk Cina di Malaysia inginkan kehidupan yang aman dan harmoni dengan kaum­kaum lain. Mereka ingin menjalankan perniagaan dan perdagangan serta perusahaan yang dijalankan sejak nenek moyang mereka.

Walau sekuat mana pun cinta mereka itu kepada keamanan, orang Cina yang berjumlah tiga suku itu tidak dapat menahan kemarahan golongan barn itu, apa lagi ingin menentang mana-mana pertubuhan yang tersusun rapi dan terdiri daripada orang yang ingin menimbulkan ke­kacauan, iaitu komunis. Mereka telah menunjukkan bahawa mereka tidak terdaya hendak menentang anasir kongsi gelap yang menjadi kuman masyarakat yang sentiasa menindas orang Cina.

Back

-------------------------------------------------

4. Kongsi Gelap dan Orang Cina

Kongsi gelap bukanlah satu gerakan baru di negara ini. Anggota per­tubuhan haram ini sebahagian daripadanya ialah masyarakat Cina. Apabila masyarakat Cina mendapat kekayaan, bilangan kuman-kuman menjadi bertambah besar. Pengaruh mereka terdapat di segenap penjuru alam, di mana terdapat orang Cina sekalipun di Chicago, San Francisco, dan London.

Kaum Cina di Malaysia merupakan kaum terkaya antara kaum lain, di mana kekuatan kongsi gelap memeras ugut, menculik, dan apa jua cara. Ini menjadikan mereka kaya. Mereka tidak sahaja menumpukan perhatian kepada peniaga-peniaga besar, tetapi golongan seperti penari­penari perempuan, rumah-rumah unit, dan peniaga-peniaga kecil, dengan meminta wang perlindungan.

Sebelum ini mereka tidak melibatkan diri dalam arena politik dan jika ada hanyalah sedikit sahaja. Pada tahun 1969, peranan mereka agak penting kerana mereka berada di mana sahaja dan ditakuti oleh masyara­kat.

Ahli-ahli politik Cina menggunakan khidmat kongsi gelap untuk mengawal keselamatan mereka, menguatkan pengaruh, dan meninggikan kedudukan mereka dalam kalangan kaum tersebut. Oleh yang demikian, kongsi gelap ini dapat mencapai tujuan mereka. Malah, kumpulan kongsi gelap ini mendapat penghormatan yang ganjil kerana mereka tidak menjadi masyarakat biasa, seolah-olah seperti mafia di Amerika. Ke­dudukan mereka ini telah mengancam dan menimbulkan masalah kepada keharmonian hidup masyarakat di Malaysia.

Dalam kempen pilihan raya yang lepas, mereka telah mengambil peranan yang baru sebagai wakil calon dan pekerja pilihan raya untuk calon yang bertanding dalam pilihan raya. Mereka menjalankan pelbagai tipu helah jahat kerana hanya itu yang mereka tahu lakukan. Pengundi­pengundi telah diugut supaya mengundi calon yang tidak mereka sukai. Disebabkan gerakan-gerakan jahat mereka itu, maka perjalanan pilihan raya mengikut lunas-lunas demokrasi yang sentiasa diamalkan sebelum­nya telah terganggu. Di mana-mana, kuman-kuman masyarakat ini ada mencampurinya, maka kempen-kempen telah dijalankan dengan pelbagai rupa, tetapi tidak lagi mengikut lunas-lunas demokrasi.

Polis Diraja Malaysia sentiasa berusaha untuk menentang anggota kongsi gelap itu, terutama sekali dalam masa lima atau enam tahun ke­belakangan ini. Maklumat-maklumat penting telah didapati oleh polis dalam penyiasatan yang dijalankan oleh mereka mengenai gerakan kongsi gelap itu, tetapi mereka tidak menyangka gerakan-gerakan ganas seperti itu akan dilakukan dalam masa pilihan raya.

Sikap anasir komunis dan tiga golongan orang Cina yang saya sebut­kan telah menyebabkan timbulnya perasaan anti-Malaysia dan perasaan inilah yang telah ditonjolkan dalam pilihan raya. Terdapat banyak punca. tetapi yang paling ketara ialah bahasa kebangsaan. Daripada beberapa surat yang telah saya terima, nyatalah bahawa banyak orang Cina dan India berasa tidak senang hati ketika bahasa kebangsaan mula digunakan. Oleh sebab bahasa Melayu telah menjadi asas kepada bahasa kebangsaan, maka Cina cauvinis (inilah sahaja perkataan yang tepat untuk menghurai­kan sikap mereka) telah melahirkan perasaan mereka dengan menghasut supaya diadakan sekolah dan hospital yang berasingan dan sebuah uni­versiti untuk orang Cina sahaja.

Alasan yang dikemukakan ialah daging babi tidak boleh dihidangkan di kantin bangunan yang ada berbilang kaum. Mungkin soal makanan ini boleh dijadikan satu masalah, tetapi ini merupakan satu perkara yang mudah untuk diatasi dengan mewujudkan kantin berasingan atau jika tidak dapat diadakan kemudahan masak-memasak yang berasingan, maka banyak makanan lain yang boleh dihidangkan kepada semua kaum dengan tidak menyentuh perasaan mana-mana pihak dari segi agama atau lain-lainnya. Kenyataan ini terbukti benar jika diperhatikan aktiviti penjualan makanan oleh penjaja-penjaja di tepi jalan seperti di Jalan Campbell, Kuala Lumpur yang sangat digemari oleh semua kaum.

Persoalan-persoalan kecil seperti makanan merupakan alasan sahaja. Hakikat yang sebenarnya ialah golongan cauvinis itu menentang langkah menjadikan mereka masyarakat Malaysia. Mereka menentang tujuan ini dan mereka mahu kekal sebagai orang Cina. Terpulanglah kepada mereka untuk berpegang kepada sikap seperti itu, tetapi dalam masyarakat ber­bilang kaum ini, marilah kita semua membulatkan taat setia kepada negara ini, biar apa pun jua asal-usul keturunan kita. Apabila negara mengadakan satu bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu, maka says rasa menjadi kewajipan kepada semua orang memberi sumbangan masing-masing bagi menjayakannya sebagaimana yang telah dipersetujui dan dicatatkan dalam Perlembagaan.

Inilah sebabnya MCA hilang pengaruhnya. Dasar Perikatan mesti diakui kerana ia selaras dengan Perlembagaan. Sokongan MCA terhadap dasar Perikatan adalah betul. Oleh yang demikian, ia patut mendapat sokongan daripada masyarakat Cina yang berfikiran waras dan taat setia kepada negara ini. Keengganan orang Cina untuk menyahut seruan su­paya terbentuknya satu bangsa Malaysia yang bersatu telah menye­babkan timbulnya perasaan anti-Melayu. Sikap ini disedari oleh orang Melayu, lantas perasaan marah terhadap orang Cina timbul kerana orang Cina tidak memberi kerjasama terhadap perkara yang telah dipersetujui. Oleh itu, timbul perasaan anti-Cina dalam kalangan orang Melayu dan mereka menuduh kerajaan bersikap lembut.

Sikap keterlaluan antara puak kanan dan puak kiri dalam sesuatu kaum telah melemahkan usaha-usaha untuk menubuhkan satu bangsa Malaysia yang bersatu. Dalam pilihan raya yang lepas, terdapat kalangan mereka yang tidak bertanggungjawab telah meniupkan perasaan ini.

Saya telah membuat lawatan di ceruk dan rantau negeri selama dua bulan untuk memberi peringatan kepada semua penduduk daripada semua kaum tentang bahaya corak politik seperti ini. Selain itu, pergaduhan antara penduduk boleh memecahbelahkan masyarakat dan merosakkan negara yang telah kita bina ini. Kutub Utara dan Kutub Selatan mustahil boleh bertemu antara satu sama lain, tetapi manusia boleh bercampur­gaul di mana-mana sahaja di muka bumi ini.

Saya terperanjat apabila orang Cina yang telah menunjukkan sokong­an yang kuat terhadap calon-calon UMNO pada masa lepas, dengan tidak semena-mena berpaling tadah menyokong calon-calon PAS. Semasa lawatan bersama-sama ahli MCA, saya dapat melihat dengan mata kepala saya sendiri kejadian yang berlaku di kawasan saya, di mana orang Cina telah pergi ke pondok calon PAS. Ini amat memeranjatkan dan saya berfikir mungkin mereka tersalah pergi ke pondok PAS.

Apabila saya menghentikan kenderaan untuk bertanya, pengundi­pengundi Cina itu meradang kerana menyifatkan perbuatan saya itu sebagai mengganggu kebebasan mereka untuk mengundi sesuka hati. Saya berasa cemas apabila mendapati kejadian sedemikian berlaku di merata-rata tempat di utara Kedah.

Sukar untuk saya fahami kejadian yang berlaku kerana semasa kempen, calon-calon PAS secara terang-terangan menunjukkan sikap anti-Cina tetapi semasa mengundi, parti tersebut mendapat sokongan orang Cina.

Nyatalah bahawa ada perkara rahsia yang berlaku pada masa itu. Mungkin mereka merima arahan daripada pihak tertentu ataupun mereka telah diugut untuk mengundi parti-parti yang membangkang Perikatan kerana takut. Apabila salah seorang daripada mereka disoal kenapa pergi ke pondok calon PAS, dia telah menjawab bahawa tidak ada sebab bagi orang Cina takut kepada PAS di Kedah atau di mana-mana tempat yang lain sekalipun parti itu mempunyai perasaan anti-Cina kerana orang Cina di Kelantan tidak teraniaya, sekalipun parti berkenaan berkuasa di negeri itu.

Satu lagi sebab yang telah diberi oleh mereka ialah beberapa hari sebelum hari mengundi, seorang daripada calon parti Perikatan telah menghina orang Cina dengan mengatakan sekalipun orang Cina tidak menyokongnya, dia masih mempunyai harapan untuk menang. Calon yang mengeluarkan kenyataan itu ialah Dr. Mahathir.

Saya mendapat tahu kejadian ini daripada Pengerusi MCA Kedah, Dato' Dr. Cheah Toon Lock. Saya telah berkata kepadanya bahawa men­jadi kewajipan bagi setiap orang Cina berdiri di belakang Parti Perikatan, kecuali jika dia menjadi salah seorang ahli dalam sebuah parti yang menentang Perikatan. Tidaklah patut mereka menghiraukan apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir.

Orang Cina tidak berhak menjadi ahli dalam parti PAS, tetapi sebelum tahun 1966, mereka boleh menjadi ahli bersekutu dalam UMNO. Dengan itu, tidak ada sebab kenapa orang Cina patut mengundi calon-calon PAS, melainkan untuk menunjukkan sikap permusuhan mereka terhadap Perikatan, ataupun kerana mereka takut.

Antara parti pembangkang, parti PAS yang tertua sekali. Dalam pilihan raya yang pertama kali diadakan dalam sejarah Malaysia, iaitu semasa pemerintahan British dalam tahun 1955, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan sebuah kerusi telah dimenangi oleh PAS di Perak.

Allahyarham Dato' Onn dengan secara tidak langsung bertanggung­jawab melahirkan PAS semasa beliau menjadi Yang Dipertua UMNO. Ketika itu, badan tersebut dinamakan Jawatankuasa Ugama yang mempunyai tujuan untuk menasihatkan UMNO dalam segi agama.

Apabila Dato' Onn meninggalkan UMNO, ahli-ahli Jawatankuasa Ugama itu kemudiannya telah menukar corak agama kepada politik supaya dapat is bertanding dalam pilihan raya atas nama sendiri. Langkah ini telah menyebabkan pecahnya kekuatan orang Melayu. Dengan itu, muncullah PAS dalam gelanggang politik tanah air kita. Mereka melan­carkan gerakan dengan menggunakan agama semata-mata kerana pada keseluruhannya orang Melayu berpegang kuat kepada agama Islam. Pada permulaannya, parti itu tidak mendapat sambutan yang besar, tetapi lama­kelamaan mereka telah berjaya mendapat pengikut yang lebih ramai, terutamanya di negeri Kelantan, di mana Perikatan memegang kuasa semasa merdeka dahulu.

Dengan kejayaan mendapat penyokong yang besar bilangannya, maka mereka telah mengalahkan Perikatan di negeri itu dalam pilihan raya tahun 1959 dan juga di Terengganu, malah telah menubuhkan kerajaan di kedua-dua buah negeri itu. Namun begitu, dalam tahun 1962, kerajaan mereka di Terengganu telah dijatuhkan oleh Perikatan setelah beberapa orang ahli Majlis Mesyuarat Parti itu melompat masuk ke dalam Parti Perikatan. Dengan itu, tinggallah PAS di Kelantan sahaja yang me­megang kuasa Kerajaan Negeri, sementara Perikatan berkuasa di semua negeri lain.

PAS tidak pernah mempunyai sebarang tujuan atau rancangan yang tertentu. Mereka bergantung semata-mata kepada hal-hal agama Islam untuk mendapatkan sokongan. Mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk menggubal satu dasar ekonomi yang membangun sebagaimana yang patut dibuat oleh sesebuah parti politik. Pada suatu ketika, seorang ahli wanita PAS, Cik Khatijah Sidek yang menjadi ahli Parlimen, telah mengugut untuk keluar daripada PAS jika parti itu tidak dapat menyusun satu dasar ekonominya yang tersendiri dalam tempoh enam bulan. Desakan ini tidak menghasilkan sebarang natijah dan selepas dari itu. Cik Khatijah telah keluar daripada gelanggang politik. PAS terus berjalan dengan dasar keagamaannya yang sempit itu dengan tidak mengubah coraknya sehingga hari ini, bahkan menambahkannya lagi dengan soal perkauman yang sempit.

Mereka berkata," Tunku telah menjual Singapura kepada orang Cina dan kemudiannya akan menjual Malaysia." Hal yang sangat menge­cewakan ialah orang ramai percaya dengan kata-kata ini.

Back

-------------------------------------------------

5. Tipu Helah dalam Kempen

PAS telah cuba meluaskan pengaruhnya dari Kelantan ke negeri Kedah dan Perak dengan mengambil bahagian dalam setiap pilihan raya kecil di negeri-negeri itu, tetapi mereka telah gagal. Saya diberitahu hal-hal agama tidak begitu menolong parti itu di negeri-negeri pantai barat kerana orang di situ lebih luas pandangannya dan lebih menghormati hak-hak orang lain untuk memilih agama masing-masing. Mereka lebih progresif atau lebih maju dalam cara pemikiran berbanding pandangan sempit orang Kelantan itu.

Dalam pilihan raya tahun 1969 pula, PAS telah mengubah taktiknya dengan melancarkan kempen mencemarkan nama baik UMNO dengan mempermainkan sentimen bangsa sehebat-hebatnya supaya timbul rasa benci orang ramai terhadap UMNO. Cara seperti ini telah memberi kejayaan yang besar kepada mereka. Mereka menuduh UMNO pro-Cina dan menjual negara kepada orang Cina. Mereka telah menggunakan cara yang tajam dan halus dalam kempen anti-Cina yang dilancarkan di kawasan luar bandar dalam negeri-negeri sebelah utara pantai barat. Mereka menanamkan perasaan takut dan curiga di hati orang Melayu yang memang berhati bersih dan berpegang kuat kepada agama serta menuduh bahawa saya telah memberi peluang itu kepada orang Cina.

Untuk menjadi bukti kepada dakwaan tersebut, mereka telah menye­barkan gambar-gambar Encik Khir Johari, seorang Menteri Kabinet dan isterinya memakai pakaian orang Cina Mandarin. Gambar itu telah diambil di Hong Kong secara suka-suka untuk dihantar kepada kawan­kawannya sebagai ucapan Selamat Tahun Baru. Pakaian-pakaian ini ada disediakan di restoran untuk pelancong menggunakannya bagi mengambil gambar sebagai tanda ingatan lawatan mereka ke Hong Kong.

Encik Khir Johari ialah seorang yang suka berlawak. Beliau dan isterinya telah menggunakan gambar ini untuk kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina yang telah dikirimkan kepada kawan-kawan Cina mereka dalam bulan Februari yang lepas sebagai menunjukkan rasa muhibah. Masing-masing yang menerimanya telah bergelak ketawa melihat gambar itu. PAS segera mengambil kesempatan menggunakan gambar ini sebagai satu senjata untuk kepentingan mereka. Gambar ini telah diedarkan dengan seluas-luasnya dalam kalangan orang Melayu sambil memburuk­burukkan Encik Khir dan menuduh beliau telah menjadi orang Cina. Kasihan Khir! Tujuannya hendak berjenaka itu telah merugikan dirinya dan beliau telah kehilangan banyak undi dalam pilihan raya berkenaan.

Hal ini merupakan satu contoh yang menunjukkan sejauh mana pihak PAS sanggup melakukan perbuatan kotor dan tipu-helah untuk mencari kemenangan dalam politik. Perbuatan-perbuatan mereka sangatlah khianat dan liar. Perbuatan ini merupakan satu penipuan yang paling buruk yang belum pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia.

Misalnya, PAS telah menyebarkan fitnah dengan mengatakan bahawa saya seorang Siam, walhal mereka tahu ayah saya ialah Almarhum Sul-tan Kedah. Mereka juga menuduh saya beragama Buddha, walhal mereka tahu banyak perkara kebajikan yang telah saya buat untuk agama Islam sejak merdeka. Mereka telah menyerang peribadi pemimpin­pemimpin UMNO secara kotor yang tidak mungkin sesiapa pun tergamak melakukannya. Mereka tahu apa yang mereka katakan mengenai pemimpin-pemimpin UMNO (termasuk saya sendiri) adalah tidak benar. Namun, mereka pergi ke kampung-kampung untuk melancarkan kempen yang bohong dan tidak menghiraukan apa jua akibatnya ataupun apa yang mereka lakukannya itu boleh menyemarakkan api permusuhan antara kaum. Mereka tidak peduli apa yang akan terjadi, asalkan mereka dapat memenangi kerusi dengan apa jua cara sekalipun.

Saya sendiri telah cuba mendapatkan gambar yang telah ditunjukkan oleh PAS kepada orang ramai di kawasan pilihan raya saya. Gambar itu kononnya menunjukkan saya menggunakan chopstick dalam majlis makan Cina. Dengan secara tipu, mereka telah meletakkan satu gambar lain ke atas gambar tersebut yang menunjukkan seekor anak babi ter­hidang di tengah-tengah meja di majlis itu. Saya berani bersumpah bahawa seumur hidup, saya tidak pernah menghadiri majlis jamuan makan Cina yang menghidangkan daging babi ataupun apa jua makanan lain yang haram kepada orang Islam. Kawan-kawan Cina saya sentiasa menjaga supaya kejadian yang seperti itu tidak berlaku kerana mereka sendiri tabu apa yang haram dimakan oleh orang Islam.

Tuduhan yang mengatakan saya bukan seorang Islam merupakan fitnah yang sangat kotor kerana mereka sendiri tahu bahawa saya telah pergi ke Makkah untuk menunaikan fardu haji. Mereka juga tabu bahawa saya anak kepada seorang bapa yang dikenali seumur hidupnya sebagai seorang yang warak dan lebai. Saya percaya orang yang akan membaca kandungan buku ini akan terperanjat dengan perbuatan sebuah parti politik seperti PAS yang sanggup meletakkan dirinya begitu rendah untuk mencari kemenangan.

Sekalipun saya seorang yang kuat berpegang kepada ajaran-ajaran Islam, tetapi sebagai seorang perdana menteri saya telah menerima banyak jemputan ke majlis social, malah telah menikmati makanan Eropah, makanan Cina atau makanan India. Saya telah merasmikan pembukaan tempat-tempat ibadat bagi orang yang beragama lain dan saya juga telah mengarahkan supaya wang diberi untuk membina tempat ibadat bagi agama-agama lain di Malaysia.

Wang yang diperoleh datangnya daripada masyarakat pelbagai agama. Maka, patutlah diberikan juga wang untuk tempat-tempat ibadat mereka. Saya masih ingat lagi bagaimana orang daripada pelbagai agama telah menghulurkan derma mereka yang berjumlah berjuta-juta ringgit tatkala saya melancarkan derma untuk membina Masjid Negara.

Kesemua orang dalam negara ini telah memberi sumbangan mereka kepada kekayaan negara. Dengan wang ini, dapatlah kita membuat pelbagai perkara yang memberi manfaat kepada umat Islam seperti membina masjid, surau dan sekolah agama, begitu juga untuk meng­adakan perayaan-perayaan agama dari semasa ke semasa. Semua perkara ini dilakukan untuk kepentingan agama Islam, agama rasmi kita.

Orang Melayu tidak pernah menimbulkan tentangan terhadap apa yang telah dibuat dan sedang diusahakan oleh kerajaan untuk agama Islam. Saya berani menyatakan dengan tegas bahawa kerajaan Perikatan telah membuat lebih banyak kebajikan untuk Islam daripada yang boleh dibuat oleh PAS, sekalipun dalam negeri mereka sendiri.

Saya telah memberi beberapa contoh tentang kelakuan khianat yang dilakukan oleh PAS, tetapi masih banyak dakyah bohong dan fitnah yang terlampau kebudak-budakan dan terlalu menyentuh peribadi untuk saya catatkan dalam buku ini. Sekalipun saya menulisnya, tiada siapa yang akan percaya.

Orang yang mempunyai fikiran tidak dapat memahami tindakan PAS dalam pilihan raya itu. Sesiapa yang sayang kepada negara ini tentu tidak akan bersetuju dengan kelakuan mereka itu. Dalam pilihan raya itu, satu perkara ganjil tetapi benar telah dilakukan oleh PAS. Jika benar sebagaimana yang dikatakan bahawa mereka anti-Cina, kenapa pula mereka bersubahat dengan DAP, Gerakan, dan PPP?

Tujuan PAS nyatalah untuk memecahkan undi-undi Melayu supaya calon-calon Perikatan yang bertanding dalam beberapa kawasan yang tertentu tidak akan menang dan pakatan mereka yang jahat ini telah berjaya. Mereka meletakkan calon mereka dalam kawasan di mana pengundi-pengundi Melayu tidak mencukupi untuk menjayakan seseorang calon PAS. Di sesetengah kawasan pula, mereka mungkin kehilangan wang pertaruhan sekalipun mereka berjaya mendapatkan kesemua undi Melayu di kawasan itu. Dengan perbuatan mereka ber­pakat dengan parti-parti pembangkang yang anti-Melayu, PAS telah membuktikan sejauh mana mereka sanggup lakukan untuk mendapatkan keuntungan dalam politik.

Jika begitulah sikap mereka, lebih baik mereka menolong MCA, iaitu sebuah parti yang sentiasa mempunyai pandangan kemalaysiaan dan telah membuktikan taat setianya kepada negara ini. Namun sebaliknya, di mana-mana sahaja MCA bertanding melawan calon daripada parti yang anti-Melayu, PAS turut akan masuk ke kawasan itu untuk menghalang orang Melayu daripada mengundi calon MCA berkenaan ataupun se­kurang-kurangnya memecahkan undi sehingga calon Perikatan itu kalah dalam pertandingan tiga penjuru, samalah seperti yang mereka lakukan di kawasan-kawasan di mana calon-calon UMNO bertanding.

Suka saya menceritakan dua kejadian yang telah berlaku dalam pilihan raya baru-baru ini yang membuktikan mereka telah menolong parti-parti anti-Melayu. Dalam kawasan Setapak di negeri Selangor, seorang yang saya tidak suka sebutkan namanya di sini telah kelihatan memberi wang kepada seorang ahli PAS. Orang ini ialah ahli DAP. Dalam kawasan Sepang, juga di negeri Selangor, calon-calon DAP dan PAS telah me­lancarkan kerja-kerja mereka dari sebuah pejabat serta pekerja DAP yang terdiri daripada seorang Cina telah menampalkan poster untuk calon PAS itu. Bukti ini cukup untuk menafikan dakwaan parti itu bahawa mereka sebuah parti Melayu yang berasaskan Islam. Mereka sanggup menghina agama untuk kepentingan politik dan wang.

Mereka berjanji akan menubuhkan negara atau kerajaan Islam jika mereka memegang kuasa, tetapi tidak pula menerangkan rupa dan bentuk kerajaan yang mereka angan-angankan itu. Kita dapat meragui sama ada mereka akan memenuhi janji mereka ini jika mereka berkuasa kelak.

PAS sedar bahawa mereka tidak ada harapan untuk mengambil kuasa negara ini. Dengan kesedaran seperti ini, maka mereka boleh lakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan membuat janji-janji palsu untuk menyedapkan telinga orang Melayu yang jahil tentang hal-ehwal dunia. Tentu banyak orang Melayu yang tertarik dengan janji-janji hendak menubuhkan kerajaan yang tidak bercampur dengan kaum lain. Orang Melayu tentu sangat tertarik dengan kemungkinan negara ini dikendalikan oleh orang Melayu sahaja kerana inilah negara tumpah darah mereka.

Dalam masa berkurun lamanya, dari satu keturunan ke satu keturunan, Malaysia telah diperintah oleh kuasa-kuasa asing kerana negara ini telah diperintah dari satu zaman ke satu zaman oleh orang Portugis, Belanda, Siam, British, dan Jepun. Oleh itu, kemungkinan negara ini diperintah oleh orang Cina tentulah sangat dibenci oleh orang Melayu kerana persetujuan telah dicapai semasa merdeka dahulu bahawa Malaysia mestilah mempunyai keperibadian dan corak kebangsaan yang ber­asaskan Melayu. Beberapa hak orang Melayu dijamin dalam Per­lembagaan. Menurut apa yang dikatakan oleh PAS, semua hak ini akan hilang sekiranya Perikatan menang dalam pilihan raya itu.

Sementara itu, parti pembangkang yang lain bertalu-talu menggem­bargemburkan konsep "Malaysian Malaysia" dan ini mengurangkan sokongan orang ramai terhadap MIC dan MCA, serta menambahkan lagi kecurigaan orang Melayu. Oleh itu, konsep Malaysia untuk orang Melayu sahaja yang ditonjolkan oleh PAS lebih mudah mendapat sokongan daripada orang Melayu. Sebagaimana kebanyakan orang Cina menyokong konsep "Malaysian Malaysia" yang dianjurkan oleh Encik Lee Kuan Yew, maka begitulah juga orang Melayu menyokong cita-cita ini. Dengan cara yang seperti ini, kedua-dua pendapat cauvinis yang tersebut itu telah menolong antara satu sama lain.

Langkah PAS menolong atau menggunakan parti pembangkang yang pro-Cina dan parti-parti lain yang diketahui anti-Melayu, menge­mukakan pendapat yang diketahui anti-Melayu, dan mengemukakan pendapat yang melampau itu tentulah ada sebab yang tertentu. Tindakan mereka sangat berbahaya seperti born atau torpedo yang telah ditentukan masa letupannya.

Sebuah akhbar Hong Kong, The Star telah melaporkan pada 17 Jun bahawa Bank of China di Singapura telah tidak dapat mengimbangkan kira-kira kewangannya kerana beberapa jumlah wang besar telah di­keluarkan "untuk membiayai gerakan-gerakan kekacauan di Singapura dan Malaysia". Terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa wang itu telah diberi kepada beberapa pihak tertentu di Kelantan untuk mem­biayai perbelanjaan kempen PAS. Maka terang dan jelaslah bahawa orang Melayu yang menyokong PAS tidak berdaya hendak mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk pilihan raya itu. Wang itu tentunya telah datang daripada satu punca yang tertentu dan saya suka menegaskan lagi bahawa punca itu tidak hanya diketahui oleh Parti PAS sahaja.

Sekiranya PAS menerima bantuan wang daripada komunis, bererti pemimpin-pemimpin parti itu telah memperdaya dan mempermainkan orang mereka sendiri. Kebanyakan daripada soal-soal agama yang di­bangkitkan oleh PAS itu tidak selaras dengan fahaman Islam dalam zaman tamadun dan bertentangan dengan keadaan yang terdapat di sekitar Malaysia pada hari ini. PAS telah mengambil kesempatan daripada kejahilan orang miskin untuk menjalankan taktik tipu helahnya itu. Namun, dosa mereka yang lebih besar ke atas orang mereka sendiri dan juga ke atas agama Islam. Yang menjadi tunjang politik mereka ialah perbuatan mereka membiarkan diri mereka digunakan oleh kuasa-kuasa lain untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu.


-------------------------------------------------

6. Sidang Islam yang Bersejarah

Salah satu daripada perkara yang sangat dikesali dalam kempen pilihan raya 1969 ialah sewaktu PAS sedang mengecam kerajaan Perikatan, terutamanya UMNO dalam soal-soal agama Islam. Maka pada ketika itu juga, Malaysia sedang mencipta satu sejarah baru untuk dunia Islam. Sungguhpun Malaysia bukanlah sebuah negara yang bercorak Islam, tetapi Islam ialah agama rasminya.

Tidak kurang daripada 23 buah negara Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa beragama Islam telah bersidang di Kuala Lumpur untuk mengambil keputusan dalam pelbagai masalah yang dimusykilkan oleh orang Islam di merata dunia. Inilah julung kalinya negara-negara Islam telah berkumpul di satu tempat untuk membincangkan tentang agama Islam dan hubungannya dengan dunia moden. Malah, Malaysia patut mendapat pujian penuh atas kejayaannya menganjurkan per-sidangan yang bersejarah itu.

Berlakunya persidangan ini dalam masa kempen pilihan raya adalah secara kebetulan kerana kerja-kerja merancang dan membuat perhu­bungan untuk menyediakan persidangan itu telah dijalankan dalam beberapa tahun yang lepas. Sebenarnya saya telah melahirkan cita-cita ini di Masjid Woking, London dalam tahun 1961, sewaktu saya telah mengeluarkan pendapat saya untuk mengadakan satu badan negara­negara Islam yang dipanggil "Komanwelth Islam".

Namun, sebelum saya melanjutkan penerangan saya mengenai persidangan ini, eloklah saya menegaskan terlebih dahulu perkara-perkara yang telah dibuat oleh Malaysia untuk agama Islam kerana PAS telah mereka pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Saya sentiasa berasa bangga kerana kesemua kejayaan yang telah dicapai untuk kemajuan agama Islam di negara ini adalah di luar dugaan kita.

Pertama sekali, kita telah menggantikan kesemua masjid lama dan tempat-tempat ibadat seperti surau dengan bangunan baru menggunakan perbelanjaan wang kerajaan yang besar dan setiap sebuah bangunan itu direka mengikut kesesuaian dengan keadaan dan keinginan orang di tempat itu sendiri.

Kenapa kerajaan memheri pandangan yang sebegitu berat terhadap pembinaan masjid-masjid? Pertama, untuk menawan hati semua orang di negara ini yang berpegang teguh kepada agama Islam pada kedudukan yang tinggi dan mulia, sesuai dengan tarafnya sebagai agama rasmi negara ini menurut Perlembagaan.

Tuan-tuan akan dapati bahawa masjid-masjid yang dibina di kawasan baru terletak di atas tapak yang elok, sepadan dengan kedudukan martabat agama rasmi negara. Orang ramai berkumpul di surau-surau yang beratus banyaknya untuk bersembahyang, berbual-bual dan bergaul dengan bebas antara satu sama lain pada bila-bila masa, sama ada di majlis bercorak agama ataupun sosial. Perbelanjaan yang secukupnya telah diberi dan segala keperluan pembinaan telah diadakan bagi kemudahan dan ke­selesaan orang yang menggunakannya. Misalnya, jalan raya yang menghala masuk dan bekalan air paip telah diadakan di semua masjid dan surau baru, walhal pada zaman dahulu orang Islam di negara ini bergantung pada perigi-perigi yang dikorek di tempat-tempat yang tidak menurut kehendak kesihatan, ataupun bergantung kepada air hujan untuk kolah-kolah tempat air sembahyang. Banyak masjid yang telah buruk dan bangunannya telah rosak tidak dibaiki kerana ketiadaan wang. Kejadian ini berlaku kerana pada umumnya darjah ekonomi orang Melayu adalah rendah.

Persoalan yang kedua ialah sekolah-sekolah agama. Kerajaan telah membina banyak sekolah agama dengan perbelanjaan yang besar dan merancangkannya menurut kehendak rakyat. Guru-guru telah dilatih khas untuk mengajar di sekolah-sekolah agama itu. Semua pelajar di sekolah itu disesuaikan dengan sistem pelajaran yang telah diluluskan oleh kerajaan. Selain daripada bahasa Arab yang menjadi bahasa al-Quran, penuntutnya diajar bukan sahaja bahasa kebangsaan, bahkan juga bahasa Inggeris. Sebenarnya, kerajaan mengadakan apa jua yang diperlukan oleh sekolah-sekolah agama itu seperti padang permainan dan kemudahan yang lain.

Usaha-usaha besar untuk membina bangunan tersebut berjalan di segenap pelosok Malaya sebelum tertubuhnya Malaysia dan dasar ini terus diamalkan hingga sekarang. Meskipun kerajaan Kelantan dikuasai PAS, namun hal ini tidak menghalang kerajaan Perikatan daripada menghulurkan bantuan kewangan untuk membina bangunan agama, sekalipun dalam negeri itu. Terbayangkah dalam fikiran sesiapa jua bahawa kerajaan PAS Kelantan akan menghulurkan bantuan walau satu sen pun untuk pembinaan sebuah masjid atau surau di luar negeri Kelantan? Sebenarnya dalam negeri mereka sendiri pun mereka tidak berbuat begitu. Mereka telah bergantung sepenuhnya kepada kerajaan Perikatan untuk membuat kemajuan bagi kepentingan agama dari segi pembangunan, tetapi mereka yang dapat nama.

Dalam bulan puasa, kerajaan pusat menggalakkan masjid-masjid memberi jamuan kepada orang ramai dan mengadakan pelbagai majlis supaya berkurangnya kepenatan berpuasa serta menunjukkan keisti­mewaan bulan Ramadan sebagai bulan umat Islam dan melebihkan amal ibadat yang khusus kepada Tuhan. Pertandingan tilawah al-Quran di­anjurkan dengan memberi hadiah kepada pemenang. Pelbagai perkara lain dibuat untuk menyambut bulan yang mulia itu supaya mereka yang berpuasa merasakan dirinya hampir kepada Allah SWT dan meletakkan mereka di tempat yang lebih mulia daripada orang yang tidak dapat menahan nafsu mereka dengan kesenangan dunia. Orang Islam yang ada di seluruh negara ini telah dibantu oleh kerajaan untuk menyambut bulan yang berkat ini dengan sepatutnya.

Malaysialah yang memulakan pertandingan tilawah al-Quran sejak tahun 1960. Pertandingan ini diadakan setiap tahun di peringkat negeri untuk memilih johan-johan mereka bagi memasuki pertandingan pe­ringkat persekutuan untuk merebut kejohanan kebangsaan. Selain itu, negara-negara luar turut dijemput untuk mengambil bahagian dalam pertandingan di peringkat antarabangsa dan hadiah-hadiah yang bermutu diberi kepada mereka. Sejak pertandingan tilawah al-Quran ini diada­kan, Malaysia telah menerima sanjungan yang besar dan pandangan yang tinggi oleh dunia Islam yang tidak pernah diberikan kepada negara-negara Islam yang lain kecuali Arab Saudi, di mana terletaknya kota suci Makkah dan Madinah.

Pada zaman atom ini, pada waktu roket-roket menerawang di angkasa lepas, dan pada zaman penerbangan lebih laju daripada suara, Malaysia telah menjadi masyhur di seluruh dunia Islam sebagai sebuah negara yang terkemuka untuk memberi nafas bare kepada agama Islam dalam dunia yang bertamadun ini. Dalam zaman ini juga, manusia telah me­nunjukkan tanda-tanda kelemahan, hilang iman mereka kepada Tuhan dan kepercayaan sesama manusia, sambil mencari pendapat-pendapat baru untuk ditakluki. Bagi kita orang Islam, kita berpegang teguh kepada agama untuk menguatkan iman kita sekalian. Malaysia telah memberi pimpinan ini kepada dunia Islam semasa kerajaanya dipegang Perikatan.

Dalam negara Asia yang lain, pimpinan politik telah menyedari bahawa kemajuan dan pembangunan negara mereka telah terjejas apabila ahli-ahli agama mengganggu perjalanan politik negara, namun kesedaran mereka itu telah terlambat sehingga merugikan negara mereka sendiri. Seorang perdana menteri telah hilang jiwanya dan negaranya telah mundur akibat gangguan agama dalam politik. Sesungguhnya keadaan yang seperti ini berlaku pada zaman dahulu kala, tetapi dalam dunia tamadun pada hari ini, kejadian yang seperti itu tidak lagi berlaku di negara-negara Eropah yang progresif. Sebenarnya di kebanyakan negara Islam, agama Islam diletakkan di tempat yang sewajarnya untuk dijadikan makanan rohani dan politik untuk kemajuan negara sebagaimana yang pernah dikatakan "politik ialah satu ilmu yang digunakan pada waktu­waktu yang diperlukan."

Kejayaan paling tinggi yang dicapai oleh Malaysia dalam menjalankan dasar-dasarnya yang luas untuk agama Islam ialah Persidangan Negara-Negara Islam yang telah diadakan dalam bulan April 1969 di Kuala Lumpur. Dalam persidangan itu, pemimpin-pemimpin Islam yang ter­kemuka dari seluruh dunia telah berhimpun untuk membincangkan masalah-masalah agama yang dihadapi bersama oleh seluruh umat Islam seperti waktu sembahyang di sesetengah tempat yang tidak ada matahari, ataupun apakah hukum Islam atas pemindahan anggota orang Islam kepada orang bukan Islam untuk kepentingan sains dan teknologi.

Perkara terbesar ialah persidangan ini merupakan satu peristiwa yang sangat mengembirakan kerana inilah kali pertama begitu banyak Negara Islam, iaitu 23 buah semuanya telah datang dengan perasaan muhibah dan persaudaraan untuk membincangkan masalah yang dihadapi ber­sama oleh negara-negara Islam, sama ada dalam lapangan politik ataupun ekonomi, dan mereka itu datang sebagai wakil kerajaan masing-masing.

Pada masa yang lepas, kebanyakan negara Islam telah pun berpecah ataupun tidak mengambil hirau antara satu sama lain. Malaysialah negara Islam yang mula-mula sekali berjaya mengadakan satu mesyuarat di peringkat kerajaan yang boleh menimbulkan rasa kecenderungan dalam kalangan pemimpin Islam, dengan harapan agar perjumpaan di Malay­sia ini akan merapatkan ikatan persaudaraan Islam dalam kalangan negara Islam.

Saya suka mengulangi bahawa persidangan yang penting seperti itu sangatlah bersejarah. Malangnya, ada orang yang tidak menyedari tentang makna peristiwa bersejarah itu. Pada saya, nilai persidangan negara­negara Islam ini hampir sama dengan kejayaan mencapai kemerdekaan Malaya. Kemerdekaan memberi taraf kepada manusia yang telah hidup berkurun-kurun lamanya sebagai hamba abdi. Persidangan ini menarik pandangan dunia pada perasaan-perasaan yang sama yang terdapat dalam kalangan orang Islam di mana-mana jua di atas dunia ini, dan di atas keinginan mereka untuk bermuafakat bagi faedah dan kemajuan agama yang mereka sama-sama anuti.

-------------------------------------------------

7. Upacara Pengebumian "Pahlawan" Merah

Ketika sidang perwakilan sedang memberi fikiran mereka dengan bersungguh-sungguh dalam Persidangan Antarabangsa yang begitu penting, kempen pilihan raya telah berjalan dengan hebatnya di seluruh Malaysia Barat.

Dalam kempen itu, timbul perkara-perkara yang menyakitkan hati yang boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan antara satu sama lain. Saya telah pun memberi beberapa contoh tentang apa yang telah berlaku dan bagaimana hasutan serta fitnah telah dijalankan dengan cara terang-terangan dan umpat keji yang terlalu bersifat peribadi telah dibisik­kan dari mulut ke mulut.

Memang telah menjadi kelaziman di mana-mana jua dalam dunia yang bebas ini, perkataan yang pedas dan kenyataan yang tidak bijak dikeluarkan dalam kempen pilihan raya. Amalan yang serupa itu dijangka berlaku di Malaysia, namun kebebasan berucap dalam pilihan raya itu tidaklah sekali-kali boleh dijadikan alasan untuk mengeluarkan kata­kata yang melanggar batas, terutama dalam sebuah negara yang berbilang kaum, di mana perasaan penduduknya mudah tersinggung disebabkan perkara-perkara mengenai kaum mereka.

Perasaan marah ini jelas kelihatan terutamanya di sebelah utara Malaysia Barat. Di sebelah selatan, kempen pilihan raya telah berjalan dengan cara yang lembut dan teratur dengan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Dalam suasana seperti inilah komunis telah meresap masuk dalam kalangan mereka itu. Tujuan utama mereka semakin jelas kelihatan dari sehari ke sehari. Mereka berazam hendak menjatuhkan Perikatan daripada memegang kuasa dengan memecahkan pengaruhnya sama ada dengan cara baik ataupun jahat. Mereka mengamalkan pengaruh jahat menerusi dua saluran dan menghalakan serangan-serangan mereka kepada dua sasaran besar—melemahkan UMNO melalui PAS, dan melumpuhkan MCA menerusi Gerakan serta parti-parti politik Cina yang lain.

Pada pendapat mereka, pilihan raya telah memberikan kesempatan yang sangat baik kepada Cina Komunis untuk melakukan provokasi supaya timbul peristiwa, sama ada besar ataupun kecil, dengan tujuan untuk menjayakan rancangan mereka memulaukan pilihan raya ke­bangsaan ini. Lebih luas mereka dapat menyebarkan perasaan bimbang ataupun takut, maka lebih besarlah harapan mereka untuk menjayakan pemulauan itu.

Apabila kempen pilihan raya itu sudah separuh jalan, mereka telah melancarkan kempen menulis dengan cat merah cogan-cogan kata dan tanda-tanda di atas jalan raya dan tembok—merah ialah warna pertubuhan komunis. Cogan-cogan kata ini menggesa setiap orang supaya me­mulaukan pilihan raya dan yang lain mengandungi perkataan-perkataan yang menyanjung tinggi sifat dan ajaran Mao Tze Tung. Mereka tidak peduli bahawa tindakan mereka itu melanggar undang-undang dan amat sukar bagi kerajaan untuk menangkap mana-mana orang yang menulis cogan kata itu kerana ditulis pada waktu malam yang gelap gelita. tetapi tulisannya dapat dibaca dengan jelas oleh semua orang di siang hari.

Mereka memperhebatkan kempen dengan menggunakan ancaman terhadap keselamatan orang ramai dan menyebarkan risalah dalam kalangan orang Cina untuk menggesa mereka supaya memulaukan pilihan raya. Tujuan mereka jelas untuk menunggu berlakunya sesuatu peristiwa yang boleh mereka gunakan untuk mengambil kesempatan bagi menjayakan rancangan mereka itu.

Kesempatan itu timbul apabila satu peristiwa telah berlaku pada 24 April, iaitu kira-kira dua minggu sebelum hari mengundi. Pada kira-kira jam 8.30 malam itu, seorang pekerja UMNO bernama Encik Kassim Omar yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya telah melihat beberapa orang berkumpul di kawasan Jelutong, Pulau Pinang. Beliau telah memberhentikan motosikal yang sedang dinaikinya untuk melihat dan bertanya kerana pada fikirannya satu kemalangan telah berlaku. Ketika itu juga beliau telah diserang oleh kumpulan yang ada di situ dan beliau telah dibunuh dengan kejamnya. Setelah itu, mereka telah men­conteng cat merah di seluruh badan mayat orang yang telah mereka bunuh itu. Perbuatan mereka itu merupakan satu pembunuhan yang dise­ngajakan dan boleh berlaku ke atas sesiapa jua. Pembunuhnya ialah pemuda-pemuda Parti Buruh.

Pembunuhan yang kejam ini tentu telah menimbulkan rasa cemas dalam kalangan pasukan keselamatan kerana kejadian itu boleh dijadi­kan penyebab tercetusnya rusuhan kaum. Oleh sebab bimbang berlakunya tindak balas, maka kerajaan telah meminta keluarga si mati dan pemimpin Melayu di Pulau Pinang supaya bersabar dan mereka telah bersetuju untuk tidak menyebarkan berita pembunuhan itu supaya komunis tidak akan mendapat kesempatan untuk menghalang pilihan raya. Kesabaran mereka itu telah memberi sumbangan yang sangat besar untuk menyekat buat sementara waktu cita-cita komunis; namun mereka telah bertang­gungjawab mengalirkan darah di atas bumi.

Sepuluh hari kemudian, iaitu pada 4 Mei, komunis telah mendapat peluang yang selama ini ditunggu-tunggu apabila satu kejadian berlaku di negeri Selangor. Kejadian ini berlaku enam hari sebelum hari mem­buang undi. Pada pagi hari itu, tiga orang mata-mata yang sedang me­ronda telah bertembung dengan sekumpulan pemuda di Kepong, yang terletak di pinggir bandar Kuala Lumpur. Kumpulan pemuda tersebut sedang menulis dengan cat tanda-tanda di atas jalan raya. Apabila dicabar oleh mata-mata, mereka telah menentang mata-mata itu dengan mem­balingkan kayu api, besi-besi tajam dan ketul-ketul besi, kemudian mereka telah berundur masuk ke kawasan sebuah pasar lama yang berdekatan.

Selepas memperkenalkan identiti mereka, ketiga-tiga orang mata-mata itu pun menghambat kumpulan pemuda tersebut. Rupa-rupanya kumpulan pemuda itu keluar bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemung-kinan dan memang hendak mencari gaduh, malah sekarang mereka telah mendapat yang mereka mahu. Mereka telah melawan bersungguh-sungguh sehingga mata-mata itu terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Akhirnya seorang daripada pengacau itu telah tercedera dan kemudiannya mati di hospital kerana

lukanya itu. Namanya ialah Lim Soon Seng, berumur 24 tahun. Keluarga dan rakannya telah membawa mayat si mati itu untuk disimpan di rumah mayat di Jalan Sultan, jalan bandar Cina yang paling sibuk di Kuala Lumpur. Mayat itu sepatutnya dibawa balik ke rumahnya sendiri di Kepong.

Si mati bukanlah seorang yang terkenal dan pada lazimnya mayat itu memadailah dikebumikan secara sederhana. Namun, komunis tidak maim melepaskan peluang yang begitu baik untuk membuat sesuatu yang boleh mendatangkan faedah terhadap perjuangan mereka. Akhirnya mereka dapat juga seorang daripada rakan seperjuangan untuk disanjung sebagai "pahlawan" yang akan menjadi lambang perjuangan mereka.

Polis telah menerima permohonan untuk mengadakan satu perarakan mayat pada 10 Mei, iaitu hari mengundi. Tujuan mereka hendak me­ngadakan perarakan pada 10 Mei sangatlah jelas. Anasir-anasir yang menganjurkan perarakan itu berniat hendak menimbulkan satu kejadian yang akan menghalang pilihan raya ataupun mencegah pembuangan undi pada hari itu.

Polis telah mengambil keputusan yang bijak dengan menolak per­mohonan untuk mengadakan perarakan pada hari itu. Namun, setelah ibu bapa si mati dan pemimpin Parti Buruh Kepong bertalu-talu membuat rayuan hendak mengadakan istiadat pengkebumian secara terhormat, maka pihak polis telah bersetuju membenarkan perarakan mayat itu diadakan pada 9 Mei. Tatkala membenarkan, polis telah meletakkan syarat-syarat yang ketat supaya perarakan itu melalui jalan-jalan yang tertentu dan mereka yang hadir atau mengiringi mayat itu hendaklah dihadkan kepada satu bilangan kecil mereka yang berkabung. Ringkas­nya, istiadat pengkebumian itu hendaklah diadakan menurut sebagaimana yang lazim dibuat sahaja.

Meskipun begitu, perarakan mayat berkenaan telah bertukar menjadi perarakan yang terbesar pernah dilihat di bandar Kuala Lumpur. Dalam hal ini, komunislah yang bertanggungjawab. Ia tidak sekali-kali merupa­kan perarakan mayat, tetapi lebih merupakan satu perasaan politik komunis yang habis-habisan liar. Gambar-gambar yang saya siarkan dalam buku ini dapat menceritakan sendiri peristiwa itu dan dapat membuktikan bahawa komunis dan anasir jahat lain bertanggungjawab di atas kejadian yang buruk itu. Tunjuk perasaan tersebut berlaku se­panjang hari itu, setelah perarakan berkenaan berjalan sejauh lapan batu dengan beribu-ribu orang mengambil bahagian dan menyaksikannya dari kaki lima ataupun di tepi-tepi jalan.

Untuk mengetahui dengan sah hal-hal yang berlaku, saya kemudian­nya telah meminta supaya dirakamkan kenyataan-kenyataan daripada Pegawai Kanan Polis yang ada hubungannya dengan perarakan mayat itu ataupun yang menjaga hal-hal kawasan dan keamanan semasa tunjuk perasaan yang besar itu berlaku.

Saya siarkan kenyataan-kenyataan itu di sini supaya orang ramai di Malaysia ini dapat mengetahui dengan sejelas-jelasnya, selain daripada apa yang telah tersiar dan dibaca dalam akhbar-akhbar mengenai segala hal yang terjadi dan siapa yang berdiri di belakang perarakan itu sehingga menimbulkan pelbagai perbuatan provokasi (yang boleh menimbulkan kemarahan) sehari sebelum hari mengundi.

Encik Abu Bakar bin Abdul Aziz, Pegawai Penjaga Daerah Polis Kuala Lumpur, telah menyatakan:

"Pada 7 Mei 1969, bapa si mati (Lim) telah dipanggil berjumpa saya untuk menyiapkan peraturan-peraturan bagi perarakan mayat anaknya. Selepas hari berjumpa dengan saya, dia telah bersetuju mengadakan perarakan mayat itu pada hari Jumaat, 9 Mei 1969. Sungguhpun begitu, dia mengaku kepada saya yang dia tidak bertanggungjawab di atas segala persiapan-persiapan bagi perarakan itu dan dia akan bawa kemudian kelak orang yang bertanggungjawab membuat persiapan itu untuk berjumpa saya."

"Kemudian bapa si mati sekali lagi datang ditemani oleh seorang lain bernama Yap Kau untuk berunding dengan saya mengenai jalan­jalan yang akan dilalui oleh perarakan itu. Rundingan itu tidak mem­punyai keputusan kerana Yap Kau berkata yang dia tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan."

"Keesokannya, 8 Mei 1969, Yap Kau, Miss Tan Siew Eng dan seorang Melayu telah datang ke pejabat saya, tetapi bapa si mati tidak bernama. Mereka berkata yang mereka telah menentukan sendiri jalan-jalannya dengan menunjukkan kepada saya di atas sekeping kertas. Kemudian saya berhubung dengan Encik Mansor, Pegawai Penjaga Lalu Lintas, yang kemudiannya telah datang ke pejabat saya. Setelah itu, kami telah membincangkan jalan-jalan yang akan dilalui itu. Jalan-jalan itu ialah sebagaimana yang diterangkan oleh Encik Mansor dalam kenyataan­nya."

"Yap Kau memperkenalkan Miss Tan kepada saya sebagai salah seorang daripada ahli yang mengaturkan perarakan mayat itu, dan kemudiannya memperkenalkan Syed Hamid sebagai seorang ahli jawatankuasa penyelenggaraan yang menjaga hal-hal mayat bagi per­arakan itu. Kemudian saya telah memperkenalkan Encik Mansor kepada tiga orang itu."

"Kedua-dua orang Cina itu, iaitu Yap Kau dan Miss Tan, telah ber­cakap kepada kami dalam bahasa Melayu dan mereka faham bahasa itu. Syed Hamid telah hadir bersama. Apabila saya tanya Syed Hamid kenapa dia datang, dia berkata dia datang untuk memperhatikan supaya tidak akan timbul silap faham di atas apa yang telah dipersetujukan, dan juga kerana dia salah seorang daripada ahli jawatankuasa yang bertang­gungjawab untuk menguruskan perarakan mayat itu."

"Sebelum Syed Hamid meninggalkan pejabat mereka, dia telah berkata `sekarang kita telah bersetuju'. Tujuannya berkata demikian supaya kami tidak boleh lagi mengubah jalan-jalan yang telah dipersetujui antara kita semua."

"Miss Tan juga berkata, untuk mengelakkan daripada menyakitkan hati mereka yang mengambil bahagian dalam perarakan itu, lebih baik polis tidak menghantar orangnya yang memakai uniform menjaga perarakan itu, lebih-lebih lagi anggota Pasukan Simpanan (FRU). Dia berkata bahawa dengan adanya anggota polis yang beruniform daripada bahagian dalam perarakan akan berasa sakit hati kerana si mati yang ditembak oleh polis itu telah dianggap oleh mereka sebagai seorang `Pahlawan'. Mereka meminta supaya lesen itu dikeluarkan atas nama Yap Kau."

Yap Kau yang tersebut dalam kenyataan Encik Abu Bakar itu ialah seorang ahli jawatankuasa Parti Buruh Cawangan Kepong, Miss Tan Siew Eng ialah naib pengerusi bagi cawangan itu. Orang Melayu yang memperkenalkan dirinya sebagai Syed Hamid ialah Syed Hamid bin Syed Ali yang menjadi Yang Dipertua Persatuan Penuntut-penuntut Universiti Malaya. Anggota FRU ialah Pasukan Simpanan Persekutuan, iaitu anggota pasukan polis yang mendapat latihan tinggi mutunya, terutama dalam kerja-kerja menyuraikan tunjuk perasaan dan rusuhan.

Daripada kenyataan itu dan dengan adanya tiga orang yang tersebut tadi, maka nyatalah bahawa perarakan mayat itu telah diambil oleh keluarga si mati oleh anasir-anasir politik yang mempunyai tujuan jahat supaya peluang ini dapat dipergunakan untuk membangkitkan ancaman politik yang berpanjangan.

Sebenarnya, perkara membawa mayat ini hanyalah satu perkara yang mudah dan kecil sahaja, tetapi mereka sengaja memperbesar­besarkannya.

Encik Mansor bin Mohd. Noor, Pegawai Penjaga Lalu Lintas. Polis Daerah Kuala Lumpur juga telah membuat satu kenyataan:

"Pada jam 9.55 pagi, hari Khamis, 8 Mei 1969, saya telah berada di Pejabat OCPD untuk berunding dengannya mengenai jalan-jalan yang akan dilalui oleh perarakan mayat Lim Soon Seng. Pada jam 10.05 pagi. tiga orang telah datang ke Pejabat OCPD itu – mereka ialah Yap Kau. Tan Slew Eng (seorang perempuan Cina) Naib Pengerusi Parti Buruh Selangor; dan seorang Melayu, Syed Hamid bin Syed Ali."

"Ketiga-tiga orang ini telah datang ke pejabat dan memohon ke­benaran mengadakan perarakan mayat Lim Soon Seng. Mereka menuntut supaya perarakan itu melalui jalan-jalan yang telah ditetapkan oleh mereka, tetapi OCPD dan saya tidak bersetuju dengan jalan-jalan yang dicadangkan oleh mereka."

"Saya berkeras supaya jalan-jalan yang patut dilalui ialah daripada Jalan Sultan terus ke Jalan Petaling. Jalan Kuching. Jalan Maxwell, Jalan Ipoh, kemudian terus ke Kepong. Sebaliknya. mereka menuntut jalan­jalan yang lain sebagaimana berikut: Jalan Petaling. Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman, dan Jalan Ipoh."

"Ini bererti perarakan itu akan melalui jalan-jalan di tengah kota. Mereka berkeras hendak melalui jalan-jalan ini, sambil berkata bahawa sama ada polis bersetuju ataupun tidak, mereka akan melalui jugs jalan­jalan itu. Oleh yang demikian, saya terpaksa bersetuju dengan syarat bilangan orang yang akan terlibat dalam perarakan itu tidaklah boleh lebih seribu. Kemudian, OCPD telah mengeluarkan lesen."

Daripada kenyataan itu, dapatlah kita saksikan bahawa jalan yang dicadangkan oleh polis akan membawa perarakan itu melalui jalan yang kebanyakannya bersempadan dengan sungai, iaitu jalan besar yang tidak melalui kawasan yang penuh dengan bangunan. Sementara jalan yang dicadangkan oleh pihak yang menguruskan perarakan itu ialah jalan dari utara ke selatan yang melalui tengah-tengah kota, yang penuh dengan kedai perniagaan. Jalan ini pada lazimnya penuh sesak dengan orang ramai pada waktu siang sehingga tengah malam.

Keadaan pada ketika itu meletakkan pihak polis berada dalam ke­dudukan yang terdesak kerana keesokan harinya ialah hari mengundi. Untuk kepentingan negara, maka mustahak diambil segala langkah yang perlu bagi menghindari daripada berlakunya sesuatu perkara yang boleh menghalang pilihan raya. Sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga undang-undang dan keamanan, pihak polis tidak bertujuan hendak membuka sebarang peluang kepada pihak-pihak yang liar untuk melakukan kekacauan.

Keluarga si mati mempunyai hak untuk membawa mayat, dan me­ngikut sebagaimana biasa, mereka perlu mendapatkan kebenaran dari­pada polis bagi mengadakan perarakan. Inilah cara hidup kita di Malaysia dan boleh dikatakan hampir pada setiap hari kita dapat melihat perarakan yang seumpama itu di Kuala Lumpur. Polis tidak dapat membantah langkah menyerah persiapan-persiapan mengadakan perarakan mayat itu kepada Parti Buruh Cawangan Kepong, dan juga kepada anasir yang lain tidak ada hubungan dengan keluarga si mati, tetapi pihak polis sebenarnya faham dan mengerti tujuan pihak-pihak yang menganjurkan perarakan itu.

Oleh yang demikian, tentulah pihak polis perlu bersiap sedia untuk menjalankan kewajipan mereka dan berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang tunjuk perasaan yang mungkin timbul daripada perarakan itu, tetapi mereka mesti juga berhati-hati supaya kekacauan yang mungkin timbul itu tidak akan berlanjutan sepanjang hari. Mereka cuma dapat meletakkan syarat-syarat yang tertentu untuk perarakan itu dan telah dipersetujui antara kedua-dua belah pihak serta juga pihak keluarga si mati. Namun, bagaimana persetujuan itu akan diamalkan tidaklah dapat di-agakkan sehingga keesokan harinya.

Dalam satu kenyataan yang tercatat, Encik Mansor bin Mohd. Noor telah melaporkan seperti berikut:

"Pada jam 8.45 pagi 9 Mei 1969, saya telah pergi ke rumah mayat (Chik Sin Tong) di Jalan Sultan untuk menyaksikan sama ada persiapan dan peraturan bagi perarakan mayat itu dijalankan sebagaimana yang telah dipersetujui oleh polis. Sekumpulan besar orang ramai telah berhimpun di situ. Menurut lesen yang telah dikeluarkan, perarakan itu sepatutnya dimulakan pada jam 9.30 pagi, tetapi tidak dimulakan se­hingga jam 9.55 pagi."

"Perarakan itu sepatutnya membelok ke kiri dari Jalan Petaling dengan Jalan Cecil. Semasa di situ, mereka telah berucap kepada orang ramai, menyanyi lagu dan menyebarkan risalah ajaran Mao, dan menampalkan risalah di tembok dan tiang rumah-rumah kedai. Salah satu daripada risalah itu berbunyi, "Rejim Tunku Abdul Rahman Kejam"; dan yang satu lagi berbunyi, "Ajaran Mao sahaja yang boleh diamalkan di sini". Mereka telah membawa sepanduk ajaran Mao dalam perarakan itu­saya tidak dapat menyatakan beberapa banyakkah sepanduk-sepanduk gambar itu."

"Saya telah mendahului perarakan itu untuk pergi ke Foch Avenue dan telah menyoal ketua mereka yang berada di kepala perarakan (kerana mereka telah mengikut jalan yang salah), "Kamu hendak ikut jalan yang mana?" Jawabnya, "Aku tak tahu dan aku tak peduli".

Perarakan itu telah berhenti setiap lima minit dan enam ela untuk berucap kepada beribu-ribu orang yang membanjiri kedua-dua belch jalan raya. Ketika itu, saya sedang berdiri di hadapan bangunan Malayan Banking, malah saya dapat menyaksikan orang bertambah ramai. Bilangannya sudah pun meningkat beribu-ribu orang, iaitu berkali-kali ganda melebihi daripada seribu orang yang telah dipersetujui. Mereka bertempik, "Polis anjing buruan kerajaan".

Daripada laporan itu, jelaslah bahawa pihak polis telah bersabar daripada tindakan ke atas perarakan itu. Sekalipun perarakan itu barn bergerak kira-kira satu batu jauhnya, tetapi jelas bahawa mereka yang

mengambil bahagian dalam perarakan itu bukan sahaja terdiri daripada orang yang berkabung, sama ada yang diupah atau sebaliknya. Bahkan, penunjuk-penunjuk perasaan yang cuba hendak membangkitkan ke­kacauan dan pemimpin-pemimpinnya tidak terdaya hendak mengawal perarakan itu. Penunjuk-penunjuk perasaan itu tahu bahawa polis tidak akan menjalankan sebarang tindakan kecuali ada sebab-sebab yang besar untuk mereka berbuat begitu. Perbuatan provokasi adalah sebahagian daripada rancangan mereka, tetapi usaha dan cabaran mereka tidak berjaya menyentuh perasaan polis.

Kenyataan Encik Mansor bin Mohd. Noor yang telah dicatatkan selanjutnya memberikan gambaran umum mengenai perarakan itu, dan menunjukkan kelakuan mereka yang telah mengambil bahagian, juga apa yang telah berlaku di beberapa tempat di sepanjang jalan yang dilalui oleh perarakan itu. Kenyataan itu adalah sebagaimana berikut:

"Apabila perarakan itu tiba di penghujung Jalan Petaling berhadapan Malayan Banking, mereka telah membelok ke kanan masuk ke Jalan Yap Ah Loy, iaitu jalan yang tidak dibenarkan menghala ke Jalan Klyne dan kemudiannya berpusing masuk Jalan Mountbatten–semua jalan jalan ini adalah jalan yang ditegah masuk."

"Kemudian mereka bergerak melalui Jalan Mountbatten hingga mereka sampai di penjuru Jalan Mountbatten dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pada jam 11.25 pagi, perarakan itu telah tiba di penjuru jalan ini. Kemudian mereka bergerak pelahan-lahan menuju ke Jalan Ipoh."

"Di hadapan bangunan MARA, kira-kira 500 orang yang menaiki motosikal sedang menunggu di situ telah menyertai perarakan berkenaan. Pada ketika itu, saya telah menulis seberapa banyak nombor-nombor motosikal terbabit. Mereka telah berhenti di hadapan bangunan MARA untuk sekali lagi membuat ucapan kepada orang ramai."

"Pada jam 12.35 tengah hari, mereka telah sampai di hadapan Ibu Pejabat UMNO dan sekali lagi membuat ucapan kepada orang ramai dan mengeluarkan kata-kata yang menghina."

"Pada jam 2.25 petang, mereka telah sampai di penjuru Jalan Jinjang dan Jalan Ipoh. Ketika itu hujan mulai turun."

"Pada jam 3.00 petang, mereka telah tiba di Ibu Pejabat Parti Buruh Malaysia, Kepong. Di Kepong, beribu-ribu orang telah beratur di kiri kanan jalan untuk memberi minuman kepada mereka. Mereka telah berhenti selama 45 minit di tempat itu untuk menyusun semula perarakan tersebut."

"Pada jam 5.00 petang, mereka telah sampai di Balai Polis Kepong dan bergerak sehala sambil memberi ucapan kepada orang ramai dengan menyebarkan ajaran-ajaran Mao dan memaki polis. Perasaan orang ramai telah mula menjadi hangat dan kami menjangka kekacauan akan meletus di saat itu."

"Pada jam 5.30 petang, mereka telah tiba di penjuru jalan kecil yang menuju masuk ke tanah perkuburan dan tents berjalan menghala ke tanah perkuburan." "Setelah itu, saya telah balik dan tiba untuk membuat laporan di Pusat Kawalan pada jam 6.00 petang."

Kekacauan orang yang mengikuti perarakan mayat itu amatlah liar dan merupakan perbuatan provokasi, dan sekiranya pihak polis tidak dapat menahan kesabaran, maka tentulah pergaduhan telah tercetus pada hari itu juga. Bilangan mereka tidak kurang daripada 10 000 orang. Be­ribu-ribu orang mungkin terbunuh sekiranya kami tidak menahan sabar. Saya tidak syak lagi, inilah yang mungkin berlaku. Mereka memang telah mengaturkan segala-galanya dengan rapi.

Menurut Inspektor Sakunathan, dia telah melihat senjata-senjata disembunyikan di dalam keranda dan mayat si mati telah diusung di luar keranda dan dibalut dengan kain. Ini telah disahkan oleh inspektor itu.

Sikap polis yang bijak menghadapi keadaan yang sangat berbahaya yang telah ditimbulkan oleh komunis dan puak-puak pelampau kiri untuk mengambil kesempatan daripada perarakan mayat itu patut diberi pujian yang setinggi-tingginya. Memandangkan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku kemudiannya dan kepada perasaan yang semakin bertam­bah hangat apabila perarakan itu semakin dekat dengan tanah perkuburan, maka kenyataan Encik Mansor itu bolehlah dikatakan sederhana. Biar­lah saya mengulanginya, "Beribu-ribu orang mungkin terbunuh sekiranya kami tidak menahan sabar. Saya tidak syak lagi, inilah yang mungkin berlaku."

Daripada gambar-gambar yang telah diambil dan laporan-laporan yang dibuat, maka nyatalah tunjuk perasaan yang besar ini telah dirancang dan diatur dengan rapinya. Nyatalah bahawa daripada syarat Parti Buruh dengan secara kebetulan mendapat "pahlawan", maka komunis dan puak pelampau kiri ini bertujuan hendak mengambil kesempatan itu untuk kepentingan mereka dengan sepenuhnya.

Mereka telah berjaya mengambil alih untuk mengaturkan perarakan mayat itu. Mereka menuntut supaya perarakan mayat itu diadakan pada hari mengundi. Mereka mengarahkan semua cawangan dan penyokong parti itu supaya bersiap sedia untuk menggunakan sepenuh-penuhnya perarakan mayat itu bagi kepentingan mereka. Dalam masa lima hari, mereka telah berjaya menyediakan beribu-ribu poster dan cogan kata. Mereka telah mengatur satu per satunya dengan rapi.

Tidaklah mudah hendak mengumpulkan 500 buah motosikal untuk berada pada satu masa yang tertentu kecuali untuk perlumbaan motosikal,

tetapi mereka telah berada dan menunggu untuk bersama-sama menyertai perarakan itu di pertengahan jalan. Kita tentu dapat menggambarkan bagaimana bising bunyi enjin motosikal yang beratus-ratus itu dapat menaikkan lagi perasaan dalam suasana yang telah pun sedia hangat.

Ini mungkin bukan satu kejadian yang berlaku secara kebetulan dan bukannya perhimpunan yang terjadi dengan sendiri. Ia telah diatur dan dirancangkan terlebih dahulu. Perarakan motosikal inilah satu-satunya peristiwa yang dapat menggambarkan bagaimana pihak komunis telah bersungguh-sungguh berusaha untuk menggunakan perarakan mayat itu sebagai satu helah untuk menimbulkan suasana tegang yang boleh merebak sehingga tidak terkawal lagi. Dengan itu, mereka mengharapkan supaya kota Kuala Lumpur dan seluruh negara terperangkap dalam keadaan huru-hara.

Mereka telah gagal dalam usaha mereka yang besar ini. Persoalan sekarang ialah sama ada mereka akan mencuba sekali lagi. Ketika itu, tidaklah dapat hendak diagakkan setakat manakah kesan daripada peristiwa-peristiwa tegang di sepanjang hari Jumaat itu akan mencacatkan pilihan raya keesokan harinya. Satu perkara yang nampak jelas pada malam itu ialah meskipun adanya seruan supaya memulaukan pilihan raya, namun is berlangsung menurut seperti yang telah ditetapkan. Komunis sekali lagi gagal kerana bilangan pengundi yang telah keluar untuk mengundi pada keesokannya adalah paling ramai dalam sejarah Malaysia.


-------------------------------------------------

8. Pengundi Membuang Undi

Cuaca di Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia pada hari mengundi yang jatuhnya pada hari Sabtu, 10 Mei, kelihatan begitu cerah. Ini telah di­beritahu kepada saya semasa saya berada di Alor Setar kerana sehari sebelumnya saya telah melawat kawasan pilihan raya saya di Pulau Langkawi. Mungkin juga boleh difahamkan bahawa pada hari itu saya bukanlah seorang perdana menteri lagi tetapi sebagai seorang calon yang menyerahkan nasibnya kepada pengundi untuk mendapatkan persetujuan mereka menurut asas-asas demokrasi.

Akhirnya, tamatlah kempen-kempen hangat yang belum pernah berlaku seumpamanya dalam sejarah negara kita yang mana telah di­timbulkan atas sebab-sebab adanya perasaan dendam politik. Hari itu merupakan hari penentuan. Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengambil tanggungjawab penuh untuk mengawal pilihan raya itu dan sebelum pengundi memberi mandat mereka Berta sebelum laporan diterima mengenai pengundian itu, tidak ada siapa pun yang dapat meramal keputusan pilihan raya itu.

Sungguhpun terdapat kempen-kempen liar yang belum pernah saya alami pada masa yang lepas, saya berasa begitu yakin bahawa Parti Perikatan akan menang sekali lagi dengan kelebihan dua pertiga sebagai­mana dalam pilihan raya-pilihan raya yang lalu.

Saya rasa adil sekiranya saya katakan bahawa keputusan seperti inilah yang diharapkan oleh seluruh negara, kecuali ahli parti pembangkang yang telah bersungguh-sungguh hendak menumbangkan Parti Perikatan. Mereka berdoa dan berharap tetapi mereka sendiri tidak menaruh ke­percayaan atas kejayaan mereka.

Pilihan raya di Malaysia lebih susah daripada yang dijalankan di negara-negara lain kerana pengundi dikehendaki membuang undi mereka pada satu masa yang sama untuk memilih calon bagi Parlimen dan bagi Dewan Undangan Negeri masing-masing. Dengan adanya 11 buah Dewan Undangan Negeri dan sebuah Parlimen, bermakna, 12 pilihan raya telah dijalankan pada satu hari yang sama.

Pengundi daripada semua kaum tentulah mengambil perhatian berat dalam kedua-dua peringkat pilihan raya ini dan sikap merekalah yang akan menentukan hasil pilihan raya itu. Saya telah menjelas-kan bahawa UMNO dan MCA telah menjadi sasaran hebat parti-parti pembangkang yang menyerang dalam kempen-kempen mereka menentang kerajaan Perikatan. Namun, apakah pula sikap yang diambil oleh parti-parti pem­bangkang terhadap Persatuan India Malaysia (MIC), parti yang ketiga dalam Perikatan?

PAS telah menunjukkan serangannya dengan cara yang jahat terhadap UMNO; parti-parti pembangkang yang lain pula, sama ada dengan per­hitungan yang tertentu ataupun cuma untuk kepentingan pilihan raya, telah menumpukan serangan mereka terhadap calon-calon MCA. Mana­kala penyokong Parti Komunis telah menghasut anasir-anasir pembang­kang, sama ada dengan cara terang ataupun sulit.

Parti-parti pembangkang pada umumnya tidak menunjukkan sebarang rancangan yang bersatu menentang MIC. Mereka rasa lebih berkesan andainya dapat menggugat dua tiang parti Perikatan, UMNO dan MCA kerana mereka percaya MIC akan tumbang dengan sendirinya setelah mereka dapat menjatuhkan UMNO dan MCA. Berbanding dengan UMNO dan MCA, MIC cuma mengemukakan tiga orang calon Parlimen sahaja. Oleh itu, pihak pembangkang boleh menyifatkan MIC sebagai anggota Perikatan yang tidak penting.

MIC merupakan satu-satunya parti untuk orang India di Malaysia, sekalipun bilangan kaum India lebih daripada sejuta. Tiga buah parti pembangkang telah mengemukakan calon-calon India iaitu Gerakan, DAP, dan PPP. Calon-calon Gerakan ialah bekas ahli Parti Buruh. DAP dahulunya telah diwakili dalam pilihan raya oleh seorang ahlinya sahaja, calonnya ialah Encik C. Devan Nair, tetapi dahulunya is merupakan salah seorang daripada ahli Dewan Rakyat puak pembangkang yang ter­kenal. Mengapa dia tidak bertanding tentulah menjadi satu tanda tanya. Mungkin DAP sahaja yang tahu jawapannya. Selain daripada tiga orang calon India untuk Parlimen, DAP telah mengemukakan seorang calon tunggal Melayu, tetapi dia kalah. Inilah rupanya yang dikatakan konsep Malaysian Malaysia.

Dalam pilihan raya ini, Perikatan sahajalah yang benar-benar mewakili semua kaum sebagaimana masa-masa yang lepas. Sejak merdeka, setiap parti dalam Perikatan (tiga serangkai ini) sentiasa mempunyai ahli-ahlinya dalam Kabinet–MIC tidak pernah kurang daripada dua orang menteri.

Pada keseluruhannya, kaum India di Malaysia mempunyai sifat keperibadian yang berlainan daripada kaum Melayu dan Cina. Orang Melayu pada keseluruhannya menjadi kaum tani, sementara orang Cina pula umumnya berpecah dalam lapangan perniagaan, pertanian, dan perlombongan. Orang India terdapat dalam semua bahagian masyarakat Malaysia, kira-kira separuh di luar bandar dan separuh di bandar.

Manakala orang India pula kebanyakannya menguasai kesatuan­kesatuan sekerja dan mereka menekankan pengaruhnya serta gerakan­gerakan kesatuan itu ditubuhkan di Malaysia sehinggalah ke hari ini. Sesungguhnya bolehlah dikatakan bahawa orang India Malaysia lebih banyak menceburkan diri dalam kesatuan buruh daripada mengadakan hubungan yang rapat dengan kesatuan-kesatuan sekerja itu.

Sebagai contoh, orang India terdapat di mana-mana jua sebagai pe­kerja perusahaan dan buruh kasar, terutama sekali dalam sektor Keretapi Malaysia, Jabatan Kerja Raya, dan Lembaga Pelabuhan dan Perusahaan Getah. Kesatuan Kebangsaan bagi Pekerja-pekerja Ladang (NUPW) yang sebilangan besar anggotanya terdiri daripada orang India, merupakan sebuah kesatuan yang paling besar di Asia. Ia tidak terikat kepada mana­mana parti politik dan pucuk pimpinannya sangat berpengaruh dalam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia. Kongres ini juga menjauhkan dirinya daripada pengaruh parti-parti politik, tetapi pemimpin-pemimpin Kongres membiarkan ahlinya memilih sendiri corak politik yang mereka sukai. Orang India juga sangat kuat dalam Kongres Kesatuan Pekerja­pekerja dalam Perkhidmatan-perkhidmatan Awam (CUEPACS). Oleh yang demikian, tidaklah memeranjatkan jika dikatakan bahawa orang India pada keseluruhannya tidak begitu cenderung dalam lapangan politik jika dibandingkan dengan kaum lain, tetapi mereka lebih mengambil berat dalam soal kenaikan gaji. Dari semasa ke semasa. pemimpin kesatuan mereka telah mengangkat rayuan-rayuan kepada kerajaan menuntut kenaikan gaji bagi pekerja kerajaan. Oleh sebab kerajaan merupakan majikan yang terbesar sekali dalam negara ini, maka tentulah kerajaan tidak dapat memberi sambutan pada setiap kali diadakan tuntutan kenaikan gaji itu kerana perbelanjaan untuk gaji tentulah akan menjadi begitu besar sehingga kerajaan tidak akan mampu membayarnya.

Contohnya dalam tahun 1965, perbelanjaan sebenar bagi gaji dan pencen serta lain-lain berjumlah $540.7 juta atau 33.2 peratus daripada jumlah perbelanjaan biasa, sementara dalam tahun 1969 dianggarkan bahawa angka itu meningkat kepada $650.6 juta atau 33.8 peratus daripada perbelanjaan. Angka-angka ini tidak termasuk gaji bagi guru-guru dalam Perkhidmatan Guru Yang Disatukan atau pekerja bergaji hari. Jika gaji ini dicampurkan dalam perbelanjaan gaji tahunan kerajaan Persekutuan, maka jumlahnya akan melebihi daripada 50 peratus daripada jumlah perbelanjaan biasa. Ini pada peringkat gaji yang dibayar dalam 13 buah negeri.

Pemimpin-pemimpin persatuan yang berjuang menuntut kenaikan gaji bagi pekerja tidak sedar akan kesulitan yang dihadapi oleh pihak kerajaan. Sekiranya tuntutan mereka dipenuhi pada setiap kali is dibuat, maka kerajaan akan menghadapi keruntuhan ekonomi.

Namun, pemimpin Kesatuan Sekerja terus membuat janji-janji kepada pekerja bahawa mereka akan memperjuangkan soal kenaikan gaji bagi pekerja sekiranya dipilih; dan tentulah pekerja tertarik dengan janji-janji itu. Mereka juga berkata bahawa MIC sangat kurang menolong golongan pekerja.

Semasa menjalankan tugas dalam kementerian masing-masing, Tun Sambanthan dan Encik Manickavasagam sentiasa mempunyai perhubungan rapat dengan pekerja. Namun, disebabkan mereka insaf bahawa kerajaan tidak berdaya memenuhi segala tuntutan gaji, maka mereka tidak boleh membuat janji-janji sebagaimana yang dibuat oleh pemimpin kesatuan atau ahli politik yang memujuk pekerja untuk kepentingan diri mereka. Janji-janji yang tidak bertanggungjawab memang mudah dibuat; tetapi kenyataan mestilah dihadapi.

Dalam masa pilihan raya, pemimpin politik dan kesatuan menuduh menteri-menteri ini tidak menolong untuk mendapatkan kenaikan gaji yang lebih, walhal setiap orang tahu apa yang telah dibuat oleh Tun Sambanthan untuk menubuhkan syarikat kerjasama memiliki harta dalam kalangan pekerja India bagi mengatasi masalah perpecahan ladang­ladang. Akan tetapi, pemimpin-pemimpin kesatuan dengan tidak ber­tanggungjawab telah berjanji yang mereka akan mendapatkan kenaikan gaji bagi mencari sokongan pekerja.

Satu peristiwa yang telah berlaku dalam pilihan raya lepas dapat membuktikan sejauh manakah kempen menentang kerajaan telah diperhebatkan dalam kalangan pekerja India. Tun Sambanthan telah memberitahu saya bahawa dia telah pergi ke sebuah kuil di Jalan Bangsar untuk beribadat dan apabila dia keluar dari kuil itu, dia dapati bendera Persekutuan di keretanya telah dikoyak orang. Kawasan ini merupakan tempat kediaman pekerja-pekerja India, dan kerana itu tentulah orang di situ jugalah yang melakukan perbuatan itu.

Peristiwa penentangan terhadap kerajaan yang seperti ini sangatlah mendukacitakan, terutama sekali jika diingatkan bagaimana kerajaan telah memberikan banyak faedah untuk pekerja, tetapi mereka tidak menghargai jasa-jasa kerajaan itu. Bandingkanlah Malaysia dengan negara-negara lain di sekeliling kita, dan tuan-tuan akan insaf "bagaimana bertuahnya tinggal di sini".

Pekerja-pekerja India ini telah lama menaruh perasaan dendam, tetapi ketika itu tidaklah dapat diagak sikap mereka sebagai pengundi dalam pilihan raya tahun 1969. Adakah mereka akan menyokong Perikatan atau parti-parti lain?


-------------------------------------------------

9. Hasil-hasil yang Mengejutkan

Dalam pilihan raya tahun ini, pelbagai kerumitan besar yang perlu dihadapi seperti sejumlah besar bilangan pengundi yang baru di­daftarkan. Apakah sikap yang akan mereka ambil apabila mereka masuk ke tempat mengundi untuk menanda kertas-kertas undi mereka?

Perikatan boleh berasa yakin bahawa dengan jasa-jasa yang telah dibuat itu, is akan mendapat sokongan daripada pengundi. Meskipun boleh diramal keputusan pilihan raya itu dengan berdasarkan kepada sambutan yang begitu kecil terhadap parti-parti pada masa-masa yang lepas, pihak pembangkang menggantungkan harapannya atas ke­mungkinan berlakunya sikap berpaling tadah dalam kalangan pengundi. Namun, dalam pilihan raya yang terdahulu, kejadian yang seperti itu tidak pernah berlaku. Mereka mengharapkan kempenkempen mereka yang liar dan kotor itu akan dapat menarik pengundi mengundi calon­calon mereka.

Selain itu, wujud masalah yang dihadapi. Dalam pilihan raya tahun 1964, apabila pengundian dijalankan buat pertama kalinya untuk pe­ringkat Persekutuan dan negeri pada satu masa yang sama, keputusannya merupakan satu pengesahan bahawa Perikatan ialah sebuah parti yang layak diberi amanah untuk menubuhkan kerajaan. Lima tahun telah berlalu di mana parti-parti baru telah ditubuhkan, orang muda buat pertama kalinya dapat menjadi pengundi dan dalam sesetengah negeri, masalah tempatan telah dijadikan masalah besar seperti soal taraf pelabuhan bebas bagi Pulau Pinang. Pendek kata, adakah soal-soal tempatan itu akan menentukan undi kebangsaan ataupun sebaliknya? Adakah mereka akan ingat apa yang telah dibuat oleh Perikatan untuk bangsa dan negara?

Sebagaimana pilihan raya yang lepas, hari mengundi telah berjalan dengan lancar di seluruh Malaysia Barat dan merupakan satu tempoh bertenang selama 12 jam sebelum timbulnya rasa gelisah atau gembira semasa undi-undi dikira dan keputusannya diisytiharkan.

Sebelum is dibuka, peti-peti undilah yang menyimpan segala rahsia. Keputusan undi pada kali ini telah memeranjatkan semua parti politik. Inilah yang dikatakan cara demokrasi.

Papan-papan tanda pilihan raya telah didirikan di seluruh negara untuk mencatatkan keputusan-keputusan undi. Selepas pengundian ditutup pada jam 8 malam, orang ramai telah berhimpun di tempat-tempat ter­sebut ataupun pulang ke rumah untuk menunggu keputusan menerusi televisyen atau radio dan juga radio transistor.

Rakyat seluruh negara telah menunjukkan minat mereka terhadap keputusan pilihan raya ini, begitulah juga penduduk di Malaysia Timur yang akan membuang undi mereka untuk pilihan raya peringkat Persekutuan dan negeri pada tarikh-tarikh yang kemudian kelak. Inilah kali yang pertama mereka akan membuang undi dalam pilihan raya peringkat Persekutuan dan negeri yang diadakan dengan menggunakan satu peti undi dan dengan sekali gus.

Sebagaimana pada pilihan raya yang lepas, saya sendiri telah berada di rumah saya di Alor Setar, dan semua menteri kabinet yang lain juga berada di rumah dalam kawasan masing-masing.

Sebagaimana yang telah berlaku dalam pilihan raya, keputusan pe­ngiraan undi bagi kawasan dalam bandar telah diisytiharkan lebih awal daripada keputusan bagi kawasan luar bandar yang pengundinya ber­selerak. Daripada keputusan awal yang telah diisytiharkan selepas sahaja dari tengah malam, maka terbayanglah bahawa Perikatan di Pulau Pinang akan hilang kuasanya.

Pengundi di Pulau Pinang iaitu negeri yang terkenal sebagai sarang puak pelampau pada masa yang lepas, tidak lagi mempunyai Parti Buruh untuk disokong, tetapi kejayaan Parti Gerakan iaitu sebuah parti baru yang seorang demi seorang calonnya telah berjaya di peringkat negeri, telah menunjukkan bahawa sikap berpaling tadah telah berlaku di negeri itu. Selepas beberapa keputusan diisytiharkan, maka makin jelaslah bahawa Perikatan tidak ada harapan lagi untuk memegang kuasa di Pulau Pinang.

Keputusan yang memeranjatkan telah disiarkan melalui radio dan televisyen. Parti Gerakan dan DAP telah mendapat kejayaan besar dalam kawasan di negeri Selangor dan Selepas itu saya berasa amat terharu kerana keputusan di Kedah juga telah menunjukkan UMNO di negeri itu juga telah goyah. Ini menunjukkan kempen kotor yang ditunjukkan oleh PAS itu telah membawa kejayaan kepada mereka.

Kelakuan UMNO dalam beberapa kawasan di negeri Kedah iaitu sebuah negeri yang sentiasa disifatkan sebagai kubu kekuatan Perikatan sehingga hari ini, disebabkan oleh sikap orang Cina tidak menyokong parti itu. Walhal di tangan merekalah terletak undi pemutus untuk mem­beri kemenangan kepada calon UMNO.

UMNO telah mengalami beberapa kekalahan dalam negara sendiri sekalipun sesetengahnya kalah dengan undi yang sangat kecil. Misalnya, Menteri Penerangan dan Penyiaran, Encik Senu bin Abdul Rahman telah tewas hanya dengan kekurangan 88 undi sahaja. Sekiranya beribu-ribu orang Cina memberi undi mereka kepadanya, tentulah dia telah ber­jaya. Begitulah juga keadaan yang terjadi ke atas diri Dr. Mahathir dan Mohamed Zahir.

Perbuatan berpaling tadah ini telah timbul dengan begitu besar se­hingga cuma terdapat kelebihan undi kira-kira 3000, walhal pada masa yang lepas saya sentiasa mendapat kelebihan undi sebanyak 11 000 atau lebih.

Dengan terbitnya keputusan yang menunjukkan kekalahan seorang lagi menteri kabinet, iaitu Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Dr. Lim Swee Aun di Taiping, dan juga kekalahan beberapa orang ahli Parlimen Perikatan yang terkemuka di Selangor, maka suasana pada subuh hari Ahad, 11 Mei itu sangatlah muram dan merupakan masa hadapan yang gelap untuk Perikatan. Namun, apabila semua keputusan dari kawasan bandar yang terpencil mula diterima, maka barulah nampak bersinar kembali masa hadapan parti Perikatan.

Keputusan yang diterima daripada negeri-negeri di sebelah selatan dan pantai timur mula menunjukkan bahawa negeri-negeri ini kecuali Kelantan, masih berdiri di belakang Perikatan. Pengaruh yang telah menakutkan orang Cina di negeri Kedah tampak tidak ada di negeri Johor dan Pahang. Jadi, jelaslah bahawa pengaruh yang mendorong orang Cina membuang undi mereka menentang Perikatan datangnya dari Pulau Pinang iaitu sarang bagi komunis, kongsi gelap, dan puak pelampau yang lain.

Sebaliknya, terdapat juga di Pulau Pinang baba-baba dan nyonya­nyonya, iaitu orang Cina yang telah diperanakan di negeri itu yang taat setianya kepada negeri ini sama seperti orang Melayu. Cara, tabiat, dan juga makanan mereka hampir-hampir sama dengan orang Melayu. Bahasa mereka pun bercampur-aduk antara bahasa Hokkien dan Melayu. Namun, mereka tidaklah bersedia melawan mana-mana puak yang kuat dan bersatu seperti komunis dan dengan sebab itu mereka terpaksa berdiam diri.

Saya telah menceritakan tentang kekacauan yang berlaku di Pulau Pinang atas masalah penilaian semula mata wang yang lama, pem­bunuhan seorang pekerja UMNO, dan gerakan-gerakan lain yang ada hubungannya dengan komunis serta anasir lain yang tidak setia yang kesemuanya telah dilancarkan dari Pulau Pinang.

Kejadian-kejadian ini dapatlah menghuraikan sebab kenapa Perikatan telah kalah di Pulau Pinang dan juga di Province Wellesley, di mana orang Cina telah berpaling tadah. Perbuatan berpaling tadah dalam kalangan orang Cina ini telah melarat ke negeri Kedah, terutama sekali di bahagian utara negeri itu, tetapi di sebelah selatan kesetiaan kepada Perikatan masih tetap kuat.

Menjelang tengah hari pada Ahad 11 Mei, keputusan pilihan raya itu telah pun dapat dilihat dengan jelas. Kerajaan Perikatan masih dapat mengekalkan kuasanya dalam negeri-negeri kecuali di Pulau Pinang, di mana Parti Gerakan telah menang, dan di negeri Kelantan di mana usaha­usaha kita hendak mengambil kuasa di negeri itu telah gagal dan PAS masih terus berkuasa di negeri itu. Dengan kempen-kempen kotor, maka mereka telah berjaya menambahkan kekuatan mereka di peringkat Persekutuan dan bilangan ahli-ahli PAS dalam Parlimen telah bertambah sebanyak tiga kerusi lagi.

Di Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, dan Perlis, kerajaan Perikatan telah mendapat kelebihan kerusi yang banyak. Sungguhpun begitu, Perikatan hampir kalah di Perak dan Selangor. Di Perak, Perikatan telah memenangi 19 kerusi yang mana terbanyak sekali bagi sebuah parti yang bertanding di Perak jika dibandingkan dengan parti-parti yang lain.

Perikatan di Perak telah membentuk kerajaan dengan adanya sikap yang ditunjukkan oleh Parti Gerakan. Di Selangor. kemenangan Perikatan sama banyak dengan kerusi yang dimenangi oleh parti-parti pembang­kang, termasuk seorang ahli bebas yang memegang kuasa pemutus.

Dalam pilihan raya parlimen Persekutuan. Perikatan telah muncul dengan mendapat kelebihan kerusi yang banyak. lebih daripada sekali ganda daripada jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti pembangkang. Perikatan telah menang 76 kerusi berbanding 37 yang dimenangi oleh empat daripada tujuh buah parti pembangkang. Keputusan kerusi yang telah dimenangi oleh parti-parti lain sebagaimana yang terdapat pada hari Ahad 11 Mei ialah seperti berikut:

DAP - 13

PAS - 12

GERAKAN - 8

PPP - 4

Dua pihak lagi telah bertanding iaitu UMNO dan Bebas telah gagal memenangi sebarang kerusi dalam Dewan Rakyat.

Dalam Parlimen yang lepas, Perikatan telah memenangi 89 buah kerusi di Malaysia Barat, yang telah memberikan parti itu kelebihan suara yang lebih daripada dua per tiga dalam Dewan Rakyat. Dalam pilihan raya ini, kelebihan suara Perikatan berkurangan sebanyak 13 kerusi. DAP, Gerakan, PAS, dan PPP telah dapat menambah ahli-ahlinya dalam dewan itu.

Kedudukan ini membuktikan apa yang telah saya ingatkan kepada orang Melayu dalam masa berkempen bahawa orang Melayu sendirilah yang boleh menjahanamkan kaumnya. Pakatan yang dibuat antara DAP, PPP, Gerakan, dan PAS telah mendatangkan kemenangan kepada parti­parti bukan Melayu dengan memperoleh kekuatan politik yang mereka belum pernah kecapi pada masa yang lepas. Kekalahan kerusi-kerusi UMNO di Perak dan Selangor tidak sekali-kali mendatangkan keun­tungan kepada orang Melayu dalam PAS. Mungkin mereka gembira dengan kekalahan Perikatan di kawasan-kawasan tersebut, tetapi kejadian itu menjejaskan orang Melayu khasnya dan negara amnya. Jika kejadian ini terns berlaku, apakah harapan kita untuk masa hadapan?


-------------------------------------------------

10. Mabuk "Kemenangan"

Sebagaimana yang telah saya sebutkan sebelum ini, keputusan-keputusan pilihan raya kali ini telah memeranjatkan semua pihak. Saya percaya mereka yang paling terperanjat sekali ialah DAP dan parti baru, Gerakan di atas kejayaan-kejayaan yang mereka sendiri tidak sangka. Mereka terus berasa sombong dan bongkak!

Dengan kelakuan sombong yang mereka tunjukkan, maka tidaklah boleh hendak disalahkan jika pelawat-pelawat dari luar negara me­nyangka bahawa parti-parti itulah yang telah memenangi pilihan raya pada keseluruhannya. Parti-parti itu dengan tidak berlengah-lengah lagi mengaturkan perayaan-perayaan bagi menyambut "kemenangan" mereka.

Pada hari Isnin, 12 Mei, Dr. Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi dalam kawasan Batu, Selangor dengan kelebihan undi yang besar, telah meminta kebenaran polis untuk mengadakan satu perarakan ke­menangan oleh anggota parti Gerakannya. Satu permit telah dikeluar­kan dengan syarat perarakan itu melalui jalan-jalan yang telah dipersetujui oleh polis. DAP pula telah membuat keputusan untuk mengadakan perarakan pada keesokan harinya iaitu hari Selasa, 13 Mei dengan tidak mendapat kebenaran pihak polis. Cadangan ini tidak diteruskan. Namun, DAP telah bergabung sama dalam perarakan Gerakan.

Pegawai Penjaga Daerah Polis, Kuala Lumpur, Encik Abu Bakar bin Abdul Aziz, dalam kenyataannya menyebut dalam laporan mengenai dengan permohonan Dr. Tan:

"Pada 12 Mei 1969, Dr. Tan Chee Khoon telah membuat panggilan telefon kepada saya dan meminta kebenaran hendak mengadakan satu perarakan kemenangan untuk mengucapkan terima kasih kepada pe­nyokong-penyokongnya dalam kawasan pilihan rayanya sahaja, iaitu Batu, Sentul, dan Jalan Ipoh. Dia hendak memulakan perarakan itu dari ibu pejabatnya di Jalan Broderick bermula pukul 4.30 petang dan berakhir pada pukul 7 petang. Bilangan orang yang akan mengambil bahagian ialah kira-kira 500 orang dan akan diadakan juga perarakan bermotor."

"Kemudian saya telah berunding dengan Encik Mansor tentang jalan­jalan yang hendak dilalui dan juga waktu bagi perarakan itu, dan telah mengambil keputusan iaitu oleh kerana jam 4.30 petang ialah waktu yang sangat sibuk (untuk lalu lintas), maka kami fikir perarakan itu patutlah dimulakan dari jam 5.30 petang. Jika tidak, perarakan itu akan menimbulkan kesusahan kepada orang ramai."

"Saya telah menerangkan kepada Dr. Tan Chee Khoon hal ini. Dia bersetuju, tetapi dia telah meminta supaya perarakan itu berakhir sejam kemudian kerana waktu mulanya pun telah dilambatkan satu jam. Kami telah bersetuju dengan permintaannya itu dan satu lesen telah dikeluarkan atas namanya."

Dari segi politik, perarakan kemenangan Dr. Tan itu merupakan satu cara yang belum pernah dilakukan. Setelah perarakan yang berlesen itu tamat, perarakan-perarakan haram yang penuh dengan perbuatan dan kelakuan biadab serta samseng telah diadakan. Mereka telah melanggar perintah-perintah polis dan melalui jalan-jalan yang tidak diberi kebe­naran sehingga menghalang lalu lintas. Perasaan gila kemenangan telah memuncak dan tidak terkawal lagi, dan pihak komunis pasti mengambil kesempatan menghasut dan menghangatkan perasaan mereka. Pihak yang

menang pilihan raya itu telah membuat satu kesilapan besar, sekalipun mungkin mereka tidak ber-tanggungjawab atas kejadian itu.

Perarakan haram ini telah masuk ke Jalan Campbell dan Jalan Hale, iaitu jalan yang menghala ke Kampung Baru, di mana 30 000 orang Melayu telah hidup dengan rukun damai dalam kawasan mereka sendiri yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur sejak bertahun­tahun. Jalan Hale ialah sebatang jalan besar di Kampung Baru. Di se­panjang jalan, mereka telah bertempik sorak dan apabila mereka berada di kawasan Melayu itu, mereka telah mengejek-ejek dan menunjukkan kebesaran mereka untuk menaikkan perasaan marah orang Melayu. Mereka melakukan perbuatan tersebut di kawasan yang boleh dikatakan kubu UMNO.

Encik Mansor bin Mohamed Noor dalam kenyataannya menyebut sebagaimana berikut:

"Satu kumpulan daripada mereka yang ramainya kira-kira 20 orang telah berhenti di hadapan Balai Polis Jalan Travers. Seorang daripadanya telah melaungkan perkataan "Melayu mati" di hadapan rumah kediaman anggota polis di balai itu, dan juga menunjukkan kemaluannya kepada polis dengan disaksikan oleh isteri anggota polis yang ada dalam kawasan rumah kediaman mereka. Seorang mata-mata telah membuat laporan atas kelakuan biadab dan tidak sopan itu.

"Selepas dari itu, mereka telah berpecah kepada beberapa kumpulan kecil. Salah satu daripadanya telah pergi ke Jalan Mountbatten menahan kereta-kereta orang Melayu dan memaki hamun mereka dengan tujuan hendak menghina mereka. Mereka telah mengecam hendak menonyoh mata anak perempuan OCPD sendiri yang berumur kira-kira 17 tahun. Sambil itu, mereka berkata "Engkau Melayu bodoh", "Tidak berkuasa". Seorang pemuda Melayu telah membuat laporan di ibu pejabat polis yang dia telah dipukul oleh tiga orang Cina di Foch Avenue".

Encik Yeoh Teck Chye dari Parti Gerakan yang menjadi Yang Di­pertua Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia telah mengaku bahawa kelakuan mereka yang mengambil bahagian dalam perarakan haram itu telah mengganggu keamanan orang ramai. Beliau ialah calon Gerakan yang menang dengan kelebihan undi yang besar dalam kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Pada hari Selasa, 13 Mei, dia telah meminta maaf secara terbuka dalam akhbar-akhbar atas kelakuan penyokong partinya yang telah menyusahkan orang ramai, tetapi telah terlambat kerana perbuatan mereka amatlah memedihkan hati orang Melayu. Memang patut dia meminta maaf kerana selepas perarakan Dr. Tan itu bersurai, dia sendiri telah mengambil bahagian dalam perarakan haram sebagaimana yang tercatat dalam laporan polis.

Daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam itu, maka jelaslah bahawa pemimpin-pemimpin Gerakan tidak lagi dapat mengawal perasaan pengikut-pengikut mereka, bahkan mereka sendiri telah terheret sama. Merekalah yang bertanggungjawab menghidupkan perasaan itu. Selepas perarakan berlesen itu bersurai, penyokong-penyokong mereka telah berpecah kepada beberapa kumpulan. Mereka merayau ke sana sini sambil melaung-laungkan kemenangan mereka, dan dua perarakan haram lagi telah dimulakan.

Encik Abu Bakar bin Abdul Aziz, Pegawai Penjaga Daerah Polis Kuala Lumpur melaporkan dalam satu kenyataan yang dicatatkan sebagaimana berikut:


"Saya sedang berada di bilik kawalan pada pukul 10.10 malam dan saya menerima maklumat bahawa Yeoh Teck Chye telah mengepalai satu perarakan di Jalan Bukit Bintang dengan tidak mendapat kebenaran. Satu lagi perarakan datang dari Petaling Jaya yang dikepalai oleh David, juga dengan tidak mendapat kebenaran. (Ingatan: Encik V. David dari Parti Gerakan telah memenangi kerusi Parlimen di Pulau Pinang, dan juga kerusi Dewan Undangan Negeri, di Selangor, iaitu negerinya sen­diri).

"Saya telah beri perintah supaya kedua-dua perarakan ini mesti dihentikan kerana tidak ada kebenaran polis. Kumpulan Simpanan Persekutuan (FRU) telah dihantar untuk menyuraikannya."

"Sementara itu, perarakan di Bukit Bintang telah bersurai tetapi perarakan yang diketuai oleh David telah pergi ke Parking Hotel (di Jalan Brickfields) di mana 200 orang pemuda India sedang menunggu. Pasukan FRU telah dihantar ke sana untuk menyuraikan mereka."

-------------------------------------------------

11. Api Menyala Malam

Saya telah pulang ke Kuala Lumpur dari Alor Setar kira-kira tengah hari Selasa, 13 Mei, iaitu satu hari yang telah mengubah nasib bangsa dan negara kita.

Ketua setiausaha sulit saya telah memberitahu yang dia telah me­nerima berita bahawa satu tindakan balas berupa tunjuk perasaan akan diadakan pada petang itu kerana orang Melayu di Kuala Lumpur sangat marah dengan tunjuk perasaan anti-Melayu dan perbuatan menghina dan biadab yang dilakukan oleh puak-puak pembangkang pada 12 Mei.

Dia telah memberitahu saya bahawa UMNO akan mengadakan satu perarakan untuk merayakan kemenangan parti, dan mereka yang akan mengambil bahagian akan berhimpun di rumah Menteri Besar Selangor, Dato' Harun bin Haji Idris, di Jalan Raja Muda.

Perarakan akan dimulakan di rumah menteri besar itu. Menurut acara yang dicadangkan, menteri besar dijadualkan berucap kepada perhim­punan sebelum memulakan perarakan.

Pada petang itu jugs Tun Tan Siew Sin, Encik Khaw Kai Boh, Dr. Lim Swee Aun, dan Tan Sri T.H. Tan telah berjumpa saya di Residency untuk melahirkan perasaan sedih MCA atas keputusan pilihan raya dan menyatakan bahawa nyatalah orang Cina telah hilang kepercayaannya kepada pimpinan MCA. Dengan keadaan demikian, mereka berpendapat bahawa tidaklah bijak bagi mereka mengambil bahagian dalam kabinet kerana mereka tidak lagi mewakili orang Cina.

Saya telah menjawab bahawa kabinet akan mengalami kerugian yang besar jika mereka tidak mengambil bahagian kerana perkhidmatan mereka kepada negara dan kepada Parti Perikatan pada masa yang lepas sangatlah dihargai. Saya telah mengatakan bahawa mungkin selepas daripada beberapa ketika, mereka dapat masuk semula ke dalam kerajaan. tetapi saya menasihatkan mereka supaya mengambil sedikit masa untuk berfikir tentang keputusan mereka itu.

Selepas itu kami telah membincangkan hal-hal yang telah berlaku dalam beberapa hari lepas seperti perarakan mayat pemuda Parti Buruh, perarakan kemenangan Gerakan, dan tunjuk perasaan yang diadakan secara haram. Selepas itu, rombongan MCA meninggalkan saya, tetapi saya terus memikirkan sikap orang Cina yang telah mengecewakan pemimpin-pemimpin yang telah berkhidmat kepada mereka dan negara dengan cemerlang. Dengan sikap mereka seperti itu, apakah yang mungkin berlaku lagi kemudian hari?

Tunjuk perasaan yang dilakukan oleh Gerakan pada 12 Mei bukan sahaja telah menimbulkan perasaan marah orang Melayu bahkan juga menyakitkan hati mereka. Saya sendiri bimbang perarakan yang akan diadakan oleh UMNO itu mungkin membawa kekacauan. Pada waktu itu, tidaklah lagi dapat hendak ditahan keinginan ahli-ahli UMNO untuk mengadakan perarakan kerana pihak pembangkang telah pun me­ngadakan perarakan-perarakan mereka. Selain itu, UMNO juga telah mendapat permit untuk mengadakan perarakan tersebut. Saya cuma dapat berdoa kepada Allah SWT agar tidak berlaku sebarang kejadian yang buruk.

Kemudian Tun Sambanthan telah datang berjumpa saya dan kami berbincang mengenai keputusan pilihan raya. Meskipun dia telah melaku­kan sedaya upaya untuk berkhidmat bagi kepentingan kaum India, tetapi Tun Sambanthan juga merasa bahawa MIC juga telah hilang sokongan orang India dalam pilihan raya itu dalam sesetengah kawasan.

Beliau juga memikirkan sama ada MIC patut meneruskan khidmat dalam Kabinet untuk mewakili orang India atau sebaliknya setelah menimbangkan sikap yang telah diambil oleh MCA pada ketika itu untuk tidak menyertai Kabinet.

Saya kemudian telah menasihatkan beliau demi kepentingan Perikatan dan bangsa, adalah bijak bagi beliau dan Encik Manickavasagam terus kekal dalam kabinet.


Saya berasa gembira apabila Tun Sambanthan bersetuju menerima nasihat saya itu.

Ketika kami melanjutkan perbualan itu, satu panggilan telefon telah diterima pada jam 6.45 petang, menyatakan bahawa satu kejadian ngeri telah berlaku di Jalan Raja Muda, di mana beberapa orang Cina telah diserang.

Tidak lama kemudian, Encik Mansor, Ketua Lalu Lintas Polis Kuala Lumpur dan satu dua orang lagi telah datang berjumpa saya dan mem­beritahu bahawa beberapa kejadian pembunuhan telah berlaku. Bandar Kuala Lumpur terus diletakkan di bawah perintah berkurung mulai jam 7 petang. Pasukan-pasukan keselamatan telah keluar mengawal dan askar­askar telah dipanggil untuk membantu.

Saya memberitahu kepada mereka bahawa saya hendak pergi ke tempat kejadian itu untuk melihat apa yang dapat saya lakukan; tetapi saya telah dinasihatkan supaya pergi ke ibu pejabat polis untuk men­dengar laporan yang diterima dari semasa ke semasa.

Setelah menunaikan sembahyang maghrib, saya terus pergi ke Ibu Pejabat Polis Selangor di Jalan Bandar. Selepas mendengar laporan pihak polis, saya pulang ke Residency untuk makan malam dan saya telah mengaturkan supaya Radio Malaysia menghantar seorang pegawainya supaya saya dapat merakamkan satu ucapan. Apabila pegawai itu datang kira-kira jam 9.30 malam, saya sedang berada dalam kesedihan yang amat sangat sehingga saya merasa susah untuk berfikir. Oleh kerana saya sedar bahawa tindakan perlu diambil dengan serta-merta, oleh itu saya terus merakamkan ucapan itu dengan tidak membuat sebarang persediaan pun. Ucapan saya pada malam yang malang itu ialah:

UCAPAN TUNKU PERDANA MENTERI MELALUI RADIO
DAN TELEVISYEN MALAYSIA PADA 13 MEI 1969

"Kejadian yang tidak diingini telah pun berlaku di Kuala Lumpur dan pasukan keselamatan telah pun mengawal dengan kuatnya di serata­rata tempat dan penjuru-penjuru jalan. Dengan keadaan yang demikian, saya terpaksa mengisytiharkan Darurat di Kuala Lumpur. Curfew pun telah dimulakan dan dijalankan. Dan saya telah memberikan kuasa mengisytiharkan darurat ataupun state emergency di serata-rata negeri lagi, sekiranya wajib berbuat demikian, kerana hendak menjaga keamanan negara dan nyawa dan harta benda dan dengan ini adalah


menjadi tanggungjawab saya dan saya akan menjalankan dengan sekuat­kuatnya kuasa saya itu.

Saya minta pertolongan semua pihak yang bertanggungjawab supaya bekerjasama dengan pegawai-pegawai keamanan untuk menolong menjaga keamanan di negara kita ini dan penduduk-penduduknya sekalian. Kejadian yang berlaku itu tidak ada sebab. Apa yang diperbuat oleh parti pembangkang pada semalam, kita tidak ingini dan saya pegang dan tuduh mereka telah memulakan kejadian yang jahat itu, kejadian yang khianat itu. Tetapi balas-membalas bukan boleh menimbulkan baiknya.

Saya rasa sangat-sangat susah hati di atas apa yang telah berlaku kerana dua bulan lamanya saya berpusing di tempat-tempat memberi syarahan dan mengingatkan kepada sekalian penduduk-penduduk se-gala dakyah anti itu bangsa, anti itu bangsa boleh menimbulkan per­gaduhan yang besar di antara bangsa-bangsa, penduduk-penduduk di negara kita ini. Oleh sebab negara ini ialah berbilang bangsa, saya rasa hal seumpama ini harus berlaku, hal pergaduhan yang seumpama ini harus berlaku dan sekarang ini telah pun berlaku, sungguhpun caranya sederhana.

Semuanya yang bertanggungjawab kenalah menjalankan kepentingan mereka supaya hal ini tidak merebak. Mahulah setiap tempat meletakkan jawatankuasa muhibah serata tempat-tempat itu boleh menjaga ke­selamatan dan perasaan baik waspada antara satu kaum dengan lain kaum. Negara ini bergantung kepada tuan-tuan sekalian. Tolong masing­masing yang jujur dan ikhlas kepada saya yang menjaga negara ini supaya tidak berbangkit hal-hal yang berbahaya. Negara yang kita kasihi ini adalah kehendak pertolongan tuan-tuan sekalian. Saya doakan kepada ke hadrat Subhannahuwataallah. Selamatkanlah semua penduduk-penduduk sekalian!

Setelah itu saya telah menaiki kereta untuk pergi ke Televisyen Malaysia. Setibanya saya di sana, saya terus berucap menerusi televisyen di tengah-tengah satu rancangan yang disukai ramai. Apabila menghadapi kamera televisyen, perasaan saya telah begitu memuncak sehingga kadang-kadang susah saya hendak mengeluarkan perkataan, tetapi oleh kerana adanya azam saya yang kuat, maka dapatlah juga saya mengulangi dalam bahasa Melayu dan Inggeris apa yang telah saya rakamkan di Residency. Ketika itu waktunya pukul 10.32 malam. Kira-kira pada pukul 11 malam, semasa saya dalam perjalanan balik ke Residency, saya telah mengambil keputusan untuk pergi ke Thu Pejabat Polis di Jalan Bandar sekali lagi. Dan langsung menyuruh pemandu saya berpusing ke jalan yang menghala ke ibu pejabat polis itu. Semasa ke­reta saya masuk ke satu jalan kecil yang menghala ke Jalan Bandar, saya telah nampak beberapa orang samseng, tetapi apabila mereka melihat kereta saya, mereka pun lari. Saya telah sampai ke ibu pejabat polis dan duduk di sana sehingga tengah malam. Peristiwa pada petang itu tidaklah mudah hendak dilupakan seumur hidup saya.

Saya tidak dapat tidur pada malam itu kerana mengenangkan kejadian yang telah menimpa ibu kota dan negara kita yang aman ini. Saya telah berasa gelisah dan berjalan mundar-mandir serta menghabiskan masa saya di atas sejadah untuk berdoa kepada Allah SWT. Saya berdiri di beranda luar bilik tidur saya dan menghalakan pandangan saya ke bandar sambil memerhatikan api yang menjulang tinggi di beberapa kawasan berhampiran Kampung Baru dan di sebelah utara.

Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran di sana sini dan dapat dilihat dengan jelas dari rumah saya yang terletak di atas bukit. Inilah satu pemandangan yang sangat me­nyedihkan dan saya tidak menyangka saya akan menyaksikan kejadian yang seperti itu semasa hayat saya. Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha-usaha saya dalam beberapa tahun yang lepas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bahagia dan aman, dan juga menghancurkan impian saya hendak menjadi perdana menteri yang paling bahagia sekali di dunia ini.

Ketika saya memerhatikan api yang menjulang tinggi, terbayang di mata saya kejadian dashyat yang sedang berlaku pada malam yang me­ngerikan itu, dan saya terkenang kepada peristiwa-peristiwa lepas yang menyebabkan timbulnya malapetaka itu. Pada masa itu juga saya cedar dan insaf bahawa jika hendak difahami sebab-sebab kenapa boleh tercetus peristiwa yang buruk itu, maka perlulah dikaji satu per satu kejadian­kejadian yang telah lepas.

Pada hari itu saya menerima laporan mengenai perarakan Gerakan yang telah diadakan semalam. Mereka telah melemparkan kata-kata nista terhadap orang Melayu dan menyuruh orang Melayu pulang ke kampung­kampung dan desa kerana kapal layar (lambang Perikatan) telah di­tenggelamkan. Kesemua hal ini terbayang dalam ingatan saya yang merupakan sebahagian daripada sebab-sebab berlakunya rusuhan itu.


Kelakuan yang keji dan perbuatan provakasi terhadap orang Melayu yang dilakukan oleh mereka itu telah melampaui batas kesopanan manusia sehingga telah menimbulkan api kemarahan yang tidak terhingga dalam kalangan orang Melayu. Sebab itulah ahli-ahli UMNO telah berhimpun di rumah menteri besar, di Jalan Raja Muda pada petang 13 Mei. Sebagai Pengerusi UMNO bagi negeri Selangor, Dato' Harun ber­setuju dengan permintaan ahli-ahli parti untuk mengadakan satu per­arakan yang sama bagi merayakan kemenangan Perikatan, dan oleh kerana sebab telah pun diperoleh, maka perarakan itu mestilah berjalan sebagaimana yang telah diatur.

Ketika mereka sedang berhimpun di halaman rumah Dato' Harun, tiba-tiba berita telah diterima yang menyatakan bahawa orang Cina telah menyerang orang Melayu di Setapak, kira-kira satu atau dua batu hala di utara, semasa orang Melayu itu sedang dalam perjalanan untuk mengambil bahagian dalam perarakan yang akan bergerak dari Jalan Raja Muda. Berita itu segera menaikkan berang orang Melayu yang sedang berhimpun, dan mereka terus mengamuk dengan tidak dapat dikawal lagi. Dua orang Cina yang melalui jalan itu dengan menunggang motosikal telah diserang dan dibunuh. Dengan itu, bermulalah rusuhan 13 Mei yang meletuskan kekacauan yang belum pernah berlaku seperti­nya dalam sejarah Malaysia.

Saya suka menceritakan di sini kejadian-kejadian lain yang berlaku terlebih dahulu pada petang 13 Mei di Jalan Ipoh. jalan besar menghala ke utara. Beberapa hari kemudian seorang saksi yang menyaksikan sendiri kejadian itu telah melaporkan kepada saga bahawa bas-bas yang datang dari utara, dari tempat-tempat seperti Selayang (kira-kira 20 batu jauhnya) telah ditahan oleh sekumpulan pemuda-pemuda Cina untuk mencari orang Melayu, sambil melaungkan perkataan "Darah bayar darah". Perkataan serupa inilah yang telah kedengaran dalam perarakan mayat.

Dengan itu bolehlah dikatakan bahawa peristiwa 13 Mei itu se­benamya telah dicetuskan oleh pemuda-pemuda Cina Komunis, pemuda­pemuda ini boleh jadi orang sama yang telah mengambil bahagian dalam perarakan mayat, ataupun orang yang sejenis dengan mereka. Tulisan "Darah bayar darah" ialah antara cogan kata yang telah tertulis di atas sepanduk-sepanduk yang diarak dalam perarakan mayat oleh pemuda­pemuda Parti Buruh pada 9 Mei; cogan kata yang dilaungkan oleh mereka di sepanjang perarakan itu.

Sesungguhnya kita boleh mendakwa bahawa cogan kata "Darah bayar darah" dan tindakan-tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh ahli­ahli Parti Gerakan dan DAP tatkala mengadakan perarakan kemenangan mereka, dan juga tunjuk perasaan yang diadakan kemudiannya oleh samseng-samseng yang tidak bertanggungjawab merupakan unsur-unsur yang akhirnya mencetuskan kekacauan 13 Mei.

Semasa saya sedang termenung di beranda rumah, saya terkenang kembali kepada keadaan yang terpaksa dihadapi oleh negara ini dalam tahun 1948, lantaran pihak berkuasa British pada ketika itu tidak segera mengambil tindakan yang tegas terhadap pengacau-pengacau. Keka­cauan mereka itu telah menyebabkan timbulnya Darurat sehingga banyak nyawa yang terkorban dan harta benda yang binasa. Keganasan yang berlaku semasa darurat itu telah berlangsung selama 10 tahun di bawah pentadbiran penjajah dan dua tahun lagi dalam masa Kerajaan Malaya yang merdeka. Kebinasaan dan kecelakaan yang menimpa negara dan rakyat semasa Darurat itu berlaku semata-mata kerana pihak yang berkuasa enggan mengambil tindakan yang keras dari awal.

Maka jelaslah kepada saya bahawa jika satu tindakan yang segera tidak diambil, maka segala tanda-tanda yang dapat disaksikan dalam kempen pilihan raya dan rusuhan serta perbuatan bakar-membakar yang sedang dilakukan pada ketika itu di Kuala Lumpur menunjukkan bahawa satu kecelakaan yang sama seperti yang telah dirasai dalam tahun 1948 dahulu akan berulang lagi.

Oleh itu, saya dengan serta-merta mengambil keputusan bahawa mestilah bertindak dengan cepat dan mengambil segala langkah yang perlu bagi mencegah kekacauan-kekacauan di Kuala Lumpur ini daripada merebak atau menjadi satu kejadian yang lebih buruk lagi di seluruh negara. Tindakan ini perlu diambil sekiranya kita berkehendakkan supaya kekacauan cepat berakhir-bagaimana cepat ia tercetus, secepat itu pula ia padam.

Saya juga berazam bahawa rancangan-rancangan yang akan kita laksanakan itu merupakan tindakan-tindakan yang boleh mendatangkan kesan yang berpanjangan supaya kita dapat mencegah berulangnya kejadian seperti itu pada masa akan datang. Tidak ada sesiapa yang mahu kejadian itu berlaku lagi sama ada orang Cina, India ataupun Melayu. Tidak ada siapa di Malaysia suka melihat negara yang aman ini terjerumus

ke dalam lembah kekacauan kecuali komunis dan mereka yang bersimpati dengannya, dan juga ahli-ahli politik yang bersubahat dengan anasir­anasir ini ataupun membiarkan diri mereka digunakan oleh anasir-anasir tersebut untuk kepentingan politik mereka. Sesungguhnya setelah menikmati kejayaan, keamanan, dan kemakmuran sejak beberapa tahun yang lepas, maka sesuatu kecelakaan yang seperti itu tentulah merupakan satu bencana yang dasyat


-------------------------------------------------

12. Tindakan-tindakan dan Kejadian-kejadian

Hari Rabu, 14 Mei merupakan satu hari yang sibuk bagi saya dan penuh dengan tindakan dan kejadian yang menakjubkan.

Inilah hari Rabu yang pertama selepas daripada hari mengundi, dan sekiranya negara tidak berada dalam kekacauan, maka menurut ke­biasaannya saya akan menerima panggilan daripada Istana Negara untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua parti yang menang dalam pilihan raya (Parti Perikatan) untuk menerima surat tauliah daripada baginda bagi menu­buhkan sebuah kerajaan yang baru.

Selepas mengadap dan setibanya di kediaman, barulah saya me­ngambil keputusan untuk melantik ahli-ahli Kabinet saya dan mengatur supaya menteri-menteri yang dilantik memegang sesebuah kementerian itu pergi ke istana untuk mengangkat sumpah di hadapan Duli Yang Maha Mulia di mana saya hadir bersama. Kebiasaannya, hari mengangkat sumpah menteri-menteri itu diadakan dengan istiadat yang penuh peng­hormatan dan merupakan satu majlis yang gembira.

Sebaliknya, disebabkan kerana saya terpaksa menghadapi krisis negara, maka saya telah mengadap Duli Yang Maha Mulia untuk me-laporkan bencana yang telah menimpa negara kita ini dengan tidak semena-menanya.

Saya juga telah mengadakan satu mesyuarat khas antara menteri­menteri kanan Kabinet lama pada sebelah pagi di Residency, dan telah juga menjemput Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, seorang rakan Kabinet yang telah bersara untuk hadir dalam mesyuarat itu.

Beliau telah menawarkan dirinya kepada Tun Abdul Razak menerusi telefon terlebih dahulu semalam untuk berkhidmat kepada negara dalam apa jua jawatan jika saya memerlukan khidmat. Tun Abdul Razak telah menyampaikan ucapan terima kasih kepadanya, lebih-lebih lagi kerana beliau tahu bahawa Tun Dr. Ismail tidak begitu sihat dan telah bercadang berlepas ke England untuk diperiksa oleh seorang pakar perubatan di sana.

Pada kebiasaannya, hari Rabu merupakan hari sidang Kabinet di negara ini. Namun pada kali ini, persidangan yang pertama bagi Kabinet yang baru tidak diadakan dan sebagai ganti saya telah mempengerusikan sebuah Kabinet sementara bagi "Darurat". Saya telah memberitahu rakan­rakan saya mengenai cadangan-cadangan yang telah saya putuskan malam tadi.

Pertama sekali, saya telah memberitahu mereka bahawa saya perlu menasihatkan Duli Yang Maha Mulia supaya mengisytiharkan Darurat di seluruh negara kerana tiada jalan lain lagi yang lebih berkesan untuk menghadapi keadaan yang sedang berlaku. Saya juga memberitahu mereka bahawa pengundian pilihan raya di Malaysia Timur hendaklah diadakan dengan tidak tentu masa.

Saya juga telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah Majlis Gerakan Negara untuk menyelenggarakan segala perkara yang bersangkutan dengan Darurat. Serentak dengan itu, saya juga akan me­nubuhkan sebuah Kabinet Darurat yang terdiri daripada ahli-ahli yang lama dan ahli-ahli yang baru untuk menyelenggarakan hal-hal pentad­biran.

Tujuan saya menubuhkan sebuah Kabinet Darurat ialah supaya pada satu masa kelak dapat dirundingkan bagi penubuhan sebuah Kabinet yang kekal, dan buat sementara waktu dapatlah Kabinet Darurat ini menguruskan dengan serta-merta segala perkara yang berlaku dari sehari ke sehari untuk melicinkan pentadbiran. Saya telah memberitahu menteri­menteri kanan bahawa saya akan ke istana pada petang itu juga untuk memohon kuasa daripada Duli Yang Maha Mulia bagi melaksanakan keputusan ini.

Saya juga telah berunding dengan Tun Abdul Razak bagi menyusun satu rancangan untuk pembahagian makanan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang telah dikenakan perintah berkurung selama 24 jam pada ketika itu dan mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli barang-barang keperluan seperti makanan dan sebagainya. Kami telah mengambil keputusan untuk menjadikan Sekolah Hisyamuddin sebagai pusat pembahagian makanan kerana sekolah itu terletak di tengah-tengah ibu kota. Beliau telah mengambil tindakan dengan segera dan pada pagi esoknya, pusat pembahagian makanan itu pun mula dibuka.

Ketika saya melawat kawasan itu pada hari tersebut, saya sangat tertarik hati dengan kerja yang bersungguh-sungguh yang telah ditunjuk­kan oleh beratus-ratus orang sukarelawan. Beberapa orang daripadanya terdiri daripada anggota-anggota diplomat acing dan isteri-isteri mereka. Kesemua mereka telah membantu membungkus makanan ke dalam bungkusan-bungkusan untuk dibahagi-bahagikan kepada orang ramai.

Ramai antara mereka yang kelihatan comot dengan tepung di muka dan pakaian, tetapi mereka bekerja dengan riang dan tenang sekalipun kerja itu berat dan tidak pernah mereka lakukan sebelumnya. Seorang pegawai muda diplomat telah berkata dengan berseloroh, "sekarang kami menjadi orang bunga," ketika saya lalu berdekatan dengannya. Pada mulanya, kerja itu agak kelam-kabut sedikit kerana para sukarelawan itu tidak ada pengalaman dengan jenis kerja yang mereka lakukan. Tetapi selepas beberapa hari, kerja-kerja di pusat pembahagian makanan itu telah berjalan dengan lancar.

Pada petang itu, saya telah memanggil peguam cara ke rumah saya untuk merangka bersama-sama dengannya pelbagai pengisytiharan untuk mengisytiharkan keadaan Darurat dalam negara dan juga meng­isytiharkan seluruh kawasan dalam persekutuan sebagai kawasan­kawasan keselamatan. Pada malam itu juga, saya telah mengadap Duli Yang Maha Mulia di istana bagi mendapatkan tandatangan baginda ke atas kesemua syor itu.

Pada malam yang kedua ini juga, saya telah berucap sekali lagi me­nerusi televisyen dan radio untuk menguar-uarkan penangguhan hari mengundi di Malaysia Timur. Selepas itu, saya telah pergi ke Ibu Pejabat Polis Selangor sehinggalah selepas tengah malam. Begitulah yang telah saya lakukan pada 15 Mei. Pendek kata, saya telah melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan saya pada 13, 14, dan 15 Mei, dengan bersungguh-sungguh dan dengan rasa penuh kemasyghulan siang dan malam. Ketika itulah mata kanan saya telah bertambah rosak.

Saya terpaksa membuat keputusan-keputusan dan menjalankan tindakan-tindakan yang tersebut dengan sebab saya sedar atas kewajipan kerajaan untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda. Saya insaf bahawa disebabkan saya menghidap keuzuran mata, maka saya tidak dapat menjalankan kedua-dua tanggungjawab mentadbir negara ini dan menghadapi Darurat dengan cekapnya kerana kerja-kerja itu banyak dan mengambil masa.

Sebab itulah saya telah memohon persetujuan Duli Yang Maha Mulia untuk melantik Tun Abdul Razak, yang menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, sebagai Pengarah bagi Majlis Gerakan Negara yang dicadangkan itu. Saya rasa pilihan saya ini sangat tepat kerana beliau seorang yang masih muda dan lebih cergas, serta mem­punyai tenaga yang banyak. Beliau sangat munasabah diberi tang­gungjawab yang berat untuk mengembalikan keamanan negara ini memandangkan kepada pengalaman beliau yang luas dalam Kementerian Pertahanan dan Pembangunan Negara.

Masalah yang kita hadapi ialah persoalan hidup atau mati sebilangan rakyat negara ini. Oleh yang demikian, kewajipan kita ialah memberi keyakinan kepada mereka supaya hilang rasa takut dan bimbang atas perbuatan-perbuatan puak-puak pelampau dan pengkhianat dari apa jua kaum.

Kita semua mestilah sedar bahawa krisis kebangsaan ini telah timbul daripada pertelingkahan kaum, satu keadaan yang lebih buruk daripada keganasan komunis. Kejadian ini boleh menjahanamkan seluruh asas negara dan boleh menumbangkan keteguhan negara ini sekiranya keadaan itu tidak diatasi dengan cepat dan berkesan. Kita tidak boleh membuang masa lagi untuk bertindak.

Kita boleh nampak dengan jelas tanggungan dan kewajipan kita. Tun Razak ialah orang yang sehabis layak menjalankan kerja yang berat itu. Saya yakin dan percaya bahawa dengan pertolongan anggota-anggota Kabinet, pasukan-pasukan keselamatan dan kakitangan-kakitangan kerajaan serta rakyat yang taat setia, maka tujuan dan cita-cita kita akan dapat dicapai tidak lama lagi.

Oleh yang demikian, saya telah sanggup turun satu atau dua tingkat untuk memberi kuasa yang penuh kepada Tun Razak menjalankan kerja yang penting itu, tetapi saya masih tetap menjadi perdana menteri. dan dengan yang demikian bertanggungjawab ke atas segala tindakan­tindakan mengenai Darurat. Tun Razak sentiasa berunding dengan saya.

Pada masa yang lepas, sebahagian orang Cina yang tertentu telah memfitnah Tun Razak dengan mengatakan bahawa beliau tidak suka dengan orang Cina ataupun anti orang Cina. Saya telah kenal biasa dengan Tun Razak sebagai seorang rakan dan sahabat, dan selama saya menjadi perdana menteri saya dapati beliau merupakan seorang nasionalis dan seorang patriot. Beliau juga seorang yang sanggup berkorban untuk bangsa dan negara, malah adil dalam pertimbangannya.

Selain daripada itu, saya berani menambahkan lagi kenyataan saya mengenai Tun Razak. Pertalian saya dengan Tun Razak merupakan satu ikatan yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah negara ini. Selama beberapa tahun semenjak merdeka, perhubungan kami tidak dapat dipisahkan, kerana is terjalin dengan satu ikatan saling mengerti dan hormat-menghormati antara kami berdua. Persahabatan kami sama ada dalam jawatan ataupun di luar jawatan sangatlah erat sehingga kami sentiasa bergantung antara satu sama lain. Beliau boleh mendapatkan nasihat saya pada setiap waktu, sama ada siang ataupun malam, dan saya pula boleh berpaling kepadanya untuk mendapatkan buah fikiran pada bila-bila masa sahaja yang saya perlukan. Kalau saya dipanggil "Bapa Malaysia", maka Tun Razak ialah salah seorang yang menjadi pencipta kemerdekaan kita itu.

Kerja-kerja Tun Razak semasa Darurat sudah cukup untuk mem­buktikan dengan jelas kesungguhan beliau menjalankan tugas­tugas dan kesediaan beliau untuk memberi apa jua bentuk pengorbanan. Bersama-sama ahli Kabinet yang lain, beliau dapat meyakinkan kita semua bahawa tiap-tiap orang di negara ini akan dapat hidup dengan aman dan harmoni antara satu sama lain, serta bebas daripada sebarang ketakutan dan kebimbangan.

Sikap Tun Dr. Ismail untuk kembali menyertai Kabinet ketika negara sedang dalam krisis merupakan satu tindakan yang sungguh mulia. Beliau telah membuktikan diri sebagai seorang yang amat setia kepada negara dan sahabat-sahabatnya. Sukacita saya nyatakan bahawa boleh dikatakan kesemua ahli Kabinet Perikatan mempunyai semangat kesetiaan seperti ini. Selain itu, sikap mereka bekerjasama antara satu sama lain sebagai satu pasukan merupakan satu kejayaan yang menggalakkan.

Pada malam 15 Mei, saya telah menerima satu laporan yang me­nyatakan bahawa satu kejadian telah berlaku di Melaka, di mana seorang telah terbunuh dan seorang lagi tercedera. Saya segera mendapatkan sebuah helikopter untuk pergi ke Melaka pada pagi 16 Mei.

Setibanya saya di Lapangan Terbang Melaka, saya telah dibawa terus ke ibu pejabat polis untuk mendengar laporan. Kemudian, saya pergi melawat ke tempat kejadian itu berlaku.

Menurut polis Melaka, samseng-samseng Cina telah menyerang dua orang pengayuh beca roda tiga berbangsa Melayu, di Jalan Bandar Kubu dan memukul mereka dengan kejam sehingga seorang daripadanya telah mati kemudiannya, tetapi seorang lagi telah dapat menyelamatkan diri.

Ketika itu, polis sedang menjalankan rondaan dan mereka pun meng­hambat samseng-samseng itu. Samseng-samseng itu telah lari masuk ke sebuah bangunan rumah pangsa dengan diburu oleh polis. Sejurus kemudian, satu tangkapan telah dibuat.

Setelah dijalankan penyiasatan, maka terbuktilah seorang ahli parti politik pembangkang telah memberi upah kepada samseng-samseng itu untuk menimbulkan kekacauan. Bagi memendekkan cerita, ahli politik tersebut telah ditangkap kemudiannya di sebuah negeri yang lain. Tin­dakan segera telah diambil ke atasnya dan dia ini berada dalam tahanan polis.

Kemudian saya telah pergi ke Ibu Pejabat UMNO di Melaka untuk bertemu dengan beratus-ratus orang ahli UMNO yang datang dari be­berapa buah negeri termasuk Kedah dan Negeri Sembilan, kerana mereka terlantar di negeri itu. Mereka telah datang ke Melaka untuk merayakan "mandi Safar" dan disebabkan adanya perintah berkurung, mereka tidak dapat pulang ke negeri masing-masing. Selepas mengaturkan perjalanan, mereka pulang dengan diiringi oleh pasukan kawalan, maka saya pun pulang ke Kuala Lumpur.

Saya sentiasa sibuk dan tidak pernah berdiam diri semenjak me­letusnya kekacauan itu. Setiap hari saya bermesyuarat dengan menteri­menteri kanan, melawat ke pusat-pusat orang pelarian dan pusat-pusat pembahagian makanan, juga pergi ke Ibu Pejabat Polis Selangor untuk mendengar laporan-laporan dan memberi arahan-arahan.

Pada petang 16 Mei, sekembalinya saya dari Melaka, say a telah mengadakan satu mesyuarat menteri-menteri di Residency, dan dalam mesyuarat itulah Tun Razak telah dilantik dengan rasminya sebagai Pengarah Gerakan Negara. Lantikannya itu telah dihebahkan dalam Warta Kerajaan pada hari yang berikutnya, 17 Mei.

Dalam mesyuarat ini juga, saya telah memberi kerja-kerja tertentu kepada menteri-menteri yang lain bersangkutan dengan Darurat, seperti menguruskan hal-hal pembahagian makanan, menubuhkan pasukan­pasukan kawalan (Vigilante Corp.), dan menyebarkan malumat-mak­lumat yang betul dan benar kepada orang ramai.

Lewat hari itu, saya telah melawat Ibu Pejabat Palang Merah untuk menyaksikan beratus-ratus sukarelawan, lelaki dan perempuan, tua dan muda, yang sedang bekerja dengan riang untuk membungkus dan meng­hantar pakaian-pakaian ke tempat-tempat yang diperlukan oleh orang ramai. Dari sana, saya telah pergi ke Stadium Merdeka dan Stadium Negara di mana lebih daripada 3000 orang pelarian telah diberi per­lindungan. Saya telah berbual-bual dengan mereka dan berunding cara­cara bagaimana orang yang tidak mempunyai rumah dapat diberi rumah­rumah Baru, dan perkara-perkara berkenaan dengan kemungkinan mereka dapat hidup kembali mencari nafkah masing-masing seperti dahulu. Saya juga telah pergi ke Masjid Kampung Baru di mana beberapa orang sedang diberi perlindungan. Sesetengahnya telah datang kerana hendak mengambil bahagian dalam perarakan dan tidak dapat pulang ke rumah masing-masing, manakala yang lain telah datang ke situ kerana mencari perlindungan.

Segala kerja yang saya sebut belum lagi mengakhiri kewajipan saya untuk hari itu. Kerja saya yang paling penting sekali akan menyusul pada malamnya. Pada malam itulah saya telah menaiki kereta menuju ke Televisyen Malaysia dan membawa di dalam saku saya sekeping kertas yang mengandungi tulisan-tulisan yang amat bersejarah yang pernah saya karang selepas daripada pemansuhan kemerdekaan negara kita 12 tahun yang lepas. Dalam ucapan itu, saya telah memberitahu rakyat Malaysia dan seluruh dunia bahawa selepas daripada kejadian bunuh-membunuh dan bakar-membakar yang telah berlaku selama tiga hari dan tiga malam yang lepas yang telah mengorbankan banyak nyawa dan menjahanamkan harta benda, maka perbuatan-perbuatan itu mestilah dihentikan sama sekali.

Sungguhpun hati saya hancur dengan apa yang akan diisytiharkan dalam ucapan saya itu, tetapi saya juga berasa insaf bahawa inilah langkah yang sebaik-baiknya untuk kita menentang kejadian-kejadian yang sedang dihadapi oleh negara pada waktu itu. Dalam ucapan itu juga, saya telah mengisytiharkan keadaan Darurat di seluruh negara

-------------------------------------------------

13. Keadaan Darurat

Dalam ucapan saya menerusi televisyen dan radio pada 16 Mei itu, saya telah berkata:

"Sekarang kita telah pun mengisytiharkan Darurat kerana keadaan memerlukan kita bertindak dengan serta-merta; jika tidak, keadaan ini tentulah akan menjadi bertambah buruk dan tidak akan dapat dikawal lagi, dan kita akan menghadapi dengan satu keadaan Darurat se­bagaimana yang dihadapi oleh British dalam tahun 1948. Ancaman yang kita hadapi sekarang sangatlah genting dan berat dan tidak ada jalan lain lagi melainkan bertindak dengan segera. Cuma ada satu jalan sahaja yang boleh kita lakukan, iaitu mengisytiharkan keadaan Darurat dan mengambil segala langkah-langkah yang perlu bagi mencegah dari bertambah buruk keadaan ini.

Pengganas komunis telah menyusun rancangan mereka untuk mengambil kuasa dari tangan kita. Mereka telah dapat menarik pengundi-pengundi dengan cara ancaman dan menakutkan mereka, dengan cara memujuk mereka supaya menjatuhkan Perikatan menerusi perjalanan demokrasi, tetapi kita bernasib baik kerana telah mendapat cukup kerusi untuk menubuhkan kerajaan; jika tidak, saya tidak tahulah apa yang akan terjadi kepada negara ini.

Mereka telah menolak MCA kerana mereka telah mengecap MCA sebagai parti pro-Melayu dan tidak pro-orang Cina supaya tidak mengundi MCA dan apa yang lebih pelik lagi ialah mereka telah berjaya mendapat sambutan orang ramai melalui ancaman mereka itu. Terdahulu dari ini, mereka telah mencuba sedaya upaya untuk meng­halang supaya pilihan raya tidak dapat dijalankan, tetapi tidak berjaya, dan kemudian mereka telah menjalankan cara-cara lain pula untuk merosakkan perjalanan pilihan raya itu. Satu peluang baik telah timbul apabila salah seorang daripada mereka telah dibunuh oleh polis sebagai mempertahankan diri, dan mereka menjadikannya seorang jaguh perjuangan dan mengarak mayatnya melalui jalan jalan raya, dengan melanggar perintah kerajaan dan melalui jalan jalan yang tidak dibenarkan oleh polis.

Polis telah sungguh-sungguh bersabar dan bertindak dengan cermat dan membenarkan perarakan itu terns berjalan. Sekiranya polis hilang sabar pada ketika itu, tentulah kekacauan telah berlaku kerana orang ini telah keluar berarak dengan memakai berbagai-bagai jenis senjata untuk bertempur dengan polis. Dalam perarakan itu, mereka telah menunjukkan cogan kata antikerajaan, anti-Malaysia, membawa bendera-bendera merah secara terang-terangan, dan dengan sombong dan megah menunjukkan gambar Mao Tze Tung dan menyanyi memuji­muji Mao. Ini teranglah taktik pengganas komunis dan tidak siapa yang boleh menafikan, tetapi kita tidak ambil apa-apa tindakan sehinggalah habis pilihan raya. Tetapi kemuncaknya telah sampai apabila mereka mengadakan satu perarakan menyambut calon-calon di Kuala Lumpur dengan tidak menurut segala syarat-syarat yang telah dikenakan oleh polis. Mereka juga telah melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menaikkan kemarahan orang ramai dengan mengeluarkan kata-kata cacian dan penghinaan terhadap mereka. Ini adalah perbuatan­perbuatan provokasi yang membangkitkan rasa marah kepada siapa­siapa jua yang menyaksikannya. Oleh yang demikian, nyatalah bahawa tujuan di sebalik perbuatan mereka ialah supaya timbul huru-hara dan kekacauan.

Oleh itu, saya tidak ada jalan lain lagi melainkan terpaksalah menunjukkan kepada anasir-anasir jahat itu bahawa kita ada kerajaan yang akan terus memerintah. Kita telah berada dalam keamanan beberapa lama semenjak kita membatalkan Darurat dan peraturan­peraturannya. Sekarang mereka mulakan balik, dan disebabkan itu mestilah kita bertindak dengan secepat-cepatnya. Jika tidak, maka tidaklah dapat kita hendak memelihara keamanan dan keharmonian dalam negara ini. Disebabkan peraturan-peraturan Darurat telah dikuatkuasakan semula, maka tiap-tiap orang dikehendaki taat kepada undang-undang itu kerana jika tidak orang yang tidak berdosa akan binasa. Untuk mencegah daripada berlakunya keadaan itu, maka kerajaan terpaksalah menghadapi anasir-anasirjahat itu dan saga telah meminta semua rakyat yang taat setia kepada negara ini supava tidak melakukan perbuatan yang boleh menghalang tindakan-tindakan kerajaan dan lebih cepat kita dapat menamatkan Darurat ini, maka lebih baiklah bagi semua orang.

Sekarang, saya sedang hendak menubuhkan sebuah pasukan pertahanan yang kuat dalam negara ini. Orang baru akan diambil untuk masuk menjadi anggota Pasukan Pertahanan Tempatan atau Local De-fence Corp yang akan digunakan atau mobilise dengan sepenuhnva dan pusat-pusat pengambilan orang yang hendak menjadi anggota pasukan itu akan ditubuhkan dengan seberapa segera rang boleh dalam tiap­tiap bandar dan pegawai-pegawai tentera akan dipanggil untuk men­jalankan kerja ini.

Tanggungjawab kita sekarang ini ialah menghadapi dan mengatasi keadaan Darurat itu. Kerja ini berat tetapi boleh diatasi, dan dengan sokongan rakyat saya percaya kita akan berjaya. Pusat-pusat peng­ambilan orang baru akan ditubuhkan dengan segera di negeri Selangor, Perak, dan Pulau Pinang serta dalam negeri-negeri lain akan diadakan juga dengan seberapa cepat yang kita akan jalankan. Rakyat tidaklah boleh menjalankan sendiri kuasa kekerasan dengan berbuat sesuka hati mereka kerana orang yang tidak berdosa akan menjadi korban di kedua­dua belah pihak; dan kita tahu bahawa dalam negara ini orang Cina yang taat setia adalah lebih kuat anasir-anasir yang tidak taat setia, tetapi mereka mempunyai pertubuhan yang kuat dan orang yang taat setia bersatu. Oleh yang demikian, perlulah bagi orang yang hendak berkhidmat kepada negara dalam saat yang genting ini mara ke hadapan dan menawarkan diri mereka untuk berkhidmat dalam pasukan-pasukan itu. Belia-belia mestilah menyambut seruan untuk mempertahankan negara ini. Saya mengulangi lagi bahawa Malaysia berharap tiap-tiap orang yang mempunyai taat setia kepadanya hendaklah menunaikan tanggungjawab mereka terhadapnya.

Sekarang, saya telah pun menubuhkan sebuah Majlis Gerakan Negara atau National Operations Council dan Tun Razak sebagai Pengarah Tindakan atau Director of Operations, dengan diberi tanggungan­tanggungan yang penuh untuk menjalankan pentadbiran di bawah Perisytiharan Darurat, dan dalam Operations Council ini akan termasuk anggota-anggota pasukan keselamatan. Tun Razak akan bertanggung­jawab terus kepada saya, yang bererti bahawa kebanyakan daripada kerja-kerjanya akan diberi keutamaan.

Majlis Gerakan Negara (Operations Council) akan ditubuhkan di semua negeri dan arahan-arahan akan diberi oleh Majlis Bertindak Kebangsaan di bawah Tun Razak. Mereka yang menjadi ahli dalam majlis ini akan dipilih daripada kalangan orang yang benar-benar jujur dan ikhlas dan mempunyai taat setia yang teguh kepada negara ini. Tujuan majlis ini adalah untuk menyelaraskan kerja pentadbiran awam, tentera dan polis dalam segala usaha kita hendak mengembalikan keamanan. Kita mesti mengembalikan rasa kepercayaan kepada negara kita ini dengan sebeberapa segera yang boleh; jika tidak, maka perniagaan akan terhalang, pentadbiran negara akan rosak, dan segala usaha yang kita telah buat untuk kepentingan keamanan dan ekonomi akan menjadi sia­sia. Saya bimbang orang akan menempelak kita dan menuduh bahawa kita mengambil tindakan ini kerana kita tidak mempunyai suara kelebihan yang banyak, tetapi ini tidaklah benar; kita mempunyai suara lebih yang cukup untuk menjalankan pentadbiran, tetapi keadaan-keadaan yang timbul memaksa kita mengambil langkah yang kuat dan berkesan bagi menghadapi pengganas-pengganas komunis itu.

Berjuta-juta ringgit telah rugi dalam perdagangan dan perniagaan dalam masa beberapa hari ini dan begitulah juga banyak nyawa yang terkorban. Kejadian yang telah berlaku dalam negara kita yang bahagia ini sangatlah mendukacitakan. Marilah kita sekalian memohon kepada Allah supaya mencucuri rahmat-Nya dan mengembalikan semula keamanan kepada negara kita ini."


-------------------------------------------------

14. Pulih Kembali

Tiga hari telah berlalu semenjak tercetusnya kekacauan di Kuala Lumpur. Pemansuhan keadaan Darurat telah berjalan dengan kuat kuasanya, dan Majlis Gerakan Negara telah mula menjalankan tugasnya dengan cergas.

Saya berasa yakin bahawa dengan gerakan-gerakan yang dijalankan setiap hari oleh majlis itu, maka satu asas yang kukuh telah dapat diadakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin timbul dan juga menjamin supaya keamanan dan kemajuan dapat berjalan selari. Majlis ini mempunyai kuasa yang penuh untuk mengemukaan fikiran yang perlu bagi menjaga keselamatan negara dan mengembalikan kehidupan rakyat seperti dahulu.

Rakyat telah mula menyahut seruan kerajaan supaya memelihara undang-undang dan ketenteraman setelah mereka melihat pasukan‑pasukan keselamatan bertugas di seluruh negara dan setelah mereka menjadi biasa dengan perintah berkurung; tambahan pula apabila mereka
mengetahui bahawa ada beribu-ribu sukarelawan yang sanggup dan bersedia memberi perkhidmatan mereka dengan bersungguh-sungguh.

Dalam tempoh 48 jam sahaja dari masa is ditubuhkan, majlis itu telah dapat mengendurkan masa berkurung di beberapa tempat. Tempoh bagi kelepasan daripada perintah berkurung ini telah dipendekkan dari sehari ke sehari setelah keadaan beransur pulih.

Kelonggaran masa berkurung ini telah dapat diisytiharkan juga di kawasan-kawasan yang mudah tersinggung iaitu Kampung Baru dan Jalan Chow Kit seminggu selepas tercetusnya kekacauan. Di kawasan­kawasan inilah pergaduhan mula berlaku.

Setelah suasana menjadi bertambah baik dan kejadian-kejadian buruk berkurangan, maka dapatlah kita meninjau kembali dengan fikiran yang tenang hal-hal yang bersangkutan dengan kekacauan itu pada kese­luruhannya. Ketika itu dapatlah kita saksikan dengan jelas bahawa ke­kacauan itu bukanlah merupakan satu kejadian yang meliputi ke seluruh negara, kekacauan ini sebetulnya tertumpu di sekitar Kuala Lumpur ini sahaja. Inilah hakikat yang benar, sekalipun akhbar-akhbar asing telah menyiarkan cerita-cerita bertentangan, yang boleh menaikkan bulu roma pembaca-pembaca.

Di negeri Pantai Timur tidak terdapat rasa bimbang atau curiga. Di Johor dan Negeri Sembilan pula tidak pernah berlaku sebarang kejadian. Sebenarnya perintah berkurung tidak dikenakan di negeri Pantai Timur ataupun di Johor. Di Melaka beberapa pergaduhan kecil telah berlaku, tetapi secepat itu pula kejadian-kejadian itu telah dapat dihapuskan. Begitu juga keadaannya di kebanyakan tempat dalam negeri Selangor. Di Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis tidak timbul sebarang kejadian pun.

Sesungguhnya Pulau Pinang patut mendapat kepujian kerana ke­tenangan yang terdapat di negeri itu, walhal pada masa-masa yang lalu pulau itulah yang menjadi sarang tempat kekacauan. Pulau Pinang ialah negeri Pantai Barat yang mula-mula sekali mendapat kelonggaran masa berkurung dari subuh hingga tengah malam.

Selain daripada Kuala Lumpur, kawasan-kawasan yang memerlukan pengawasan yang ketat ialah Bentong, iaitu kawasan-kawasan luar bandar yang terletak di sepanjang sempadan Kedah dan Perak dengan Thailand. Di sempadan inilah pengganas-pengganas komunis kadangkala muncul sebagaimana semasa Darurat dahulu, tetapi keadaan itu dapat dikawal pada masa ini (sungguhpun begitu keadaan di situ telah bertambah tegang kemudiannya).

Bagaimanapun, suasana pada keseluruhannya belumlah lagi boleh dikatakan pulih seperti sediakala, sebab yang utama ialah kerana adanya khabar-khabar angin. Semasa kemuncak kekacauan itu, penyebaran khabar-khabar angin sangatlah liar dan meluas sebagaimana yang berlaku di mana-mana juga pada masa rusuhan.

Selepas daripada kekacauan-kekacauan seperti yang telah dialami oleh penduduk-penduduk Kuala Lumpur, maka tentulah mengambil masa bagi mengembalikan keyakinan orang ramai sepenuhnya. Sekalipun masa berkurung sedang dipendekkan dan perniagaan telah mula dijalankan dan hampir-hampir pulih seperti sedia kala pada siang hari, tetapi selepas dari jatuh matahari, jalan-jalan raya boleh dikatakan tegang. Orang ramai lebih suka duduk di rumah pada sebelah malam.

Sekarang, setelah orang ramai mula merasakan bahawa kerajaan telah dapat mengawal semula keadaan, maka anasir-anasir jahat tidak lagi mempunyai sebarang senjata lain daripada menyebarkan khabar-khabar angin. Anasir-anasir jahat ini menggunakan senjata khabar angin itu dengan sepenuh-penuhnya kerana sedar bahawa khabar-khabar angin mudah dipercayai orang ramai sekalipun tidak benar dan ini menim­bulkan keadaan gelisah.

Anggota-anggota kongsi gelap telah mengambil peluang dalam sua­sana yang seperti ini dengan menawarkan "pelindungan" dengan satu bayaran. Jika tawaran mereka tidak diterima, maka mereka akan menimbulkan kekacauan di tempat itu. Apabila berlaku kejadian yang seperti itu, maka perintah berkurung terpaksalah dikenakan dan pen­duduk-penduduk di kawasan itu akan mengalami pelbagai kesusahan. Keadaan seperti ini dapat dilihat di Kuala Lumpur pada hari-hari ke­lepasan hujung minggu di mana pada lazimnya penduduk-penduduk bandar ini keluar untuk bersuka ria. Tetapi, keadaan yang seperti ini tidak kelihatan lagi sekarang.

Sekalipun penduduk di ibu kota ini telah mengubah kelaziman hidup mereka, tetapi suasana telah mula beransur pulih. Oleh kerana itu pada 6 Jun dapatlah saya masuk ke hospital untuk menjalani pembedahan mata dan dirawat di sana sehingga 15 Jun. Doktor-doktor telah lama menasihatkan saya supaya menjalani pembedahan mata tersebut.

Sebagaimana yang telah saya sebutkan pada permulaan buku ini, semasa di hospital itulah saya telah mencatatkan segala ingatan-ingatan saya sehinggalah buku ini dapat disusun. Semasa itu juga saya dapat memikirkan dengan tenang coal yang teramat penting sekali, iaitu mengembalikan kepercayaan orang ramai di dalam dan di luar negara, dan juga untuk merancang cara-cara yang sebaiknya supaya timbul kembali perasaan muhibah dan kerjasama sebagaimana yang terdapat di Malaysia ketika aman. Saya bercita-cita supaya perasaan ini akan sekali lagi menjadi asas utama di dalam kehidupan masyarakat kita.

Apa yang saya fikirkan ialah kemungkinan menubuhkan Jawatan­kuasa Muhibah pada peringkat kebangsaan dan juga peringkat negeri­negeri di seluruh Malaysia. Sungguhpun begitu, selepas 16 Jun ketika saya meninggalkan hospital untuk balik ke Residency, satu peristiwa telah berlaku (yang saya akan huraikan kemudian kelak) yang telah mendukacitakan saya waktu itu. Kejadian itu telah menggendalakan saya daripada melaksanakan tujuan saya yang besar.

Ketika itu suasana di seluruh negara telah menjadi bertambah baik sehingga dapatlah masa berkurung dikurangkan lagi di merata-rata tempat kecuali di Bentong. Masa berkurung itu ialah dari pukul 1 pagi hingga 4 pagi, iaitu satu waktu yang kebanyakan rakyat yang baik sedang tidur dengan lenanya di rumah masing-masing.

Dua minggu kemudian, iaitu pada 28 Jun, hari Sabtu, bandar Kuala Lumpur yang telah mulai sunyi daripada sebarang kejadian buruk sama ada siang ataupun malam, dengan tiba-tiba bergoncang semula apabila berlakunya satu kekacauan bare dan besar di kawasan yang letaknya di sebelah utara iaitu Sentul.

Pergaduhan-pergaduhan baru telah berlaku pada petang itu di Sentul Pasar. Pertengkaran antara dua orang yang mabuk di Jalan Chow Kit telah mencetuskan rasa takut dan kelam kabut di kalangan orang ramai, dan kedai-kedai telah ditutup dan orang yang berjalan kaki lari ber­tempiaran. Dalam kejadian yang berlaku pada kali ini, lima orang telah terbunuh dan sederet rumah kediaman telah dibakar. Menjelang pukul 6 petang, kawasan yang berlaku kejadian itu telah diletakkan di bawah perintah berkurung dan pihak polis telah melaporkan "semuanya baik."

Kejadian di Sentul ini berlaku kerana beberapa perbuatan provokasi yang telah dilakukan oleh pemuda-pemuda India. Sekumpulan pemuda­pemuda India telah membaling batu ke atas masjid yang ada di kawasan itu. Tidak cukup dengan perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu, mereka telah menambah lagi penghinaan ke atas masyarakat Melayu dengan membaling najis-najis manusia ke dalam kawasan masjid. Perbuatan hina yang seperti ini tentulah membakar perasaan orang Melayu di situ sehingga satu rusuhan kecil telah meletus hingga menye­babkan kematian lima orang.

Khabar-khabar angin mengenai perkembangan baru itu segera me­rebak ke seluruh bandar dan ketika itulah anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab telah mengambil peluang untuk melakukan perbuatan­perbuatan yang jahat. Di Cheras, iaitu kira-kira enam batu jauhnya dari Sentul, kumpulan-kumpulan pemuda telah melempar batu ke atas kenderaan-kenderaan yang lalu di kawsan itu dan dalam satu kejadian yang lain pula yang berlaku kira-kira sebatu dari Sentul Pasar, samseng­samseng telah mencederakan seseorang yang melalui jalan tersebut. Dengan kejadian-kejadian ini, maka kawasan yang tersebut telah di­letakkan di bawah satu pengawasan pasukan keselamatan yang ketat dan perintah berkurung telah dikenakan selama tiga hari. Sementara itu di bahagian-bahagian lain bandar Kuala Lumpur, kehidupan rakyat telah berjalan seperti biasa.

Bandar Kuala Lumpur yang telah mulai pulih penghidupannya seperti sediakala dalam masa enam minggu yang lepas, telah sekali lagi bergegar dengan kekacauan yang baru timbul itu, lebih-lebih lagi kerana kejadian itu telah berlaku dengan tiba-tiba sahaja. Adakah kejadian itu mungkin timbul lagi? Tidakkah memadai pengajaran yang telah mereka dapati pada 13 Mei?

Sungguhpun begitu, dalam tempoh beberapa hari sahaja penduduk­penduduk Kuala Lumpur telah bertukar fikiran mereka setelah melihat bahawa kerajaan pada ketika itu melaksakan satu pengawasan yang ketat. Semenjak itu tidak lagi timbul kejadian-kejadian yang baru. Sebalik­nya beberapa buah Jawatankuasa Muhibah yang tidak rasmi telah ditubuhkan dengan daya usaha penduduk-penduduk sendiri.

Penduduk di ibu kota telah mulai sedar bahawa sekiranya mereka tidak mahu kehidupan ekonomi mereka terjejas, maka kenalah mereka memberi sokongan yang lebih cergas kepada kerajaan. Orang yang mengalami penderitaan yang teruk sekali akibat daripada kekacauan­kekacauan dan perintah berkurung ialah mereka yang miskin, terutama sekali penjaja-penjaja yang mencari penghidupan mereka pada waktu malam.

Bandar Kuala Lumpur telah beransur pulih seperti sediakala dan penduduk-penduduknya mula berasa yakin. Dengan itu bulan Julai telah berlalu dengan tidak berlaku sebarang kejadian-kejadian buruk.

Sungguhpun begitu, satu peristiwa yang sangat buruk telah berlaku pada 27 Julai di sempadan sebelah utara Malaysia Barat, di mana enam orang tentera Malaysia telah terbunuh dan lapan lagi tercedera dalam satu serang hendap yang telah berlaku di hutan tebal oleh 30 pengganas yang datang dari negara Thai. Tempat berlakunya peristiwa itu ialah kira-kira dua batu dari Sintok, sebuah kampung di Malaysia yang berdekatan dengan sempadan.

Setelah bandar Kuala Lumpur pulih kembali seperti sediakala dan ketika suasana di seluruh negara pada keseluruhannya telah bertambah baik, maka perasaan takut dan bimbang yang telah timbul daripada kejadian 13 Mei itu telah beransur-ansur hilang. Dengan itu juga, maka masa depan negara kita kian menjadi bertambah cerah.

Sekalipun begitu, saya sangatlah dukacita kerana orang Cina di Kuala Lumpur telah terpengaruh dengan khabar-khabar angin bahawa jika mereka membeli durian daripada orang Melayu atau menjual durian itu, maka mereka mungkin dipukul. Khabar-khabar angin ini mungkin juga ada kebenarannya, tetapi tidaklah patut mereka itu sebagai rakyat negara ini yang baik dan taat setia membiarkan diri mereka diancam oleh sekumpulan pemuda-pemuda yang tidak bertanggungjawab.

Seorang kawan saya telah memberitahu bahawa dia telah diberi beberapa biji durian. Setelah menikmati buah yang lazat itu dengan secara bersembunyi di dalam rumahnya, dia terpaksa dengan secara sembunyi­sembunyi menggali sebuah lubang untuk menanam kulit-kulit durian itu pada sebelah malam. Dia bimbang sekiranya kulit-kulit durian itu dibuang ke dalam tong sampah, maka mungkin cerita yang dia telah melanggar pemulauan itu akan dapat diketahui dari mulut ke mulut dan dengan itu dia akan menghadapi satu akibat yang buruk.

Sekiranya rakyat yang taat setia mengambil sikap membiarkan diri mereka terperangkap dengan perasaan ketakutan oleh kerana adanya ancaman supaya buah-buah bermusim ini dipulaukan, maka saya bimbang bahawa kita akan mengambil masa yang lebih panjang untuk mengembalikan keamanan yang sebenar di dalam negara ini. Mereka tahu bahawa penjualan buah-buah yang bermusim itu adalah untuk se-lama masa yang tidak lebih daripada dua bulan sahaja. Saya suka me­lahirkan harapan saya moga-moga orang Cina yang taat setia kepada bumi Malaysia menyatukan diri mereka dalam sebuah pertubuhan untuk membantu kerajaan menentang anasir-anasir yang bersifat antisosial ini. Inilah sebabnya kita perlu mengadakan Jawatankuasa Muhibah.

Oleh itu pada 21 Julai saya telah mengumumkan rancangan saya untuk menubuhkan sebuah Majlis Muhibah Kebangsaan yang akan mempunyai badan-badan yang serupa itu juga di peringkat negeri. Saya telah membuat pengisytiharan ini dalam satu mesyuarat menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri yang telah diadakan di Kuala Lumpurdan menjelang akhir bulan itu saya telah mula melawat ke seluruh negara untuk mengembalikan perasaan muhibah di merata tempat. Usaha saya ini telah mendapat sokongan dan sambutan daripada semua pihak.

Perasaan yang seperti inilah yang sebenarnya tertanam di dalam hati seluruh bangsa Malaysia di semua peringkat dan di kalangan semua kaum yang ada di sini. Mereka suka untuk kembali hidup dengan aman dan bahagia kerana setiap orang sedar inilah cara hidup yang dikehendaki oleh mereka.

-------------------------------------------------

15. Sepucuk Surat

Sesampai di sini perlulah saya menoleh ke belakang sedikit untuk menghuraikan niat saya yang terpendam semenjak beberapa lama, dan niat itu telah mereka kemukakan selepas rusuhan 13 Mei.

Saya telah menyebut di atas tadi bahawa selepas saya keluar dari hospital pada 16 Jun, satu peristiwa yang amat menyedihkan telah ber­laku pada ketika itu. Selang dua hari saya telah menerima sepucuk surat yang kasar daripada Dr. Mahathir bin Mohamad, seorang calon Parlimen UMNO yang telah kalah dalam pilihan raya di kawasan Kota Star Selatan di negeri Kedah. Beliau juga salah seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Surat yang seperti itu tidak pernah saya terima daripadanya sepanjang saya menceburkan diri dalam bidang politik. Saya tidak pernah sekali­kali menjangka bahawa surat seperti itu boleh ditulis oleh seorang yang sentiasa menggembar-gemburkan dirinya, sebagai seorang penyokong parti yang kuat, sekalipun dia tidak bersetuju dengan beberapa polisi yang dijalankan oleh parti.

Surat itu ditulis pada empat helai kertas yang bertaip dalam bahasa Melayu bertarikh 17 Jun dan dihantar dari alamat rumahnya di Alor Setar di mana dia merupakan seorang doktor yang mempunyai kliniknya sen­diri. Bagi seorang penyokong parti, lebih-lebih lagi sebagai seorang Ahli Parlimen selama lima tahun dan Anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO selama 12 bulan, perbuatan menulis surat seperti itu kepada perdana menterinya sendiri yang menjadi pemimpin partinya, adalah perbuatan yang tidak elok. Namun, beliau belum berpuas hati dan tidak membatas­kan perbuatannya setakat itu sahaja.

Beliau telah menghantar salinan-salinan surat berkenaan kepada kawan-kawannya. Salinan-salinan surat ini kemudiannya telah dibuat beribu-ribu naskhah (saiklostail) dan disebarkan dengan meluas dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam (Civil Service), penuntut-penuntut Melayu yang ada di institusi pengajian tinggi dan jugs kepada orang Melayu di kampung-kampung.

Meskipun Dr. Mahathir tidak bertanggungjawab melakukan sendiri penyebaran suratnya itu, tetapi tidak pula dia cuba menahan kejadian itu daripada berlaku.

Tun Dr. Ismail telah menerima satu salinan surat daripada Dr. Mahathir. Saya telah mengarahkan supaya satu salinan dihantar kepada Tun Abdul Razak yang menjadi Timbalan Pengerusi UMNO. Tun Abdul Razak kemudiannya telah mengadakan satu Persidangan Majlis Kerja Tertinggi parti untuk membincangkan perkara mengenai surat itu. Per­sidangan tersebut telah diadakan di rumahnya, Sri Taman, Kuala Lumpur pada 12 Julai. Saya tidak hadir dalam persidangan itu tetapi Dr. Mahathir telah menghadirinya.

Persidangan tersebut telah diadakan secara tertutup dan hanya anggota Majlis Kerja Tertinggi sahaja yang dibenarkan hadir. Sungguhpun begitu, wartawan-wartawan telah menunggu di luar pintu masuk ke Seri Taman kerana mereka dapat mengagak sesuatu yang penting mungkin berlaku. Satu kawalan keselamatan yang ketat telah diatur di sekeliling kawasan tersebut dan pintu-pintu masuk dan keluar telah dijaga oleh polis yang bersenjata.

Persidangan Majlis Kerja Tertinggi UMNO berjalan selama sejam. Pada jam 4.05 petang, Menteri Penerangan dan Penyiaran, Encik Hamzah bin Dato' Abu Samah telah mengeluarkan satu kenyataan 17 bans kepada wartawan. Kenyataan tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Encik Senu Abdul Rahman. Kenyataan tersebut berbunyi: "Satu Persidangan Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah diada­kan pagi ini untuk menimbangkan tindakan yang patut diambil tentang penyebaran yang luas salinan-salinan surat antara Dr. Mahathir, seorang Anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO dengan Tunku Abdul Rahman, Yang Dipertua UMNO."

"Surat tersebut mengandungi perkara dan keterangan-keterangan parti yang amat penting dan sepatutnya dibincangkan terlebih dahulu oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO, berdasarkan suasana yang berlaku dalam negara pada masa sekarang."

"Persidangan mengambil keputusan bahawa tindakan Dr. Mahathir tersebut merupakan satu kesalahan berat, melanggar disiplin, dan per­aturan-peraturan parti. Jika perbuatan ini tidak dicegah, maka is akan merosakkan perpaduan dalam parti dan juga kerajaan yang didokong oleh parti."

"Majlis Kerja Tertinggi yang dihadiri oleh semua menteri kabinet dan menteri besar yang menjadi anggota majlis, telah mengambil ke­putusan bahawa Dr. Mahathir tidak lagi menjadi anggota majlis mulai hari ini. Tunku tidak hadir dalam persidangan tersebut."

Saya tidak dapat menyiarkan kandungan penuh surat Dr. Mahathir itu pada masa ini, tetapi saya perlu merujuk kepada surat tersebut dalam buku ini. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, maka sudah tentu saya akan dituduh kerana tidak memberikan berita yang sepenuhnya.

Sungguhpun begitu, oleh sebab surat tersebut terlalu berbahaya, maka Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tun Dr. Ismail telah mengambil tindakan dua hari kemudian iaitu pada 14 Julai untuk mengeluarkan perintah di bawah Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri 1960 bagi mencegah sesiapa jua daripada menyiar, menyebar atau memiliki surat­surat ini. Dalam perintah itu juga, tegahan yang sama telah dikenakan ke atas beberapa surat-surat lain dalam bahasa Melayu dan tindakan ini telah diambil untuk kepentingan keselamatan negara.

Siapakah Dr. Mahathir dan apakah pendiriannya dalam UMNO? Jawapannya ialah ada sekumpulan orang yang selalu disebut sebagai "pelampau" (ultras), ataupun "bijak pandai" (intellectual) yang tali dapat menebus masuk dan mencari kedudukan dalam UMNO. Sesetengah daripada mereka duduk di Kuala Lumpur dan tidak seorang pun daripada mereka mempunyai banyak hubungan dengan orang ramai, terutama sekali masyarakat di kawasan luar bandar.

Mereka tidak sekali-kali boleh mengharapkan sokongan orang ramai dengan tenaga mereka sendiri, tetapi mereka boleh buat pelbagai angkara dan inilah yang mereka bersungguh-sungguh lakukan sekarang. Di sebalik segala penentangan yang ditimbulkan dalam UMNO ini, mesti ada seorang yang tabu bagaimana hendak merancangkannya dan bagaimana hendak mendapatkan orang lain bagi melaksanakannya. Adakah orang itu Dr. Mahathir sendiri ataupun ada orang lain?

Orang mungkin juga bertanya apakah tujuan mereka. Melalui orang lain, saya telah cuba bertanya kepada beberapa orang daripada puak "pelampau" (ultras), apakah jawapan kepada soalan itu, dan setakat yang saya tabu mereka mahu mengadakan satu "order" baru dalam UMNO dan dalam negara ini. Misalnya, mereka berpendapat bahawa cara pe­mikiran politik kita telah lapuk dan tidak selaras dengan dasar Afro-Asia. Antara cita-cita yang terpendam di dalam hati mereka mungkin untuk menyingkirkan raja berpelembagaan dan menegakkan Malaysia sebagai negara republik. Saya beranggapan, selepas Malaysia diisy­tiharkan sebagai negara republik, maka mereka akan mengubah dasar luar untuk membawa kita lebih hampir kepada kumpulan Afro-Asia.

Menurut satu maklumat yang telah diterima, "Meskipun Sukarno telah digulingkan oleh Indonesia, tetapi ajarannya, wang ringgitnya, pengikut­pengikut yang rapat dengannya dan pendokong-pendokong fahaman Karno masih bertaburan di seluruh Asia serta dasarnya itu masih diper­juangkan dengan bersungguh-sungguh."

"Semasa pemerintahannya, orang harapan Sukarno sama ada yang berkhidmat dalam kerajaan ataupun dalam perniagaan mempunyai hubungan secara langsung dengan pertubuhan, pemimpin-pemimpin parti kiri dan orang perseorangan di Malaysia, serta pakatan-pakatan telah dirancang untuk menumbangkan kerajaan Malaysia dengan cara yang sebaik-baiknya." "Banyak pemimpin yang kononnya mendakwa sebagai pemimpin­pemimpin Melayu telah dipesongkan fikirannya dan telah dijadikan alat untuk melaksanakan rancangan-rancangan ini. Antara rancangannya ialah pembentukan Pasukan Tentera Gerakan Bumiputera di sepanjang Pantai Timur dan Barat Malaysia serta di sepanjang sempadan Thai-land. Pemimpin-pemimpin tersebut mempunyai hubungan langsung dengan mereka yang bertanggungjawab mengendalikan rancangan ini."

"Menurut rancangan mereka, alat-alat senjata dan peluru akan dibekalkan menerusi jalan laut. Sebagai langkah permulaan, kempen­kempen yang kotor dan fitnah yang jahat mestilah dilancarkan sebelum tindakan lebih lanjut diambil. Cara-cara yang telah digunakan ialah dengan menyebarkan "Risalah Beracun" untuk menjatuhkan maruah pemimpin UMNO yang terkemuka, terutamanya Tunku Abdul Raman yang mesti digulingkan dengan apa cara sekalipun."

Bagi saya, aliran pemikiran Afro-Asia hari ini terutamanya selepas kejatuhan Sukarno di Indonesia dan Nkrumah di Ghana, sangatlah selari dengan pemikiran kita; tetapi sama ada ahli-ahli UMNO dalam kumpulan tersebut sedar tentang hakikat ini ataupun tidak, masih belum diketahui.

Jelaslah bahawa apa yang dikehendaki oleh "pelampau-pelampau" ini ialah supaya UMNO sahaja yang memegang seluruh pentadbiran kerajaan sebagai sebuah parti. Saya telah berulang kali menyatakan bahawa kehendak ini bertentangan dengan dasar saya. Sebenarnya saya pernah berkata bahawa sekalipun cuma tiga orang sahaja ahli MCA yang menang dalam pilihan raya, maka Perikatan akan terus terpelihara, dengan tiga buah parti yang berikat–UMNO, MCA, dan MIC–bekerja bersama­sama sebagai wakil orang Melayu, Cina, dan India di Malaysia.

Puak "pelampau" ini tidak mengetahui berapa kalikah Encik Lee Kuan Yew telah cuba memujuk saya supaya mengambil PAP menganggotai Perikatan, tetapi percubaannya itu tidak berjaya.

Mereka yang menentang pimpinan saya sentiasa menjalankan taktik menyerang peribadi saya dengan tujuan bagi melemahkan UMNO kerana saya disifatkan sebagai imej parti tersebut. Mereka terpaksa menjalan­kan taktik seperti itu kerana mereka telah gagal memecahkan perpaduan UMNO dengan cara lain. Jadi, mereka melancarkan kempen mem­busukkan hal peribadi saya supaya maruah saya jatuh di mata orang ramai. Namun usaha mereka itu tidak mendatangkan kesan sehinggalah baru-baru ini. Sungguhpun begitu apabila surat Dr. Mahathir yang di­kirimkan kepada saya telah disebarkan dengan meluas, maka golongan yang menentang saya itu tidak berlengah lagi untuk mengambil kesem­patan bagi mengeruhkan lagi keadaan.

Sekarang, telah ternyata bahawa golongan ini telah menggunakan penuntut di institusi pengajian tinggi untuk menjalankan kerja kotor mereka. Apa yang telah gagal mereka capai dengan perlawanan yang terbuka, sekarang mereka berharap akan mendapat sedikit kejayaan dengan menimbulkan kekacauan dalam kalangan ahli parti itu sendiri. Gerakan Dr. Mahathir itu tidak syak lagi telah menolong anasir-anasir yang memusuhi saya bagi menimbulkan kemarahan orang terhadap saya sebagaimana yang telah terbukti daripada kejadian-kejadian yang berlaku sebelumnya.

Pada 17 Julai jam 7 pagi, sehelai kain rentang telah dijumpai terikat di pagar hadapan masjid Universiti Malaya; sebuah masjid yang telah saya bina untuk penuntut universiti itu. "Rejim Tunku Imperialis dan Feudalis" dan "Tunku, Berhentilah".

Cogan kata yang sama seperti ini telah digunakan dan masih lagi digunakan oleh Parti Rakyat, sebuah parti yang kuat menentang kerajaan dan parti ini jugalah yang telah menyokong polisi Sukarno "Ganyang Malaysia".

Pada hari itu, penuntut telah membawa sepanduk-sepanduk yang tertulis perkataan yang dapat menunjukkan dengan jelas pandangan­pandangan politik mereka. Salah satu daripadanya berbunyi "Kami mahu seorang pemimpin dinamik". Pemimpin yang mereka mahu ialah seorang pemimpin yang dinamik. Pemimpin yang mereka mahu ialah seorang pemimpin yang sanggup membakar sumbu dinamit untuk meletupkan negara dan masyarakat kita hingga berkecai.

Sepanduk yang satu lagi berbunyi "Singkirkan Kaki Poker dan Kaki Kuda" dan yang satu lagi berbunyi "Tunku, bersabarlah".

Cogan kata yang seumpama itu dan banyak lagi yang serupa dengan­nya dapat menunjukkan apakah tujuan sebenar mereka. Cogan kata seperti inilah yang telah biasa digunakan oleh Kumplan Perpaduan Afro-Asia dan pertubuhan lain yang anti kerajaan.

Penuntut-penuntut Melayu Universiti Malaya yang mengadakan tunjuk perasaan itu telah bermesyuarat kemudiannya dengan penun-tut-penuntut Maktab Teknologi MARA dan menentang pemecatan Dr. Mahathir daripada Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Kesan daripada pertemuan itu, maka ramailah penuntut MARA yang telah mengambil bahagian dalam satu tunjuk perasaan yang diadakan pada hari yang sama dalam kawasan maktab mereka bagi membantah tindakan yang diambil oleh UMNO ke atas Dr. Mahathir. Mereka mengecam saya sebagai peng­khianat bangsa. Mereka telah membuat ucapan-ucapan yang berapi-api menuntut supaya saya disingkirkan daripada jawatan perdana menteri.

Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Encik Abdul Ghaffar bin Baba, iaitu menteri yang bertanggungjawab di atas Maktab MARA, telah bercakap dengan pemimpin penuntut-penuntut tersebut. Beliau telah bertanya kepada mereka apakah ada kena-mengena pemecatan Dr. Mahathir daripada Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu dengan mereka, dan adakah mereka menjadi ahli-ahli UMNO? Mereka menjawab "tidak", tetapi menegaskan bahawa mereka berhak bercakap mengenai perkara ini kerana mereka orang Melayu. Beliau kemudiannya bertanya sama ada mereka bersetuju dengan UMNO sebagai parti politik mereka dan jawapan mereka "tidak".

Kemudian, Encik Abdul Ghaffar sangat terperanjat apabila beliau telah dimaklumkan oleh mereka satu persatu apa yang telah berlaku dalam Persidangan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang telah dirahsiakan. Apa­bila beliau bertanya siapakah yang telah memberitahu mereka cerita itu, mereka tergamam dan tidak berkata apa.

Kesemua ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. telah mengangkat sum­pah tidak boleh membocorkan sebarang perkara yang dirundingkan dalam majlis tersebut, dan dengan sebab itu timbullah teka-teki bagaimana maklumat seperti itu telah bocor.

Kejadian-kejadian ini menunjukkan bahawa sangatlah mudah untuk mempengaruhi fikiran orang muda. Mereka akan percaya apa sahaja jika perkara itu berulang kali diberitahu kepada mereka. Sesetengah kakitangan dan pegawai-pegawai juga bertanggungjawab atas kejadian ini. Beberapa orang daripada mereka telah sanggup berdiri atas pentas untuk berkempen bagi menentang Perikatan dalam pilihan raya baru­baru ini. Mereka tidak berjaya menjatuhkan Perikatan dengan cara perlembangaan dan dengan itu kini mereka sibuk menjalankan usaha­usaha untuk menggulingkan Perikatan dangan cara yang lain.

Begitu jaga halnya dengan penuntut-penuntut Universiti Malaya. Naib Canselor Universiti, Profesor Ungku Aziz telah bercakap dengan

penuntut-penuntut dalam kawasan universiti dan telah mendapat jawapan yang hampir-hampir sama daripada mereka.

Aliran politik telah menjadi begitu berbahaya pada masa ini! Meng­gunakan penuntut-penuntut untuk menjalankan kerja-kerja yang kotor ini samalah dengan cara yang telah dilakukan oleh Parti Komunis di Indonesia dan Kumpulan Perpaduan Afro-Asian di Burma sebagai yang dilaporkan oleh Aleksandr Kaznacheev dalam bukunya yang bertajuk Inside A Soviet Embassy (Di dalam sebuah Kedutaan Soviet) yang telah diterbitkan pada tahun 1962. Kaznacheev telah lari daripada Kedutaan Soviet di Rangoon untuk mendapatkan perlindungan di kedutaan Amerika.

Dengan memetik daripada buku ini, tidak sekali-kali bererti bahawa saya membuat sebarang tuduhan atau sindiran terhadap Rusia, kerana saya yakin bahawa mereka tidak melakukan apa-apa dalam pilihan raya baru-baru ini, dan tidak pula mereka terbabit dalam peristiwa 13 Mei ataupun yang kemudiannya.

Sungguhpun begitu, buku ini menceritakan kejadian-kejadian yang telah berlaku semasa Komunis China dan Komunis Rusia ketika masih menjadi sahabat baik. Telah menjadi satu taktik kepada semua komunis untuk menggunakan penuntut bagi mencapai tujuan mereka dan salah satu daripada senjata yang mereka gunakan ialah Kumpulan Perpaduan Afro-Asia.

Kaznacheev yang menjadi seorang pakar dalam kumpulan agen penyeludup Rusia menyebut Kumpulan Perpaduan Afro-Asia itu sebagai "sebuah pertubuhan belia komunis yang handal". Beliau menceritakan satu temu ramah yang telah diadakannya di Rangoon dengan seorang pemimpin belia yang disifatkan sebagai "seorang lawyer terkenal yang mempunyai hubungan yang luas dalam kalangan kerajaan Burma dan parti-parti politik yang besar. Beliau juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam "Front Bersatu Komunis Kebangsaan" (Communist National United Front) dan juga menjadi salah seorang daripada pemimpin per­tubuhan belia komunis yang handal yang dipanggil dengan nama Kum­pulan Perpaduan Afro-Asia."

Menurut Kaznacheev, pemimpin Burma itu telah berkata sebagaimana berikut mengenai pengambilan belia-belia;

"Belia-belia ini menjadi bahan yang terbaik untuk kami. Sekalipun pemikiran mereka dari segi politik tidak masak, tetapi otak mereka penuh dengan idealisme dan semangat yang berkobar-kobar; buah komunis yang di tengah itu lebih manis kepada mereka daripada fahaman politik Burma sendiri. Penuntut-penuntut kita gemar menghadiri perjumpaan yang riuh-rendah, tunjuk perasaan dan mengibar bendera daripada tekun dalam pelajaran mereka. Sikap ini adalah lebih baik untuk kami (bererti untuk tujuan komunis). Mereka memuja kejayaan komunis dan tidak dapat melihat selain daripada itu; kanak-kanak ini gemar pada cogan kata yang memberangsangkan, suka memasukkan perkataan-perkata­an sulit, dan inginkan pemimpin yang keras. Jadi, kerja kami ialah mengadakan perkara-perkara yang mereka sukai! Dan sebagaimana tuan ketahui, belia-belia yang berpelajaran ini amat penting untuk masa hadapan negara Burma; satu hari kelak mereka akan meninggalkan alam pengajian dan memegang jawatan-jawatan yang penting di dalam kerajaan, perusahaan, dan pasukan-pasukan bersenjata. Sesetengah daripada mereka tentu hilang minat terhadap gerakan kita itu, tetapi yang lain akan terus bersama-sama dengan kita ..."

"Mereka suka mendengar sesiapa yang boleh bercakap sehabis-habis panjang dan sehabis-habis kuat, jadi kita pun berbuat begitu dan tidak ada sesiapa pun di sini yang menentang kata-kata kita itu! Tidak ada gunanya kita menunjukkan atau membangkitkan hal-hal kesusahan dan kepincangan yang masih ada dalam negara kerana cara yang kasar seperti itu tidak akan menarik!"

"Rancangan perjuangan kita mudah dan ini merupakan satu cara per­juangan Lenin yang telah memberi kesan. Kita mendesak kerajaan Bour­geois untuk memberikan kita kebebasan dan demokrasi yang penuh dan tidak terhad supaya dapat memikat orang menyebelahi kita dan dengan itu kita dapat kebebasan untuk menguatkan kedudukan dan melemahkan serta menjatuhkan moral musuh-musuh. Kita menyeludup masuk ke dalam parti-parti politik lain secara beramai-ramai, terutamanya parti yang memerintah dan menanamkan orang kita supaya memegang kedudukan-kedudukan yang penting dalam alat-alat kerajaan dan tentera. Dengan perlahan-lahan dan dalam senyap-senyap bahkan dengan tidak disedari, kita akan mengambil kuasa seluruh negara. Ketika itu baru-

lah satu gerakan yang pantas dan gagah akan dilancarkan untuk mengem bangkan kerajaan Bourgeois dan merampas kuasa dengan sepenuhnyq Sesungguhnya kita sedar bahawa kita tidak sekali-kali akan daps menjayakan rancangan ini tanpa pertolongan kerajaan tuan dan kerajaa negara China."

"Kita mestilah ingat bahawa semua keadaan yang terdapat dalar negeri adalah mewajarkan kita mengambil alih kuasa di negara ini, da setelah kuasa itu ada di tangan, kita akan meletakkan Burma pada jala yang betul! Ketika itu kita tidak lagi memerlukan kebebasan da demokrasi corak Bourgeois yang buruk itu. Sebagai gantinya, kita aka menubuhkan satu kerajaan komunis. Kita akan menunjukkan apaka demokrasi yang sebenar-benarnya dan ketika itu tidak ada sesiapa pu yang akan berani menentang kita. Burma memerlukan satu kuasa yan, kuat untuk memerintahnya."

Inilah pengajaran yang telah dapat kita pelajari daripada apa yan, telah berlaku di negara-negara jiran, dan kita juga telah dapat melihz bagaimana negara-negara tersebut menghadapi kesulitan akibat daripad perbuatan Komunis China. Tanda-tanda telah menunjukkan bahawa car dan taktik yang serupa sedang dilakukan oleh mereka dalam negara kit dan sekiranya rancangan mereka itu dibiarkan, maka akibatnya tentula kita akan mengadapi kesulitan-kesulitan yang sama.

Apa yang berlaku di Burma telah terjadi juga di negara-negara lair Puak-puak pelampau sedar bahawa dengan perbuatan mereka menghast pelajar-pelajar muda, terutama sekali dalam kalangan pemuda Melay yang mempunyai semangat kebangsaan, maka mereka bermain denga api. Telah terbukti ini yang menjadi tujuan mereka kerana melihat bahaw di negara-negara lain kekacauan dalam kalangan penuntut sering berlak dalam masa beberapa tahun yang lepas kecuali di negara ini. Di man kekacauan dalam kalangan penuntut tidak pernah berlaku.

Apakah sebabnya belia-belia Melayu ini dengan tidak semena-men menimbulkan tuduhan ke atas kerajaan kerana tidak menolong oran Melayu, terutama sekali kerana tidak memberi peluang perniagaa kepada mereka? Menurut mereka, orang Melayu telah menjadi mangs kepada kaum "kapitalis" mencari kekayaan dan tinggallah orang Melay sebagai satu kaum yang miskin. Mereka memejamkan mata atas sega] usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menolong oran

Melayu dalam perniagaan dan perusahaan. Kolej MARA sendiri menjadi satu bukti yang jelas betapa besar hasrat kerajaan memberi mereka pelajaran yang sesuai dengan kehidupan di negara ini dan memberikan latihan dalam lapangan perniagaan.

Di universiti pula, tempat-tempat telah dikhaskan untuk penuntut Melayu sehingga menimbulkan kemarahan dan kecurigaan orang lain. Sungguhpun begitu, nampaknya mereka belum berpuas hati dengan keutamaan-keutamaan yang telah diberikan kepada orang Melayu di universiti. Sesetengah daripada penuntut yang telah termakan hasutan puak pelampau tidak lagi dapat bersabar bahkan mendesak supaya perniagaan-perniagaan asing dirampas sama seperti yang telah dilakukan oleh Sukarno dengan desakan pelampau-pelampau di negaranya.

Apakah yang telah berlaku di Indonesia di bawah pemerintahan Sukarno yang telah tunduk kepada tekanan golongan pelampau ini? Oleh sebab mereka tidak mempunyai kebolehan dan pengalaman serta tidak tahu selok-belok perniagaan, maka ekonomi Indonesia telah terjerumus ke dalam jurang kebinasaan. Modal-modal telah ditarik keluar dan negara itu, kilang-kilang perusahaan telah ditutup, pemodal-pemodal baru eng­gan menanam modal mereka, hutang negara telah meningkat berkali ganda banyaknya dan nilai rupiah telah jatuh.

Sekarang, di bawah pemerintahan Presiden Suharto iaitu seorang pemimpin yang luas pemikirannya, maka barulah negara itu mula me­nunjukkan tanda-tanda untuk pulih kembali daripada kebinasaan yang telah dilakukan oleh Sukarno yang telah dipengaruhi pihak pelampau.

Setelah melihat sendiri kejadian-kejadian yang telah berlaku di negara lain, maka adakah bijak untuk kita mengikut jejak langkah seperti itu; seolah-olah seperti "mencuri daripada Muhamad dan diberi kepada Salleh." Setiap orang tentu menyedari bahawa tidak ada jalan mudah untuk mencapai sesuatu kemajuan dan kejayaan.

Apa yang diperlukan ialah ketekunan, keazaman, dan rancangan yang teratur. Jika Sukarno tidak menyedari syarat-syarat ini, maka butalah kita seperti beliau, setelah mencapai segala kemajuan dan kemakmuran yang telah kita peroleh semenjak kemerdekaan, dengan pimpinan yang tersusun dan teratur serta perniagaan yang bebas?

Sekiranya lebih ramai orang Melayu mengambil bahagian dalam Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan dan memiliki sekeping tanah setiap seorang, maka jumlah kebun-kebun getah dankelapa sawit yang dimiliki oleh pekebun-pekebun kecil Melayu akan menjadi kebun-kebun yang terbesar sekali di negara ini. Sesetengah orang Melayu tidak sabar untuk menunggu keadaan ini berlaku, tetapi mereka mahu melancarkan projek-projek yang besar dengan serta-merta dengan tidak terlebih dahulu mempunyai syarat-syarat dan pengalaman untuk memiliki dan menjalankan perniagaan yang besar itu.

Tidak ada jalan yang mudah atau singkat untuk seseorang itu men­capai kedudukan dan kejayaan yang tinggi. Orang yang berjaya telah memulakan pencarian hidup secara kecil-kecilan dan dengan berkat usaha dan tekun, barulah mereka menjadi kaya; ataupun kiranya mereka me­warisi kekayaan itu, maka mereka terlebih dahulu dilatih dan diajar untuk meneruskan perniagaan yang telah pun dijalankan oleh keluarga mereka, sama ada perniagaan itu merupakan kilang perusahaan, perniagaan biasa, kebun atau lombong galian.

Sesetengah daripada puak pelampau itu menghasut penuntut-penuntut Melayu supaya mengadakan tunjuk perasaan menentang kerajaan, teruta­manya diri saya sendiri untuk tujuan-tujuan tertentu. Tidak ada batasan dalam cara untuk mencapai cita-cita mereka itu. Mereka mahu memasuki lapangan perniagaan yang besar dengan tidak perlu mengeluarkan wang atau perbelanjaan sendiri. Mereka memuja-muja langkah menjadikan perusahaan-perusahaan sebagai hak milik negara. Apa yang mereka maksudkan ialah memindahmilikkan perusahaan-perusahaan itu dengan apa jua cara, bukan untuk kepentingan negara tetapi untuk faedah mereka sendiri.

Mereka telah menggunakan kepintaran atau pengaruh mereka untuk mengambil tanah yang luas yang terletak dalam kawasan simpanan orang Melayu untuk kepentingan mereka sendiri.

Malangnya, sesetengah penuntut Melayu yang berfikiran singkat dan bersikap menentang apa jua, begitu mudah terpedaya untuk mempercayai apa jua yang diperkatakan oleh orang seperti itu, dan menurut apa jua yang disuruh seperti mengadakan tunjuk perasaan. Penuntut-penuntut ini nampaknya tidak sedar bahawa mereka digunakan oleh puak-puak pelampau yang berpengalaman itu. Siapakah yang akan mendapat ke­untungan? Sudah tentu bukannya penuntut-penuntut tersebut.

Oleh sebab semua orang dapat menyaksikan sendiri dengan jelasnya, maka tidak perlu diberi bukti-bukti yang menunjukkan bagaimana ke­rajaan telah memberi masa, tenaga, dan wang ringgit yang banyak untukorang Melayu; dan dalam soal ini Dewan Perniagaan Bersatu Malaysia yang mempunyai ahli-ahli perniagaan daripada semua kaum telah mem­berikan kesanggupan mereka untuk bekerjasama. Kerajaan sediri sedar dan ahli-ahli perniagaan memahami dengan sepenuhnya bahawa banyak perkara yang perlu dibuat untuk orang Melayu dalam tempoh yang singkat.

Oleh yang demikian, segala sungutan tidak puas hati dan rasa jelak itu sebenarnya perbuatan yang dilakukan oleh mereka yang sengaja hendak membusukkan kerajaan, iaitu anasir-anasir yang berusaha supaya semua golongan berpihak kepada mereka bagi menumbangkan kerajaan, walhal mereka sendiri mencari kehidupan dan kedudukan di bawah perlindungan sistem demokrasi yang kini mereka buruk-burukkan.

Gerakan sulit yang dijalankan dalam kalangan penuntut, terutama penuntut-penuntut Melayu, tidak boleh diambil ringan atau disifatkan sebagai gerakan yang tidak berbahaya.

Pada 24 Ogos, semasa saya berada di Alor Setar dalam rangka lawatan ke seluruh negara mengenai Muhibah, saya telah membuka tembelang satu kempen sulit yang dilancarkan untuk mendapatkan sokongan gerakan mereka dengan berselindung di sebalik ajaran Islam.

Kempen itu telah diberitahu kepada saya oleh Menteri Besar Perlis, Tan Sri Sheikh Ahmad bin Mohamed Hashim yang telah datang dari Kangar untuk memberitahu kepada saya peristiwa yang telah berlaku dalam satu persidangan yang telah berlangsung sehari sebelumnya.

Tan Sri Sheikh Ahmad telah memberitahu kepada akhbar-akhbar bahawa beliau telah mendapat tabu berkenaan kempen ini semasa beliau membuka ucapan persidangan tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar­pelajar Islam Malaysia cawangan Perlis pada 22 Ogos.

Beliau berkata "Kira-kira 100 orang hadir dalam mesyuarat tersebut, dan kebanyakan mereka kelihatan seperti orang kampung biasa. Sebelum saya berucap dalam majlis itu, tiga orang pemuda datang dan duduk di hadapan saya. Mereka berkelakuan tidak sopan sambil menanggalkan kot mereka, saya terkejut melihat belakang kemeja pemuda-pemuda tersebut tertulis perkataan "REVOLUSI".

"Selepas saya berucap, Naib Presiden Persatuan bernama Mansor bin Abdul Rahman dari Kuala Lumpur, mengambil alat pembesar suara.Saya terkejut apabila beliau mengecam perdana menteri kerana meng­ambil bahagian dalam Majlis Gerakan Negara dan menyeru para hadirin supaya jangan percaya kepada majlis itu. Beliau juga mengecam rancang­an kerajaan menubuhkan jawatankuasa Muhibah yang dianggapnya tidak berguna kerana jawatankuasa tersebut ditubuhkan selepas berlakunya kekacauan."

"Banyak lagi perkara yang tidak akan disebut oleh seorang rakyat yang taat setia telah kendengaran dilaungkan dalam perjumpaan itu. Malah is menyeru hadirin dalam mesyuarat itu supaya jangan peduli jika kerajaan cuba menghalang persatuan itu daripada mencapai cita­citanya."

Saya menegaskan di sini bahawa orang itu telah berkumpul dengan bertopengkan perbincangan agama, tetapi sebenarnya mereka telah terkeluar daripada agenda yang ditetapkan dan mem-bincangkan hal­hal politik yang bercorak revolusi. Apa yang lebih hebat lagi, pelajar­pelajar ini menganjurkan bahawa mereka tidak hams tunduk di bawah adat resam yang telah kita pusakai yang mana antaranya termasuklah soal taat setia kepada raja-raja dan menghormati cara hidup serta adat istiadat orang Melayu.

Kejadian di Universiti Malaya pada 28 Ogos dapat membuktikan bagaimana otak dan pemikiran penuntut-penuntut Melayu yang muda telah dipengaruh dan dipesongkan. Pada ketika itu universiti telah di­jadikan tempat perhimpunan wakil-wakil antarabangsa terpenting yang terdiri daripada pakar-pakar, ahli-ahli muzik, penari-penari, dan pelakon­pelakon dari pelbagai negara di Asia Tenggara untuk membincangkan dan mempersembahkan tartan-tartan dan lakonan-lakonan drama asli di rantau ini, iaitu satu peristiwa yang tidak ada tolok bandingnya di kawasan ini. Langkah pengelola memilih Malaysia dan universitinya sebagai satu persidangan kebudayaan merupakan satu penghormatan yang sangat besar yang telah diberikan kepada negara ini.

Kira-kira 200 orang penuntut Melayu telah mengambil keputusan untuk mengadakan tunjuk perasaan menentang saya dan dengan sengaja memilih masa ketika tetamu-tetamu asing dari Asia Tenggara berada di sini. Sekalipun Naib Canselor Universiti, Prof. Ungku Abdul Aziz telahmemberi amaran kepada penuntut-penuntut bahawa sekiranya mereka mengadakan tunjuk perasaan pada ketika itu, maka mereka akan membahayakan taraf autonomi universiti, tetapi mereka tidak me­ngendahkan amaran tersebut dan terus mengadakan tunjuk perasaan. Mereka tidak menghiraukan rayuan Prof. Ungku Abdul Aziz dan tidak peduli sekalipun perbuatan mereka boleh merosakkan nama baik universiti dan juga mengkhianati adat resam bangsa mereka sendiri. Mereka melakukan tunjuk perasaan menentang saya di Dewan Tunku Canselor, iaitu sebuah bangunan yang telah diberikan nama saya sempena mengenang jasa saya sebagai canselor universiti itu.

Jika penuntut-penuntut yang telah terpesong ini memikirkan bahawa mereka telah dapat memberikan kesan yang baik ke atas tetamu-tetamu asing yang bersidang di universiti itu, maka ternyata pendapat mereka itu silap. Kelakuan mereka telah menjatuhkan maruah dan memalukan bangsa dan negara kita, kaum mereka sendiri, keluarga mereka serta universiti mereka. Saya tidak pernah terfikir bahawa perkara seperti ini boleh berlaku semasa hayat saya di universiti di mana saya sendiri telah membinanya bersama-sama.

Sekiranya perkara-perkara yang tidak memuaskan hati penuntut­penuntut kita itu merupakan polisi kerajaan mengenai soal pelajaran ataupun universiti, orang ramai dapatlah memahami kenapa mereka membuat sungutan-sungutan tersebut, tetapi sukar untuk difahamkan tindakan-tindakan mereka yang lebih merupakan perkara peribadi. Bangkangan mereka ialah atas kedudukan saya sebagai pemimpin Malaysia.

Selama 17 tahun saya telah menjadi pemimpin yang dihormati dan disanjung tinggi berdasarkan apa yang telah saya lakukan untuk faedah bangsa dan negara. Sekarang dengan adanya satu fitnah yang jahat, maka saya terus dicap sebagai seorang pengkhianat serta musuh bangsa dan dengan itu juga saya harus disingkirkan.

Adakah mereka sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu se­benarnya bukanlah menentang diri saya seorang sahaja bahkan me­nentang kerajaan negara ini yang telah ditubuhkan dengan sahnya dan saya menjadi ketuanya? Saya telah dipilih memegang jawatan itu dengan kehendak rakyat yang telah diberi kebebasan untuk memilih kerajaan mereka menerusi pilihan raya yang telah dijalankan menurut asas-asas demokrasi. Percubaan menumbangkan saya sebagai perdana menteri sebagaimana yang dituntut oleh puak pelampau dan penghasut ini dengan memperalatkan penuntut-penuntut muda dan tidak berdosa untuk menyuarakan tuntutan-tuntutan itu serta menggalakkan mereka melaku­kan dengan satu cara yang tidak demokratik. Ia menjadi satu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan bahkan boleh disifatkan sebagai satu perbuatan derhaka.

Inilah satu usaha pengkhianatan yang sehabis-habis jahat yang belum pernah dicuba oleh mana-mana pihak jua pun di negara Malaysia ini. Kebanyakan orang telah sedia maklum bahawa saya memang bercadang hendak bersara. Saya telah berulang kali melahirkan hasrat saya ini semenjak sebelum pilihan raya diadakan. Segala langkah yang telah saya ambil bagi mengatur segala perkara yang perlu untuk persaraan saya itu dapatlah dijadikan bukti tentang hasrat saya hendak bersara.

Saya telah memimpin Tun Abdul Razak untuk bersedia menerima jawatan yang berat itu, dan langkah saya ini bukanlah menjadi satu rahsia lagi kerana saya telah berulang kali mengisytiharkan hasrat ini ke seluruh negara.

Saya juga telah membeli sekeping tanah dengan bantuan wang daripada sahabat supaya dapat membina sebuah rumah bagi orang susah (Home for the Distressed) di atas tanah tersebut, dan mengendalikan sendiri rumah itu supaya dapat saya berkhidmat selepas bersara kepada mereka yang benar-benar memerlukan pertolongan. Jadi, kenapakah dengan tidak semena-mena timbulnya penentangan terhadap diri saya dan pimpinan saya dipersoalkan?

Saya sentiasa dijadikan sasaran oleh anasir yang hendak menjatuhkan saya. Dengan merosakkan nama saya, berharap mereka dapat men­jatuhkan nama baik dan menumbangkan kerajaan Perikatan. Pihak pem­bangkang telah gagal untuk menjatuhkan Perikatan menerusi pilihan raya, dan sekarang puak pelampau (ultras) pula mengambil alih cara serangan peribadi yang seperti itu, dengan menggunakan khususnya penuntut­penuntut sebagai agen mereka. Mereka melaung-laungkan kempen "malukan Tunku dan tumbangkan kerajaan."

Sekarang saya berazam untuk meneruskan perkhidmatan saya demi kepentingan bangsa dan rakyat serta bertanggungjawab atas ke­merdekaan, keamanan, kemajuan dan kemakmuran yang telah saya sum­bangkan hendaknya tidak akan cacat oleh tindakan daripada puak-puak pelampau, penghasut-penghasut, dan pengacau-pengacau yang kecil bilangannya.

Saya telah mengorbankan seluruh hidup saya untuk bangsa dan negara serta saya tidak boleh dihalang daripada meneruskan tujuan ini semata­mata kerana tuntutan-tuntutan yang tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh golongan ini yang bertujuan untuk menghancurkan keamanan, keharmonian dan keteguhan negara kita. Apabila saya yakin bahawa negara ini tidak lagi memerlukan perkhidmatan saya, maka barulah saya meletakkan jawatan.


-------------------------------------------------

16. Rebutan Kuasa dalam UMNO

Tidak dapat dinafikan lagi terdapatnya perebutan kuasa dalam UMNO sendiri antara mereka yang telah menegakkan parti ini dan yang telah berkorban untuk kemerdekaan dengan anasir-anasir baru yang digelar "pelampau" (ultras).

Sesungguhnya perebutan kuasa ini telah bermula semenjak dua tahun yang lepas ataupun lebih awal daripada itu. Penyokong-penyokong yang sesungguhnya taat setia kepada parti telah dapat mencegah perbuatan puak "pelampau" kerana UMNO ketika itu kuat dan kerana adanya sokongan penuh daripada semua mereka yang menjadi ahlinya, dari atas sampai ke bawah.

Oleh sebab itu mereka yang memanggil dirinya "pelampau" (ultras) pada keseluruhannya tidak membuat bising sekalipun mereka bergerak cergas dengan menjalankan kempen sulit dalam kalangan belia yang menggelarkan diri mereka "bijak pandai" (intellectual).

Saya sentiasa menasihatkan penuntut-penuntut yang masih muda itu supaya kita sentiasa mengawasi dan menentang ahli-ahli politik seperti ini. Keadaan penuntut-penuntut di negara-negara sebelah Barat adalah berlainan kerana universiti dan tempat-tempat pengajian tinggi di benua itu telah ditubuhkan semenjak beratus-ratus tahun. Mereka boleh mencuba apa jua yang mereka fikir secocok dengan jiwa mereka dengan tidak mendatangkan sebarang bahaya. Tetapi bagi kita di Malaysia ini. kedudukannya amat berlainan.

Negara ini masih muda, universitinya masih muda dan is boleh dikatakan bergantung sepenuhnya kepada sokongan kerajaan. Universiti ini telah berkembang daripada sebuah universiti yang kecil kepada sebuah universiti yang teratur baik dengan mempunyai lebih daripada 6000 orang penuntut. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk memperelokkan lagi universiti itu setelah kita memperoleh pengalaman dan setelah kita memperuntukkan wang yang lebih banyak untuknya. Hasrat kerajaan adalah untuk menegakkan universiti ini dan juga universiti-universiti lain menurut sebagaimana yang telah kita rancang dan meletakkannya pada satu darjah dan kedudukan yang tidak kurang hebat daripada universiti-universiti yang terbaik dalam Komanwel. Misalnya, Universiti Pulau Pinang telah dimulakan secara kecil-kecilan tetapi kita mempunyai rancangan untuk masa hadapan universiti itu sebagaimana yang telah kita lakukan untuk rancangan lain yang telah kerajaan anjurkan.

Tidak lama lagi Universiti Kebangsaan akan ditubuhkan untuk mem­beri peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran dalam pengajian bahasa selain daripada bahasa Melayu supaya dapatlah mereka merebut peluang pekerjaan sebagaimana orang lain yang telah pun mempunyai kelulusan universiti. Langkah permulaan telah pun dibuat dengan membuka Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya. Inilah juga tujuannya bagi Maktab Latihan MARA di mana penuntut­penuntutnya diberi pelajaran dan latihan untuk mendapatkan pengetahuan yang perlu bagi membolehkan mereka menjalankan pekerjaan masing­masing kelak, terutama sekali untuk menolong mereka memperbaiki kehidupan orang kita yang berselerak di merata ceruk rantau dan kawa­san-kawasan luar bandar sehinggalah perbatasan hutan rimba.

Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan untuk memperkaya dan memperbaiki lagi bahasa Melayu sehingga taraf kedudukannya dapat ditinggikan dan dengan itu bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa kebangsaan–bahasa Malaysia.

Segala rancangan yang dilancarkan untuk pengajian tinggi itu ber­tujuan supaya pada masa hadapan penuntut-penuntut inilah yang dapat menolong menyebarkan ilmu pengetahuan dan juga menolong meng­hapuskan kejahilan dan kemiskinan dalam kalangan orang kita. Adalah menjadi harapan bahawa mereka akan menolong orang Melayu yang pada umumnya tidak menunjukkan kecenderungan dalam memperbaiki lagi kehidupan, kerana orang Melayu ialah satu bangsa yang suka meneruskan cara hidup yang diwarisi dari zaman berzaman dengan tidak mempunyai sebarang pandangan tentang cara-cara bagaimana mereka boleh mendapat kehidupan yang lebih baik dalam dunia ini.

Kita juga mengharapkan bahawa melalui generasi penuntut-penuntut yang berpelajaran tinggi ini yang setiap tahun lulus dalam pelajaran ma­suk ke dalam masyarakat dalam pelbagai lapangan, akan dapat memberi nafas baru serta menanamkan semangat baru dalam corak kehidupan orang Melayu. Mereka patut belajar dengan tekun semasa mereka berada di universiti-universiti, maktab-maktab, dan tempat-tempat latihan yang lain supaya apabila mereka meninggalkan tempat-tempat pengajian tersebut, dapatlah mereka menjadi rakyat yang berguna untuk bangsa mereka sendiri.

Perkara yang sangat mendukacitakan ialah golongan yang memanggil diri mereka "pelampau dan bijak pandai" (Ultras & Intelectuals) meng­gunakan institusi dan tempat-tempat pengajian ini untuk mengganggu pelajaran penuntut-penuntut dengan memasukkan jarum politik mereka. Telah menjadi satu perkara yang sangat dikesali bahawa apa yang kerajaan telah lakukan untuk kebaikan mereka telah menimbulkan kesan yang bertentangan dengan tujuan kerajaan dan menjadi satu masalah yang terpaksa kita hadapi.

Dalam perbualan saya dengan Tun Abdul Razak, kami telah mengkaji setiap satu yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk menolong rakyat negara ini sejak tercapainya kemerdekaan. Masjid-masjid, surau-surau, dan sekolah-sekolah agama telah dibina di seluruh pelosok dan rantau negara ini. Ramai yang mendapat faedah daripada rancangan-rancangan kerajaan itu telah berpaling tadah menentang parti Perikatan.

Begitulah juga tempat-tempat pengajian tinggi yang ditubuhkan oleh kerajaan dengan tujuan memberi pelajaran dan ilmu pengetahuan yang boleh mendatangkan kebaikan dan keuntungan kepada mereka dan keluarga mereka, telah menjadi tempat yang merunsingkan fikiran kami. Tun Abdul Razak berkata, "Nampaknya semua tidak berjalan dengan betul sebagaimana yang dikehendaki. Tetapi bagaimanakah mereka sampai hati berbuat demikian kepada Tunku pada hal Tunku telah banyak membuat jasa kepada rakyat dan negara. Patik sendiri tidak faham."

Kita tidak dapat memberi sebarang kesimpulan lain daripada me­ngatakan bahawa mereka telah dipengaruhi sewaktu umur mereka masih muda untuk mempercayai apa sahaja. Semua perkembangan ini berlaku semasa negara kita baru sahaja berada di ambang pembangunan yang baru, kemakmuran baru yang mungkin tidak pernah tercapai dahulu dalam sejarah Asia Tenggara.

Jika berlaku apa-apa kepada negara ini sekarang, maka akan timbullah keadaan huru-hara dan kekacauan yang besar; walhal pilihan raya telah­pun tamat dan krisis yang timbul daripada rusuhan-rusuhan telah dapat dikawal, begitulah juga segala tindakan-tindakan di bawah undang­undang Darurat telah berjalan dengan jayanya. Jika kejadian ini berlaku, maka Malaysia akan mundur ke belakang beberapa tahun dan segala yang telah dicapai dalam masa 12 tahun kemerdekaan, segala kemak­muran dan kejayaan yang kita telah dapati dalam negara ini, dan segala pandangan baik dan kedudukan yang tinggi yang kita telah capai di luar negara semuanya akan rosak. Kita mestilah tegas supaya kejadian ini tidak akan berulang lagi.

Puak pembangkang dan musuh-musuh parti yang memerintah tentu akan segera mengambil kesempatan dalam suasana yang seperti itu dan sebenarnya merupakan peluang yang mereka tunggu dan sedang berusaha menimbulkannya. Tujuan mereka adalah untuk menjahanamkan Perikatan dan dengan menjahanamkan Perikatan itu kelak, dapatlah mereka menjahanamkan bangsa dan negara yang telah dibina oleh Perikatan.

Jika negara ini mempunyai musuh-musuh dari dalam dan luar negara, maka haruslah kita semua menyedari bahawa menjadi perkara yang amat sukar bagi mana-mana kerajaan untuk memperteguhkan kedudukannya di samping itu memelihara darjah keamanan dan keselamatan yang telah kita semua nikmati semenjak kemerdekaan. Semua kejadian yang baru berlaku adalah menakjubkan kerana is menimbulkan pelbagai perkara yang bertentangan dengan dasar-dasar yang telah kita jalankan dengan jayanya pada masa yang lepas.

Oleh itu, saya berdoa ke hadrat Allah SWT supaya mengembalikan fikiran yang waras kepada rakyat negara ini dan saya percaya jika sekira­nya mereka mengambil masa untuk memikirkan keadaan di sekeliling, maka mereka akan turut kembali kepada fikiran yang waras. Mereka perlu mempunyai ketenangan fikiran untuk kebaikan anak-anak, keluarga mereka, dan masa hadapan negara mereka, Malaysia.

Perebutan kuasa dalam kalangan ahli UMNO bukanlah menjadi satu perkara yang boleh mendatangkan kebaikan. Banyak ahli yang jujur telah dapat dipesongkan oleh pihak pelampau, dan dengan itu ahli-ahli yang jujur ini juga tertarik dengan kemungkinan parti menubuhkan Kabinet dengan ketiadaan MCA di dalamnya. Semasa Tun Tan Siew Sin membuat kenyataannya bahawa MCA patut berundur dan tidak me­ngambil bahagian dalam pentadbiran kerajaan, puak pelampau (Ultras) menyokongnya secara terang-terangan. Kebanyakan daripada puak pelampau berasa senang hati kerana apa yang mereka hajatkan akan menjadi kenyataan.

Tujuan mereka ialah supaya saya mengundurkan diri terlebih dahulu dan jika perkara ini berlaku, barulah mereka akan meneruskan rancangan­rancangan yang lain. Sebab itulah tuduhan-tuduhan Dr. Mahathir terhadap diri saya telah disebar dengan meluas.

Puak pelampau ini telah berusaha secara sulit untuk menarik ahli­ahli UMNO khasnya dan orang Melayu umumnya supaya mengikut rancangan mereka. Dalam sesetengah perkara, mereka telah berjaya mendapatkan sokongan, seperti dalam kalangan orang muda yang tidak dapat berfikir sendiri, tetapi pada keseluruhannya cita-cita mereka itu telah ditolak kerana is disifatkan sebagai satu rancangan yang tidak dapat dilaksanakan dalam sebuah negara seperti Malaysia.

Dalam pilihan raya yang lepas, kita telah dapat saksikan bahawa kaum Cina pada umumnya tidak berpegang kepada fahaman politik yang kuat tentang bagaimana mereka akan membuang undi mereka; kadangkala mereka mengundi kepada satu parti dan pada waktu yang lain pula mereka mengundi kepada parti yang lain. Kita tidak boleh ambil contoh seperti Dr. Lim Chong Eu yang sekarang ini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Pada suatu ketika dahulu beliau telah menjadi pemimpin MCA, kemudian telah meninggalkan parti itu sebelum pilihan raya 1964, tetapi pada ketika itu orang Cina masih menyokong MCA dalam pilihan raya tersebut. Tetapi dalam pilihan raya baru-baru ini, orang Cina telah beralih arah dan menyokong calon-calon parti lain, dan dengan perkembangan ini juga, maka Dr. Lim sebagai pemimpin parti Gerakan kini telah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kita tidak dapat meramalkan apakah sikap pengundi-pengundi Cina dalam pilihan raya yang akan datang. Mungkinkah mereka akan keluar dan mengundi MCA? Dengan kekalahan MCA ataupun yang disifatkan sebagai satu kekalahan oleh mereka, maka tidak ada sebab kenapa kita patut berasa terharu atau bimbang tentang harapan MCA di masa akan datang. Lebih-lebih lagi kita tidak patut menolak seorang sahabat yang telah berdiri bersama-sama dengan kita semenjak beberapa tahun dan membantu kita mencapai kemerdekaan.

Dalam kalangan ahli yang setia, terdapat juga beberapa orang yang berkehendakkan supaya UMNO atau orang Melayu sahaja yang meme­rintah negara ini. Cita-cita seperti ini tidak dapat dilaksanakan dalam sebuah negara yang jumlah penduduk kaum lain hampir sama dengan bilangan penduduk kaum Melayu, tetapi pelampau-pelampau berpegang kepada cara pemikiran seperti ini dengan tujuan mendapatkan sokongan orang Melayu di pihak mereka.

Sikap seperti ini tidak dipersetujui oleh ahli-ahli UMNO yang lebih jauh pandangannya kerana mereka berpendapat bahawa oleh sebab kaum lain mempunyai kepentingan dalam perniagaan dan ekonomi, mereka mesti diwakili dalam kerajaan. Jika tidak, ekonomi negara akan merosot, bahkan mungkin jahanam. Kejayaan yang telah kita capai pada masa lepas adalah dengan adanya kerjasama antara semua kaum, terutamanya masyarakat perniagaan yang kebanyakannya terdiri daripada orang bukan Melayu.

Cadangan pelampau dan orang yang berdarah muda supaya orang Melayu sahaja memerintah negara ini, pada rancangan jangka panjangnya tidak akan berjaya. Ringkasnya, sikap mengikut taktik yang dijalankan oleh PAS dengan tujuan hendak menentang pengaruh parti tidak sekali­kali akan dapat menyelesaikan kesulitan yang kita hadapi. Mungkinkah mereka akan mengadakan satu ikatan yang kekok dengan PAS? Kiranya langkah itu diambil, saya percaya ikatan itu merupakan satu perkongsian yang lemah. Oleh yang demikian, percubaan untuk menukarkan konsep UMNO daripada apa yang telah pun terbukti kejayaannya sehingga hari ini adalah perbuatan mencari kehancuran.

Semenjak beberapa tahun lepas sehinggalah sekarang, UMNO telah bersama-sama dengan MCA dan MIC menubuhkan Parti Perikatan. Sementara UMNO menumpukan pandangannya kepada perkara-perkara politik, MCA pula menjalankan ikhtiar untuk menimbulkan rasa ke­yakinan dalam lapangan perniagaan. Pengaruh MIC dalam kalangan Pekerja-pekerja Kumpulan Perusahaan dan Buruh Kasar telah dapat menimbulkan ketenangan di lapangan perusahaan. Kerjasama daripada tiga buah parti yang besar ini bukan sahaja telah dapat mendatangkan keamanan dan kemakmuran kepada negara, bahkan juga telah dapat menolong kerajaan mendapatkan kewangan yang cukup untuk mem­peruntukan wang yang banyak bagi pembangunan luar bandar.

Dengan hal yang demikian, adakah bijak jika polisi itu diubah semata­mata kerana kita telah mengalami sedikit kekalahan di sana sini? Sebenar­nya Perikatan tidak dikatakan kalah kerana jika dilihat daripada keputusan pilihan raya pada keseluruhannya, maka nyatalah bahawa Perikatan telah menang lebih sekali ganda dalam Parlimen daripada jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti-parti pembangkang. Dengan itu, Perikatan sekali lagi telah dipilih untuk memegang kuasa bagi tempoh lima tahun lagi.

Kemenangan bagi sebuah parti untuk memegang kuasa bagi masa yang begitu lama merupakan satu kejayaan yang sangat luar biasa yang belum pernah berlaku dalam mana-mana negara yang mangamalkan sistem demokrasi. Malangnya, kebanyakan orang kita cuma sanggup merayakan kemenangan sahaja, tetapi tidak sanggup menerima kekalah­an. Firman Allah SWT dalam al-Quran berbunyi:


"Manusia itu tidak jemu jemu berdoa memohon kebaikan, tetapi jika ditimpa kesusahan, maka dia berputus asa dan berputus harapan."

Sikap yang seumpama itu membuktikan bahawa orang kita tidak mempunyai kekuatan moral dan semangat. Pada orang seperti itu, kemenangan dengan sedikit kemunduran dipandang sebagai satu kekalahan. Oleh sebab itu, pendirian mereka telah goyah dan mereka pun mencari kesalahan yang dilakukan oleh setiap orang dan juga parti, sekalipun pada hakikatnya parti itu telah menang. Pemimpin-pemimpin parti terutamanya saya hendaklah disingkirkan dan dasar parti yang telah pun membuktikan kebaikannya hendaklah dicampakkan ke laut.

Mungkin juga orang muda tidak cedar semua masalah ini kerana mereka hanya menerima dan melihat kedudukan hari ini, iaitu semata­mata daripada kaca mata puak "pelampau". Sungguhpun begitu, satu perkara yang jelas ialah dalam sesebuah masyarakat yang berbilang kaum seperti mana yang terdapat dalam negara kita sekarang, maka kerajaannya mestilah diwakili oleh semua kaum. Dengan cara ini saha-ja, dapat kita mengawal keyakinan penduduk, dan dengan keyakinan ini sahajalah kita boleh mengharapkan harmoni, muhibah serta kemakmuran.

Jika sikap "pelampau" (ultras) ini (yang pada masa ini disokong pula oleh puak-puak chauvinists) menentang dasar seperti ini, maka jelaslah bahawa mereka berjalan di atas lunas-lunas yang berbahaya yang akan merendahkan darjah politik UMNO; ringkasnya meletakkan taraf pe­mikiran politik kita serendah yang dipegang oleh PAS.


-------------------------------------------------

17. Perlembagaan dan Hak Asasi Melayu

Menurut "pelampau-pelampau" yang telah dapat memujuk sesetengah daripada pemuda-pemuda itu, negara ini adalah kepunyaan orang Melayu sahaja dan orang lain tidak berhak ke atasnya. Tidak ada siapa pun yang dapat menafikan bahawa pada asalnya negara ini merupakan sebuah negara orang Melayu dan merekalah yang menjadi bumiputeranya. Oleh sebab itulah Perlembagaan mesti mengadakan syarat-syarat khas me­ngenai adat istiadat dan hak-hak orang Melayu.

Syarat-syarat ini terkandung dalam Perlembagaan kita. Mestilah diingatkan bahawa Perlembagaan Negara kita telah digubal setelah men­dapat kata sepakat daripada semua kaum kerana mereka memahami dan menyedari kedudukan istimewa orang Melayu. Oleh sebab orang Melayu sentiasa cenderung kepada pemerintahan beraja, maka Perlembagaan telah menentukan bahawa negara ini mestilah diperintah oleh seorang raja dan salah seorang sultan yang memerintah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Di samping itu, Perlembagaan juga mengawal dan menghormati kedudukan Raja-raja Melayu dan hak-hak kedaulatan baginda seperti perkara-perkara mengenai agama dan adat istiadat orang Melayu. Per­lembagaan itu mensyaratkan bahawa agama Islam hendaklah menjadi agama rasmi bagi negara serta bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Ringkasnya, Perlembagaan mempertahankan dan mengkanunkan hak-hak orang Melayu buat selama-lamanya.

Bahkan Perlembagaan juga telah menentukan perkara-perkara yang lain untuk orang Melayu. Ia mengakui hakikat bahawa semasa Perlem­bagaan itu digubal dengan persetujuan semua pihak, setiap yang telah sedar dan menerima hakikat bahawa kedudukan ekonomi orang Melayu telah tertinggal ke belakang daripada kaum lain yang duduk di negara ini. Hakikat ini tidaklah dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Oleh itu, satu syarat khas telah dimasukkan untuk mengatasi kemunduran ekonomi orang Melayu.

Sesungguhnya, laporan Suruhanajaya Perlembangaan Persekutuan Tanah Melayu menyatakan, "bahawa sebagai hasil daripada perjanjian­perjanjian asal dengan negeri-negeri Melayu yang ditegaskan dari masa ke semasa, maka kedudukan istimewa orang Melayu itu sentiasalah diakui dan pengakuan ini telah dinyatakan sekali lagi di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. (Sila ambil perhatian perkataan­perkataan "sentiasalah diakui").

Selanjutnya, suruhanjaya itu menyatakan bahawa pada ketika itu terdapat empat perkara mengenai kedudukan istimewa orang Melayu yang diakui dan diberi perlindungan. Perkara-perkara itu ialah tanah simpanan orang Melayu dalam negara; peruntukan khas (kuota) untuk kemasukan dalam jawatan kerajaan; peruntukan khas (kuota) mengenai pengeluaran permit dan lesen untuk menjalankan sesetengah perniagaan, seperti lesen lori dan kereta sewa; dan akhir sekali pelbagai peringkat biasiswa, sama ada yang merupakan bantuan sepenuhnya atau sebahagian serta pelbagai lagi rupa bantuan yang lain untuk tujuan pelajaran yang diberikan kepada orang lain.

Suruhanjaya itu menyatakan bahawa "orang Melayu akan menghadapi satu kedudukan yang sangat lemah berbanding dengan kaum lain se­kiranya syarat-syarat istimewa ini ditarik batik dengan tiba-tiba." Mereka membuat perakuan supaya kedudukan yang terdapat pada waktu itu patutlah diteruskan untuk satu jangka masa yang panjang.

Dengan lain perkataan, ahli-ahli suruhanjaya itu telah menyatakan bahawa keutamaan ekonomi bagi orang Melayu sangatlah perlu. Mereka mencadangkan supaya perkara ini dikaji semula selepas 15 tahun. Kesemua pendapat ini telah dimasukkan dalam Pelembangan.

Semenjak merdeka, kerajaan Perikatan yang memegang kuasa telah mematuhi syarat-syaratyang terkandung dalam'?erlembagaan danmen­jalankan polisi untuk menentukan supaya cita-cita memajukan ekonomi orang Melayu pada keseluruhannya dapat dicapai. Dengan sebab itulah kerajaan telah menjalankan dan melaksanakan rancangan-rancangan besar pembangunan luar bandar, sehingga dapat dikatakan bahawa pelbagai perkara telah dibuat untuk faedah orang Melayu daripada mereka dalam rahim sehinggalah ke pintu kubur.

Salah satu daripada rancangan kemajuan ini ialah penubuhan MARA yang bertujuan melatih orang Melayu dalam pelbagai jenis pekerjaan yang mereka tidak pernah berkesempatan menjalankannya pada masa yang lepas. Tujuannya supaya mereka mendapat tempat dan hak dalam masyarakat bangsa kita. Tempat dikhaskan untuk orang Melayu di Universiti Malaya dan di maktab-maktab teknik. Pelajaran permulaan diberi dalam bahasa kebangsaan di semua sekolah, tidak kira apa jua kaum. Tidak lama lagi sebuah universiti akan ditubuhkan untuk mem­buka peluang-peluang baru bagi orang Melayu dalam lapangan pekerjaan dan selagi kerajaan Perikatan masih memegang kuasa, maka banyaklah lagi rancangan yang membina akan dilaksanakan bagi faedah orang Melayu.

Segala usaha sedang ditumpukan kepada kerja-kerja yang boleh men­datangkan faedah bagi ekonomi orang Melayu; sementara kaum lain menolong diri mereka sendiri. Meskipun begitu, banyak lagi yang perlu dibuat. Sebarang kajian semula mengenai perkara ini tidak sekali-kali akan mencacatkan hak orang Melayu sebagaimana yang tercatat dalam Perlembagaan.

Sementara itu, kita tidak boleh lupakan kepentingan-kepentingan sah kaum lain sebagaimana yang disyaratkan dalam Perlembagaan. Kita mestilah ingat bahawa kesemua kaum lain telah bersama-sama dengan orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan negara ini.

Janganlah kita mengenepikan hakikat bahawa sebelum kita menjadi sebuah negara yang merdeka, kita cuma sebuah tanah jajahan Inggeris yang dipecah-pecahkan. Sekiranya semua kaum tidak bersatu untuk ke­merdekaan, tentulah negara kita masih lagi menjadi tanah jajahan British sehingga hari ini. Setelah perjuangan kemerdekaan yang dipimpin oleh orang Melayu dan diikuti serta disokong oleh kaum lain dilancarkan, maka timbullah semangat untuk menghalau dan menamatkan penjajahan di negara ini dan dengan kemerdekaan itu dapatlah kita mengambil tempat dan hak kita sebagai sebuah negara yang berdaulat di tengah-tengah bangsa lain dalam dunia ini. Kita mestilah menyedari bahawa perubah­an yang seperti ini juga telah membawa negara lain di Afrika menjadi bangsa yang merdeka dan berdaulat.

Biarlah saya menegaskan sekali lagi bahawa negara ini.telah diakui oleh semua kaum lain yang duduk di sini sebagai sebuah negara yang asalnya negara Melayu, dan hakikat ini akan terus diakui melainkan orang Melayu sendiri mengambil keputusan untuk menunggang terbalikkannya dan menjadikannya sebagai sebuah neraka untuk kita semua.

Tidak siapa pun yang membangkang usaha-usaha kerajaan untuk menolong orang Melayu kerana semua orang yang siuman insaf bahawa dari zaman berzaman orang Melayu telah terbiar dalam negara mereka sendiri. Dasar kerajaan adalah untuk menggalakkan supaya mereka yang kurang berada dan anak-anak mereka supaya maju ke hadapan dan memberi mereka segala kemudahan untuk pembaikan masa hadapan.

Kita semua dapat saksikan dengan jelas sebagai matahari yang memancar bahawa dari saat kita mencapai kemerdekaan hinggalah hari ini, pelbagai perubahan telah berlaku dalam negara ini, terutama sekali mengenai kedudukan orang Melayu di tengah-tengah masyarakat bangsa kita.

Seorang pegawai dagang yang tua telah menyatakan kepada saya bahawa kemajuan yang dibuat oleh orang Melayu dalam masa 10 tahun kemerdekaan sangat menakjubkan. Saya menjawab kepadanya bahawa kiranya kita mendapat peluang dan dengan adanya keamanan yang berkekalan dalam negara ini dan dengan kemakmuran yang diperoleh daripada keamanan dan kemajuan itu, maka banyak lagi yang akan dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut. Kita memang berazam untuk mening­gikan kedudukan orang Melayu di dalam negara tumpah darah mereka.

Apabila Undang-undang Bahasa Kebangsaan diluluskan, maka puak pelampau dalam UMNO tidak bersetuju dengan beberapa fasal yang terkandung di dalamnya untuk memberi kuasa Yang di-Pertuan Agong membenarkan penggunaan bahasa Inggeris bagi maksud-maksud rasmi yang difikirkan mustahak.

Mereka juga tidak bersetuju diberi kuasa kepada kerajaan persekutuan atau mana-mana kerajaan negeri menggunakan sebarang terjemahan bagi surat-surat (dokumen) atau perutusan dalam mana-mana bahasa kaum lain untuk maksud-maksud yang difikirkan perlu bagi kepentingan awam.

Pelampau-pelampau itu mendakwa bahawa kita menggalakkan kaum lain menggunakan bahasa mereka sendiri. Mereka mahu supaya bahasa kebangsaan diamalkan dengan sepenuhnya dan dengan serta-merta tanpa memberi peluang kepada orang lain membiasakan diri mereka dengan bahasa itu secara beransur-ansur.

Mereka tidak sedar bahawa negara lain yang baru merdeka telah cuba semenjak beberapa tahun yang lepas untuk mengadakan satu bahasa kebangsaan tetapi tidak berjaya dan banyak lagi dari negara-negara ter­sebut yang masih menghadapi kesulitan untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka juga tidak sedar bahawa India yang mempunyai satu bahasa tetapi daripada pelbagai suku belum lagi dapat melaksanakan satu bahasa kebangsaan. Oleh itu, sikap tidak sabar yang ditunjukkan oleh pelampau itu tidaklah wajar.

Saya berpendapat penerimaan Undang-undang Bahasa Kebangsaan oleh semua pihak dalam negara ini merupakan satu kejayaan dan saya suka memberi masa kepada orang lain mengamalkan dengan sepenuhnya. Langkah memaksa orang lain menerima setiap perkara yang hendak dibuat merupakan satu polisi yang salah dalam sebuah negara yang mem­punyai penduduk berbilang kaum seperti yang terdapat di Malaysia ini.

Kelas-kelas bahasa kebangsaan diadakan di sekolah-sekolah dan kursus-kursus untuk bahasa itu telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Keadaan ini mendorong kita semua menaruh harapan bahawa tidak lama lagi bahasa tersebut akan diletakkan di tempat yang sepatutnya dalam Malaysia yang merdeka.

Kita boleh lihat sikap penuntut-penuntut di sekolah-sekolah Cina yang berpaling ke negara China untuk menumpahkan taat setia mereka. Mereka menetang bahasa kebangsaan sebagai satu perkara dasar, dan dengan sebab itu mereka mengutuk rakan kita MCA. Inilah satu daripada beberapa sebab kenapa MCA telah hilang sokongan orang Cina dalam pilihan raya. Oleh itu, jelas bahawa perlaksanaan penuh bahasa ke­bangsaan itu memerlukan masa.

Saya berdoa semoga keamanan dalam negara ini akan segera pulih dan dengan pulihnya keamanan, maka saya yakin bahawa orang di negara ini, terutamanya orang Melayu akan mendapat faedah-faedah yang lebih besar, menikmati kemajuan yang lebih tinggi serta taraf hidup yang lebih baik.

Saya menegaskan sekali lagi bahawa negara ini ialah sebuah negara Melayu, tetapi terpulanglah kepada orang Melayu sendiri memainkan peranan yang cergas dan berfaedah dalam setiap lapangan masyarakat negara ini untuk merebut peluang-peluang masa hadapan yang lebih cerah. Sambil itu mereka mestilah sentiasa ingat bahawa Perlembagaan sahaja yang dapat menjamin keselamatan dan kemajuan kita semua. Isi kandungan Perlembagaan dan pemakaiannya amat penting untuk kita sekalian.

Jika pelampau-pelampau Melayu mahu menunggang terbalikkan Perlembagaan, maka mereka akan membuta-tuli terjerumus ke jurang kemunduran dan terperangkap dalam keadaan kacau-bilau.


-------------------------------------------------

18. Pemerintahan Beraja atau Republik?

Janganlah kita silap memahami tujuan-tujuan puak "pelampau" ini. Mereka tidak puas hati dengan Malaysia yang kita kenali, Malaysia yang telah kita bina. Mereka mahu meruntuhkan seluruh binaan dan mem¬binanya semula kemudian kelak. Menurut apa yang saya dengar, mereka berazam untuk menghapuskan Pemerintahan Beraja dan menubuhkan sebuah republik.

Menurut "pelampau-pelampau" itu, perbelanjaan bagi jawatan-jawat¬an Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja adalah membazirkan wang dan dengan itu mereka mahu jawatan-jawatan sultan dalam semua negeri dihapuskan. Mereka mendakwa bahawa kebanyakan negara lain telah membuang pemerintahan beraja dan menyatakan bahawa wang yang dibelanjakan untuk menegakkan kebesaran dan kedaulatan raja-raja membazir semata-mata.

Saya suka mengingatkan bahawa negara-negara yang telah menegak¬kan pemerintahan republik bagi menggantikan pemerintahan beraja, wang yang telah diselamatkan itu telah diboroskan dengan cara lain. Sesungguhnya banyak negara yang telah melakukan perubahan terhadap sistem pemerintahannya dan kemudian mendapati diri mereka menghadapi kekurangan wang, sekalipun mereka tidak perlu lagi mem¬buat peruntukan bagi perbelanjaan diraja.

Sebenarnya negara-negara itu juga tidak boleh menyelamatkan wang negara, sekalipun mereka tidak perlu lagi mengadakan peruntukan diraja kerana jika negara itu tidak ada raja dan bercorak republik, is mesti mempunyai seorang presiden, dan taraf serta kedudukan presiden itu dipelihara sama seperti raja itu juga.

Pada zaman pemerintahan penjajah dahulu, negara-negara itu dapat menyimpan wang daripada hasil mahsulnya sekalipun mereka perlu mengadakan peruntukan bagi raja-raja dan memberi sumbangan kepada khazanah kerajaan penjajah yang memerintah mereka. Sekarang, mereka menjadi miskin sekalipun mereka tidak ada raja-raja dan penjajah¬penjajah. Ke manakah segala kekayaan itu ghaib?

Lihat sahaja di sekeliling dunia dan tanya diri tuan-tuan kenapa negara-negara yang mempunyai raja-raja berperlembagaan pada umum¬nya kaya dan makmur. Kita boleh misalkan sebuah negara itu sebagai rumah bagi penduduk-penduduknya, sama seperti sebuah rumah itu sebagai tempat duduk bagi seseorang. Jika orang itu berbangga dengan tempat kediamannya, maka sudah tentulah dia akan mencurahkan wangnya untuk menghiaskan rumah itu supaya dia dapat menikmati keselesaan dan kecantikan rumah yang dibinanya.

Begitulah juga rakyat sesebuah negara boleh berbangga bukan sahaja dengan cara negaranya itu ditadbirkan, bahkan juga dengan cara bagai¬mana negaranya dapat mempertahankan serta memelihara adat resam, kebudayaan, dan adat istiadat. Mereka berbangga dengan cara peme¬rintahan beraja yang mereka pusakai kerana raja menjadi simbol ke¬banggaan mereka.

Di Eropah, negara-negara British, tiga buah negara dalam gabungan Scandinavia, Belanda, Belgium dan Greece semuanya mempunyai pemerintahan beraja. Di Timur Tengah dan Afrika pula, negara-negara Arab Saudi, Iran, Jordan, Morocco, dan Habsyah ialah negara-negara beraja. Manakala Cambodia mempunyai pemerintahan beraja cara mereka sendiri.

Dalam kebanyakan negara tersebut, mereka mempusakai cara-cara pemerintahan seperti ini beribu-ribu tahun dahulu. Raja dan takhta kekal seperti dahulu, tetapi satu perubahan yang penting telah dilakukan. Ma¬haraja-maharaja atau raja-raja tidak lagi mempunyai kuasa mutlak; mereka telah menjadi simbol adat dan kebesaran sebuah negara.

Di Malaysia, orang Melayu sentiasa taat kepada pemerintahan be-raja dalam sepanjang sejarah, kerana kita sentiasa mengakui sultan sebagai ketua negeri-negeri. Orang Melayu yang tidak pernah mendapat kesempatan mempunyai sebuah negara telah hidup dalam semenanjung yang terbahagi kepada beberapa buah negeri, tetapi negeri-negeri ini mengamalkan satu corak pemerintahan yang serupa iaitu kesemuanya mempunyai raja-raja.

Keadaan telah berubah dalam zaman moden ini. Malaysia sekarang telah menjadi satu negara berupa persekutuan negeri-negeri. Dalam sesebuah persekutuan sebagai mana yang terdapat di Amerika Syarikat atau Kanada misalnya, sesebuah negeri itu mempunyai seorang gabenor kerana setiap negeri mempunyai perlembagaannya sendiri, berlainan daripada Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana Perlembagaan yang berkehendakkan supaya ada seorang ketua negeri yang nama dan tandatangannya menjadi menteri kekuasaan yang mutlak bagi undang¬undang dan kerajaan.

Apa yang telah kita lakukan di Malaysia ialah mencantumkan sistem yang lama dan Baru. Daripada 13 buah negeri yang ada dalam perseku¬tuan, sembilan mempunyai raja dan empat mempunyai gabenor sekalipun gelarannya berlainan antara satu sama lain. Teratas sekali terdapat Yang di-Pertuan Agong iaitu seorang raja yang dipilih. Bagindalah yang men¬jadi raja berperlembagaan bagi persekutuan seluruhnya dan menjadi simbol kebangsaan dan perpaduan. Dengan mempunyai seorang raja yang dipilih bererti Malaysia mengamalkan satu sistem yang tersendiri yang belum pernah dijalankan oleh negara lain di dunia ini.

Mereka yang dipanggil "pelampau-pelampau" (ultras) itu kesemua¬nya terdiri daripada orang Melayu, iaitu satu kaum yang sentiasa mem¬punyai adat resam beraja. Kehormatan yang diberikan oleh orang Melayu kepada raja-raja mereka telah menjadi sebahagian daripada cara hidup mereka. Oleh yang demikian, sukar untuk difahami kenapa "pelampau¬pelampau" ini mahu menghapuskan adat yang mereka pusakai dan telah menjadi darah daging orang Melayu, kiranya "pelampau-pelampau" itu sebenarnya berbangga sebagai orang Melayu atau separuh Melayu.
Kebanyakan daripada "pelampau-pelampau" ini telah menuntut di England dan sesetengahnya berkahwin dengan wanita-wanita Eropah. Saya tidak dapat memahami kenapa orang yang telah mendapat ilmu pengetahuan di England tidak membuka mata mereka semasa berada di sana untuk memerhatikan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Semasa saya tinggal di England selama 12 tahun, saya sangat tertarik hati dengan cara orang Inggeris menumpahkan taat setia mereka kepada takhta dan raja-raja serta ratu-ratu mereka. Sebenarnya orang Inggeris sentiasa memberontak cara hidup mereka menurut zaman pemerintahan raja-raja mereka. Misalnya mereka merujuk kepada mana-mana generasi lepas dengan menyebut zaman pemerintahan seseorang raja, seperti zaman pemerintahan Victoria atau zaman pemerintahan Edward. Ke¬percayaan dan taat setia mereka kepada takhta tertanam begitu teguh dalam hati orang Inggeris sehingga mereka rela memberi nyawa mereka atas nama raja dan ratu mereka pada bila-bila masa pun.

Sebagaimana yang diketahui oleh seluruh dunia dan sebagaimana yang tercatat dalam sejarah, orang Inggeris ialah satu bangsa yang ter¬pelajar; tetapi mereka juga tahu apa yang baik untuk masyarakat mereka. Oleh itu, pemerintahan beraja tidak pemah luput daripada sejarah mereka. Pada zaman ini, mereka tidak lagi menyifatkan raja sebagai pelindung seperti pada zaman silam ataupun mencari perlindungan untuk kese¬lamatan di bawah naungan raja itu. Mereka cuma menerima raja sebagai simbol kemegahan pada masa lampau, simbol kebanggaan kepada pemerintahan beraja yang telah mereka pusakai, dan bagi memenuhi kehendak perlembagaan untuk mempunyai seorang ketua negara. Bagi orang Inggeris, ketua negara itu mestilah raja.

Tidakkah "pelampau-pelampau" yang berdarah muda ini dan yang menggelarkan diri mereka "bijak pandai" dapat melihat semua kejadian ini semasa mereka berada di sana? Saya bertanya apakah yang akan mereka buat bagi menggantikan raja-raja supaya orang Melayu sentiasa merasai diri mereka terjamin dan ada perlindungan serta juga mempunyai kebanggaan sebagai satu kaum yang mempunyai keperibadiannya sendiri di atas muka bumi ini? Mereka menjawab bahawa mereka akan memikir¬kan hal itu apabila sampai masanya. Saya tidak dapat memahami apakah tujuan jawapan mereka itu.

Memang benar bahawa politik yang dijalankan atas dasar demokrasi tidak dapat menjamin seseorang ahli politik itu terpilih lagi dalam pilihan raya yang akan datang, ataupun parti itu juga yang akan dipilih memegang kuasa. Ahli-ahli politik dan juga parti-parti politik naik dan turun, tetapi raja-raja tetap di atas takhta masing-masing.

Raja-raja dapat menimbulkan rasa kepercayaan di sisi semua orang dan dapat mengadakan pemerintahan yang turun-temurun dalam sejarah sesebuah negara. Bagi orang Melayu, raja-raja dapat menimbulkan rasa keperibadian orang Melayu. Sesungguhnya perasaan keperibadian orang Melayu yang bertali dengan raja-raja mereka menjadi sebab-sebab kenapa parti-parti pembangkang bukan Melayu telah bertubi-tubi me¬lancarkan kempen pilihan raya menentang hak-hak orang Melayu. Ada¬kah "pelampau-pelampau" ini mahu memainkan politik yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh pembangkang bukan Melayu itu?

Mengenai wang yang dibelanjakan untuk memelihara kedudukan sultan, saya sendiri berpendapat bahawa wang itu telah dibelanjakan dengan mendatangkan faedah kepada negara pada hari ini dan kita menjadi salah sebuah negara yang termakmur di Asia. Raja-raja telah memainkan peranan dengan cergas menurut asas-asas Perlembagaan. Baginda sentiasa memberi semangat dan sokongan kepada rancangan¬rancangan dan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan. Pelbagai rancangan yang telah dijalankan sejak merdeka dapat membuktikan dakwaan saya bahawa kita tidak membazirkan wang negara. Terdapat perkara-perkara mengenai kenegaraan yang tidak dapat dibeli dengan wang.

Sebagai ketua negara, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong menjadi simbol negara. Baginda bertanggungjawab memanggil, me¬nangguh, dan membubarkan Parlimen serta pada lazimnya melakukan upacara pembukaan penggal baru bagi Persidangan Parlimen dengan memberi titah ucapan yang mengandungi dasar yang akan dilaksanakan kerajaan. Bagindalah yang menjadi puncak kehormatan negara dan tunggak keadilan. Baginda bertindak dengan nasihat perdana menteri dan nasihat itu tidak dapat diketepikannya menurut Perlembagaan. Sungguhpun begitu, persetujuan baginda mestilah diperoleh terlebih dahulu untuk melantik perdana menteri, menubuhkan Kabinet, ataupun sebelum seseorang menteri itu dapat memegang jawatannya. Ringkas¬nya, Yang di-Pertuan Agong menjadi punca yang menyatupadukan masyarakat berbilang kaum yang ada di negara ini.

Penduduk-penduduk Malaysia telah mempersetujui sebuah Per¬lembagaan dan dalam Perkara 71 Perlembagaan itu ada tertulis "Per¬sekutuan hendaklah menjamin hak raja tiap-tiap negeri menaiki takhta kerajaan negeri itu dan haknya memegang, memakai, dan menjalankan hak serta kelebihannya sebagai raja negerinya menurut Perlembagaan negara itu, tetapi pertelingkahan berkenaan dengan hak menaiki takhta kerajaan sesuatu negara itu hendaklah diputuskan semata-mata oleh pihak yang tertentu dan dengan cara yang ditentukan oleh Perlembagaan negara itu."

Perlembagaan mengatasi segala-galanya dan mestilah dipatuhi oleh semua orang, dari Yang di-Pertuan Agong hinggalah kepada rakyat jelata. Jika sebarang pindaan yang hendak dilakukan dalam Perlembagaan, maka pindaan itu cuma boleh dibuat atas syarat-syarat mengenai dengan pentadbiran sehari-hari. Satu bencana yang besar akan menimpa negara ini sekiranya dilakukan satu percubaan untuk membuat pindaan yang besar dalam perlembagaan ini.
Oleh yang demikian, Perlembagaan yang diletakkan di bawah per¬lindungan Yang di-Pertuan Agong itu menjadi satu jaminan yang kekal bagi meneruskan pentadbiran yang teguh.

"Pelampau-pelampau" yang terdiri daripada orang muda ini tidak menghiraukan tentang keteguhan yang telah dinikmati oleh Malaysia sejak merdeka. Mereka seolah-olah tidak memahami apa ertinya kete¬guhan dan bagaimana pentingnya keteguhan itu untuk kemajuan dan pembangunan orang Melayu mendapat faedah daripadanya. Mereka menuntut supaya diadakan perubahan dengan tidak menghiraukan sebarang akibat yang akan timbul.

Tidak ada salahnya untuk mengadakan perubahan dengan syarat perubahan itu akan menghasilkan keadaan yang lebih baik kepada kita semua. Akan tetapi jika perubahan itu dibuat semata-mata kerana sesuatu muslihat dan untuk kepentingan sesuatu pihak sahaja, maka tidaklah is mendatangkan faedah kepada bangsa dan negara. Perubahan-perubahan yang seumpama itu tentu akan merosakkan corak penghidupan kita. Jika "pelampau-pelampau" itu berkeras mahu mengadakan perubahan¬perubahan yang besar, maka mereka mestilah sanggup memikul tang¬gungjawab atas bencana yang akan menimpa negara ini.

Tujuan besar "pelampau-pelampau" ini adalah untuk menyingkirkan raja-raja dan ini merupakan satu usaha yang berbahaya. Sebenarnya, tindakan mereka tidak akan menimbulkan sebarang faedah, bahkan akan merugikan orang Melayu iaitu bangsa mereka sendiri. Saya tidak mem¬pertahankan kedudukan raja-raja itu berdasarkan kepada muslihat diri saya sendiri. Tujuan saya untuk mempertahankan perlembagaan dan kesemua syarat yang terkandung di dalamnya, kerana saya yakin bahawa Perlembagaan yang telah dipersetujui oleh semua pihak itu telah dapat memberi kebaikan kepada negara ini dan akan dapat menjamin keamanan dan keharmonian antara semua penduduk, tidak kira apa asal keturunan mereka.

Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sangat risau dengan krisis yang telah timbul daripada peristiwa 13 Mei itu. Tuan-tuan tentu masih ingat bagaimana masyghul¬nya Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong tatkala melafazkan titah ucapan Baginda kepada negara menerusi televisyen pada hari keputeraan rasmi baginda pada 4 Jun. Oleh sebab Darurat, hari ke¬puteraan itu tidak dirayakan dengan pelbagai istiadat sebagaimana yang lazimnya dilakukan pada setiap tahun.

Duli Yang Maha Mulia telah bertitah bahawa pada masa kita berjuang untuk mencapai kemerdekaan, satu persetujuan telah dicapai antara raja-raja dan semua kaum bahawa kita mestilah bekerja bersama-sama untuk menjadikan negara dan bangsa yang bare ini sebagai tempat kediaman yang kekal bagi kita semua. Baginda meneruskan titah baginda dengan mengatakan bahawa inilah negara yang kita semua telah hidup dengan berbaik-baik sejak beratus-ratus tahun. Inilah juga negara yang telah menjadi kebanggaan kita tanpa mengira kaum sejak kita mencapai kemerdekaan.

Baginda juga telah bertitah bahawa kekacauan itu merupakan satu peristiwa yang sangat menyedihkan. Baginda menegaskan bahawa segala usaha telah dilaksanakan bagi membina perpaduan kaum dalam negara kita yang berbilang kaum ini, tetapi dengan tidak semena-mena peristiwa yang malang ini telah timbul sehingga memecahkan perpaduan dan merosakkan nama baik kita. Baginda bertitah bahawa kejadian ini telah menjadi satu perkara yang sangat menyedihkan dan tidak ada sebarang sebab kenapa kejadian itu patut berlaku.

Duli Yang Maha Mulia telah menarik perhatian bahawa sebelum kita menuntut kemerdekaan dahulu – pada ketika itu negara ini telah pun mem-punyai penduduk-penduduk daripada berbilang kaum, tetapi kerana kita semua sedar bahawa kemerdekaan akan dapat mendatangkan faedah yang besar, kita telah sanggup menerima segala syarat yang perlu untuk menebus kembali kebebasan sebagai satu bangsa yang merdeka.
Suka menyebutkan di sini, titah Duli Yang Maha Mulia yang telah menyedarkan akan kewajipan kita semua sebagai rakyat. Beliau bertitah:

"Dalam satu masyarakat yang berbilang kaum seperti di negara kita ini, kita semua mestilah cuba hidup berbaik-baik antara satu sama lain, saling mengerti dan hormat-menghormati atas hak-hak, agama dan adat resam kaum yang ada di negeri ini. Masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara kita ini bukanlah satu masyarakat yang kita sendiri telah timbulkan; tetapi satu masyarakat yang telah sedia ada di negara ini dan dengan sebab itu terpaksalah kita menuntut kemerdekaan dahulu, dan kita semua telah membuat pengakuan untuk memelihara keadaan ini. Dalam masa 12 tahun yang lepas, kita telah menunjukkan bahawa kita telah dapat hidup dengan sempurna dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum dan kita telah membawa kemakmuran kepada negara kita ini. Tiap-tiap orang yang duduk di negara ini telah mendapat baha¬giannya masing-masing."

Saya nasihatkan "pelampau-pelampau" ini supaya jangan meng¬hambat bayang-bayang. Marilah kita semua berasa puas hati dengan apa yang kita telah capai sehingga hari ini kerana seluruh dunia memandang tinggi dan memuji atas apa yang telah dicapai. Marilah kita bersyukur dengan segala rahmat Tuhan.


-------------------------------------------------

19. Khidmat Bakti dan Pengorbanan

Semua ahli UMNO tentulah sedar bahawa parti itu memberi kebebasan kepada mereka dengan secara yang amat luas untuk melahirkan pandangan dan perasaan di dalam parti. Ini sudah menjadi satu amalan di dalam parti. Teguran-teguran diterima dan disambut dengan baik, terutama sekali jika pandangan itu membina. Sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas ahli-ahli UMNO merupakan sekatan-sekatan yang biasa bagi ahli sesebuah parti; mereka mesti patuh kepada keputusan ramai dan mengikatkan diri dengan disiplin-disiplin parti.

Akan tetapi, Dr. Mahathir tidak patuh kepada sekatan-sekatan itu. Setelah beliau menulis sepucuk surat kepada saya yang isi kandungannya penuh dengan fitnah-fitnah, dan mengutuk saya atas kejadian-kejadian buruk yang telah berlaku dengan menuduh saya bertanggungjawab atas kejadian-kejadian itu, maka salinan-salinan surat itu telah disebarkan beribu-ribu naskhah supaya bukan sahaja ahli-ahli parti bangkit menen­tang saya, bahkan membuka peluang kepada orang lain juga.

Adakah tulisannya itu mendatangkan kebaikan kepada UMNO? Sudah tentulah surat itu bertujuan untuk memecah-belahkan seluruh UMNO dan juga Perikatan dengan cara memburukkan pemimpin­pemimpinnya. Beliau telah menunjukkan bahawa beliau menentang pimpinan UMNO pada keseluruhannya dan bukan kepada pimpinan saya sahaja.

Apakah tujuan beliau selain itu? Beliau telah menulis surat itu dengan hati yang penuh perasaan benci dan dendam, serta meletakkan di atas kepala saya tanggungjawab berlakunya peristiwa 13 Mei. Dengan memberi salinan surat kepada orang lain, beliau berharap bahawa tulisannya itu akan menjahanamkan segala perkhidmatan saya seumur hidup untuk bangsa dan negara saya.

Pengorbanan yang telah saya buat untuk parti, perkhidmatan-per­khidmatan yang telah saya berikan kepada negara telah diketahui oleh semua orang. Tidak susah hendak menimbulkan sesuatu kerosakan, tetapi sangatlah susah untuk membetulkannya semula. Perbuatan itu bolehlah diibaratkan sebagai membakar sebuah rumah kayu, iaitu satu perbuatan yang senang dilakukan, tetapi untuk memadamkan api itu sangatlah susah.

Tidak perlu saya mengkaji seluruh perkara yang mendukacitakan itu, tetapi saya suka mengingatkan beliau bahawa saya tidak sekali-kali mudah dihalau sebagai seekor anjing kurap. Saya akan membersihkan nama baik saya secara terbuka supaya orang yang cuba hendak dike­lirukan oleh Dr. Mahathir itu dapat mengetahui perkara yang sebenar.

Jika saya didapati bersalah kerana mencari kekayaan untuk diri sendiri semasa saya memegang jawatan perdana menteri, ataupun kerana me­lakukan perkara yang tidak amanah atau telah melakukan perbuatan­perbuatan jenayah ataupun didapati bersalah kerana lalai menjalankan kewajipan-kewajipan saya, maka dapatlah saya faham sebab-sebab kenapa timbulnya kemarahan terhadap saya. Walhal, sebaliknya saya sentiasa menaruh kesedaran yang sepenuhnya atas kewajipan-kewajipan dan tanggungjawab-tanggungjawab saya. Negara mempunyai kerajaan yang baik, menikmati kedudukan ekonomi yang teguh dan makmur yang tidak dapat diatasi oleh mana-mana negara lain di dunia sebelah sini.

Tuduhan yang mengatakan bahawa kejadian yang berlaku setahun dahulu menyebabkan tercetusnya kekacauan pada 13 Mei itu merupakan satu perbuatan yang tidak berasas dan jahat. Tuduhan yang lebih buruk ialah yang mengatakan sayalah yang bertanggungjawab atas kehilang­an jiwa manusia oleh sebab kekacauan itu.

Dr. Mahathir sedar bahawa dalam sepanjang hidup, saya sentiasa berkorban untuk keamanan kerana sudah cukup saya melihat kekejaman-kekejaman yang telah dilakukan semasa Perang Dunia Kedua dan juga penderitaan yang telah ditanggung oleh rakyat negara ini disebabkan oleh kekejaman-kekejaman itu.

Sebagai seorang yang duduk di negeri Kedah, beliau tahu bahawa sebelum British keluar dan sebelum pemerintahan tentera Jepun meng­ambil alih kuasa, sayalah yang telah berusaha untuk menyelamatkan nyawa penduduk-penduduk di bawah jagaan saya di Kedah selatan. Saya telah bekerja siang dan malam dengan menghadapi pelbagai rupa ancam­an dalam waktu yang penuh bahaya itu untuk menyelamatkan nyawa manusia.

Beliau juga tahu bahawa sebelum Jepun menyerah diri, Alor Setar telah diancam oleh pasukan-pasukan komunis, dan ketika itu sayalah yang telah berusaha untuk mengumpulkan orang Melayu bagi memper­tahankan bandar itu, bandar tempat kediaman saya dan beliau. Saya telah menghantar Dato' Aziz bin Mohd. Zain, Syed Agil bin Syed Hassan Barakbah dan kedua-duanya sekarang ini menjadi hakim, serta Encik Senu bin Abdul Rahman ke Balai Polis Alor Janggus untuk melepaskan mata-mata yang telah dipenjarakan di dalam lock-up oleh pasukan komunis "Bintang Tiga". Begitulah juga untuk melepaskan ketua kam­pung yang bernama Haji Yusof yang ada di dalam lock-up itu.

Semasa Encik Mohd. Khir Johari dan beberapa orang lagi menolong menjaga Balai Besar Polis Alor Setar, saya sendiri telah menembusi garisan pertahanan komunis untuk membuat perhubungan dengan Pasukan 136. Dua orang anak saudara saya, Tunku Osman yang sekarang ini menjadi Jeneral dan Tunku Yusuf menjadi anggota pasukan yang ketika itu berada di hutan Padang Trap.

Dr. Mahathir juga tahu usaha-usaha yang telah saya jalankan untuk mengambil kira-kira 200 orang bagi memasuki Pasukan 136 itu, dan bagaimana orang ini akhirnya telah masuk ke bandar Alor Setar dengan membawa kemenangan di bawah pemerintahan Kolonel Hasler apabila Jepun menyerah diri. Mungkin beliau tidak tahu bahawa wang yang telah saya belanjakan untuk mengadakan alat pengangkutan dan perbelanjaan­perbelanjaan lain bagi Pasukan 136 itu tidak dibayar balik kepada saya sehingga hari ini.

Setelah mengetahui semua hal yang saya ceritakan di atas ini, bagaimanakah sampai hatinya menuduh saya bertanggungjawab atas kehilangan jiwa manusia pada 13 Mei itu. Tuhan sahajalah yang amat mengetahui penderitaan saya di atas apa yang telah berlaku pada hari yang menyedihkan itu.

Jika orang negara ini sanggup mempercayai beliau dan apa yang telah ditulis di atas sekeping kertas dengan tidak mengenangkan segala kebaktian yang telah saya lakukan seumur hidup saya, maka biarlah mereka mencari seorang pemimpin yang lain, tetapi janganlah dipe­ngapakan pemimpin yang bare itu sebagaimana yang telah dilakukan ke atas diri saya.

Selain melemparkan tuduhan-tuduhan yang berat ini, Dr. Mahathir telah menyatakan dalam suratnya itu bahawa saya telah sibuk bermain poker dalam waktu berkurung dan tidak menjalankan kewajipan­kewajipan saya dalam masa krisis, ternyatalah ini satu percubaan untuk menjatuhkan maruah saya di sisi orang Melayu. Perbuatannya menuduh saya di dalam suratnya yang kejam, bahawa saya cuai semasa men­jalankan kewajipan semasa kekacauan itu merupakan satu tuduhan yang sehabis-habis dusta.

Mereka yang telah melihat saya dalam televisyen pada tiga malam yang paling buruk semasa krisis itu berlaku iaitu dari 13 hingga 15 Mei dan sekali lagi pada 16 Mei, tentulah dapat menimbangkan bahawa segala tuduhan-tuduhan itu tidaklah benar. Dr. Mahathir sendiri juga tentu sedar. Jadi, kenapakah beliau sanggup membuat tuduhan-tuduhan yang begitu liar?

Dalam suratnya yang penuh dengan fitnah-fitnah itu juga, Dr. Mahathir menyebutkan bahawa anggota pasukan keselamatan, anggota pasukan polis dan kakitangan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan benci terhadap diri saya. Ini menunjukkan sejauh manakah dia sanggup menjalankan satu kempen yang penuh dengan perkara-perkara yang boleh menimbulkan benci dan curiga terhadap diri saya. Saya telah ditanya, jika Dr. Mahathir menang dalam pilihan raya, mungkinkah dia juga mengkritik saya, seperti yang terkandung dalam suratnya yang tersebar itu?

Ini satu soalan yang susah untuk saya jawab kerana saya tahu sejak dahulu bahawa dia bersama-sama dalam kumpulan yang sebelah lagi di dalam UMNO, iaitu puak yang menggelarkan diri mereka "pelampau­pelampau" atau "bijak pandai".

Namun, saya yakin bahawa sekiranya Dr. Mahathir menumpukan masa yang lebih pada kerja-kerja parti dan tidak menghabiskan masanya dalam perniagaan membuat rumah di Kedah bersama-sama syarikat yang bernama Federal Construction Company—sebuah syarikat yang dipunyai oleh orang Cina dan dalam perniagaan-perniagaan yang lain, maka ke­mungkinannya untuk menang dalam pilihan raya itu adalah lebih besar.

Menurut maklumat yang diterima, beliaulah yang telah mengambil peranan penting untuk menolong mendapatkan kelulusan kerajaan supaya tidak kurang daripada 238 lot tanah simpanan Melayu dikeluarkan daripada simpanan bagi maksud projek perumahan yang tersebut.

Mengenai suratnya itu, saya telah melaporkan kepada pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Dr. Mahathir, kerana saya merasa yakin bahawa sekiranya saya tidak berbuat begitu, maka orang akan memikirkan bahawa apa yang beliau katakan terhadap diri saya itu memang benar. Pada mulanya saya bercadang untuk mendakwa Dr. Mahathir di bawah Undang-undang Jenayah kerana menuntut malu, dan tidak mengambil tindakan ke atasnya di bawah Undang-undang Darurat atau Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri yang memang boleh dilakukan, bahkan inilah nasihat yang telah saya terima. Namun saya lebih suka mengambil tindakan ke atasnya menurut undang-undang biasa negara supaya saya tidak dituduh mengambil tindakan dengan sewenang-wenangnya.

Pada mulanya inilah tindakan yang akan saya ambil, tetapi selepas saya menimbangnya dengan lebih lanjut, saya rasa dia tidak layak men­dapat perhatian yang begitu penting. Dengan menghuraikan segala pendapat-pendapat saya dalam buku ini, saya rasa tujuan saya itu akan lebih berkesan.

Saya tidak mendapat penghormatan yang sebegitu tinggi dalam negara dan juga di luar negara. Ini merupakan satu hadiah yang negara ini telah berikan kepada saya dan saya amat menghargai penghormatan ini. Dengan hal-hal yang demikian, saya tidak sekali-kali akan menamatkan perkhidmatan saya kepada negara semata-mata dengan adanya fitnah mengenai kelakuan saya. Saya mesti terlebih dahulu membersihkan nama baik saya untuk mengembalikan ketenangan hati saya


-------------------------------------------------

20. Falsafah Hidup

Mengenai Surat Dr. Mahathir yang menyebut saya bermain poker adalah satu taktik yang biasa diamalkan oleh pihak-pihak "pelampau" kerana memanglah menjadi amalan mereka sentiasa bercakap-cakap dan berbisik-bisik antara satu sama lain dan mengungkit-ungkit cara ke­hidupan saya. Mereka mengutuk saya kerana bermain poker, hadir dalam perlumbaan-perlumbaan kuda, dan memberi perhatian yang besar kepada sukan.

Kehidupan peribadi seseorang merupakan hak dirinya sendiri dengan syarat dia tidak melanggar hak-hak orang lain. Saya mengakui bahawa sangat suka kepada kehidupan dan keseronokan dalam masa hidup ini, tetapi saya tidak pernah lari daripada menjalankan kewajipan, semata­mata untuk bersuka ria. Saya percaya tidak ada orang yang berfikiran waras yang mahu menyekat mana-mana orang daripada mendapat sedikit rehat yang diperlukan. Tentulah seseorang yang telah bekerja pada setiap hari dalam seminggu dan pada setiap bulan dalam setahun berhak mendapat sedikit rehat dan ketenangan.

Memanglah berbahaya bermain kuda dengan secara besar-besaran, tetapi jika disifatkan permainan itu sebagai sukan, sebagaimana yang saya lakukan, maka is boleh menjadi satu permainan yang menghiburkan. Tidaklah timbul sebarang bahaya jika kita bertaruh wang dengan secara kecil ke atas seekor kuda untuk mendapat keseronokan melihat kuda itu menang. Tidak ada siapa pun menjadi kaya dengan berjudi, sebaliknya pula janganlah dengan berjudi seorang itu menjadi papa. Kiranya is boleh mendapatkan hiburan daripada permainan itu dan mendapat keuntungan sedikit, maka tentulah permainan itu boleh mendatangkan kebaikan kepadanya.

Inilah falsafah hidup saya. Sekali-sekala saya bersuka ria dengan permainan poker bersama-sama dengan kawan-kawan saya. Mereka ialah sahabat-sahabat dan kawan-kawan saya serta persahabatan kami ini tidaklah pernah disalahgunakan oleh salah seorang daripada mereka itu. Pada saya, persahabatan tidaklah terbatas kepada warna kulit atau kaum. Saya menghargai kesetiaan kawan-kawan saya dan sebagaimana yang telah terbukti semasa ketegangan dan kegentingan, mereka merupakan orang yang dapat membantu dan melipurkan hati saya.

Saya menyifatkan poker sebagai satu permainan yang menghiburkan pada masa lapang, dan sebagaimana permainan kuda, dalam permainan poker ini kami bermain dengan secara yang kecil.

Berbalik semula dengan permainan kuda tadi, kuda-kuda yang saya miliki itu atas namanya sahaja, melainkan dua ekor yang telah dihadiah­kan kepada saya pada hari lahir saya. Salah seekor daripadanya tidak lagi dapat digunakan untuk perlumbaan. Selain daripada menyukakan hati saya untuk melihat kuda-kuda itu berlari, perhatian yang saya beri kepada perlumbaan kuda ini semata-mata untuk tujuan mendapatkan hasil daripada perlumbaan kuda sebagai satu perusahaan yang dapat memberi sumbangan yang sangat besar kepada khazanah negara, dan dengan wang itu pula dapat dibelanjakan untuk pelbagai projek pembangunan.

Saya juga sangat gemar kepada sukan-sukan lain. Saya telah menjadi Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Malaysia selama 20 tahun iaitu dari sejak saya menjadi Timbalan Pendakwa Raya dalam tahun 1949. Saya telah menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Merdeka yang di­adakan pada setiap tahun dan telah menyelenggarakan permainan bola sepak seluruh Asia sehingga tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Asia dalam tahun 1957, di mana saya telah dipilih menjadi Yang Dipertua sehinggalah ke hari ini. Saya juga telah menganjurkan pertandingan tahunan Bola Sepak Belia Asia yang sangat popular.

Selain itu, saya juga cenderung dalam permainan golf sekalipun saya sendiri seorang pemain yang sangat mundur. Sungguhpun begitu, permainan golf ini merupakan satu riadah (exercise) untuk menjaga ke­sihatan diri saya. Saya fikir tidaklah menjadi keterlaluan jika saya katakan bahawa sumbangan-sumbangan saya dalam dunia golf, terutama sekali dengan melancarkan pertandingan tahunan bagi Piala Putra di Kuala Lumpur, telah membawa lahirnya di seluruh Asia satu pertandingan yang disebut "The Golf Circuit" (Pertandingan Pusingan Golf).

Saya mencampuri dengan cergas, boleh dikatakan dalam semua per­mainan sukan yang dimainkan di Asia hari ini. Saya gemar berjalan kaki, bermain perahu, memancing ikan, memandu kereta, dan semasa saya berada di London saya menyaksikan perlumbaan anjing. Saya melihat permainan tenis, kriket, badminton, hold, bahkan segala jenis sukan.

Satu sahaja kekecewaan yang saya alami dalam dunia sukan iaitu semasa saya menjadi Yang Dipertua Kelab Penerbangan Selangor selama setahun kerana itu tentulah saya berhajat hendak mengambil latihan memandu kapal terbang. Akan tetapi tujuan saya ini tidak berhasil kerana semua keluarga dan sahabat-sahabat saya bersatu menghalang saya dari­pada mengambil latihan itu. Jadi tidaklah dapat saya merasai keseronokan menjadi pemandu kapal terbang.

Sungguhpun saya sebenarnya seorang pencinta sukan dan sekali­pun saya telah terlampau tua sekarang ini untuk mengambil bahagian, tetapi saya belum begitu tua untuk membantu menggalakkan permainan sukan dalam kalangan pemuda-pemudi. Belia-belia yang mengambil bahagian dalam permainan-permainan ini dapat menikmati kesihatan yang baik dan peluang untuk melatih perangai mereka. Ia juga dapat menimbulkan perasaan persahabatan sesama manusia dan kesemua latihan ini dapat membantu mereka menjadi warganegara yang baik yang kita perlukan. Oleh itu, selagi nyawa ada di badan, maka selama itulah saya akan memberi pandangan yang berat terhadap sukan dan menerus­kan Cara penghidupan saya yang berbahagia itu.

Saya mengaku, saya seorang yang suka bersenang-lenang. Saya suka kepada kehidupan yang riang dan saya mahu melihat negara saya aman dan penduduknya bahagia. Jika tidak, apa ertinya hidup? Kehidupan manusia di atas muka bumi ini bukanlah begitu panjang untuk mereka menjahanam atau merosakkannya, ataupun mendatangkan sebarang bahaya kepadanya, sama ada ke atas tubuh badan atau akal filch-an.

Jadi saya tidak mahu hidup seperti seorang yang membelakangkan keduniaan kerana kehidupan yang seperti itu tidaklah sesuai dengan diri saya. Sebaliknya saya seorang Islam yang beriman kepada Allah SWT dan sangat menyedari tanggungjawab saya kepada agama—saya tidak pernah meninggalkan sembahyang setiap hari. Dengan keimanan saya kepada Allah SWT dan perasaan kasih sayang saya terhadap sesama manusia serta selagi hayat dikandung badan, maka selama itulah saya akan hidup dengan riang dan gembira. Jika orang lain juga berbuat begitu, maka dunia ini akan menjadi satu tempat yang lebih bahagia untuk kita semua hidup di dalamnya.

Orang mungkin memikirkan bahawa kehidupan seseorang perdana menteri itu satu kehidupan yang senang. Oleh itu, saya rasa munasabah kiranya saya perturunkan di bawah ini petikan daripada ucapan saya di Guildhall dalam satu jamuan makan malam yang telah diberi oleh Datuk Bandar London kepada Perdana-perdana Menteri Komanwel pada 13 Januari 1969 yang berbunyi:

"Tidak ada perdana-perdana menteri yang terus kekal seperti Gong dan Magog (dua buah patung yang menjadi lambang keteguhan dan ketenteraman bagi Buildhall) yang kekal selama-lamanya dalam dewan ini. Perdana-perdana menteri adalah tokoh pergi dan datang, cuma cara datang dan pergi itu sahaja yang berbeza-beza. Ada yang pergi dengan cara yang cepat, ada yang pergi dengan cara yang susah, dan ada yang pergi dengan cara yang biasa."

"Tidaklah syak lagi bahawa mana-mana orang lelaki atau perempuan yang dipilih oleh rakyat untuk menjadi perdana menteri ialah orang yang mendapat sanjungan yang tingginya daripada penduduk-penduduk negeri itu. Sungguhpun begitu, penghormatan dan kemudahan yang diperoleh seseorang perdana menteri tidaklah berpadanan dengan tanggungjawab yang dipikul olehnya semasa memegang jawatan yang tinggi itu. Tempoh jawatannya sentiasa bergantung kepada kehendak rakyat, dan kadang­kala menurut kesukaan dan angan-angan rakyat."

"Oleh yang demikian, kehidupan seseorang perdana menteri itu bukanlah senang, bahkan beliau sentiasa menghadapi tanggungjawab yang memerlukan pemikiran dan pertimbangannya. Sebenarnya beliau mestilah berlagak seperti seorang pelakon akrobat, iaitu pelakon yang sentiasa berjaga-jaga dalam lakonannya dengan membuka telinga, membuka mata, mengagak dengan tepat setiap langkah dan gerak­gerinya, dan sentiasa bersedia menghadapi krisis politik sama seperti berjalan di atas seutas tali. Dia mesti tahu menimbal dirinya supaya selamat."

Pada waktu saya mengeluarkan perkataan-perkataan ini, saya masih mendakwa bahawa sayalah yang menjadi perdana menteri yang sehabis bahagia di dalam dunia. Waktu itu saya tidak bermimpi bahawa empat bulan kemudiannya, pada tarikh yang sama, apa yang saya katakan pada masa itu di London akan terjadi ke atas diri saya sendiri di Kuala Lumpur.


-------------------------------------------------

21. Peranan Akhbar dan Rusuhan

Kejadian yang berlaku pada 13 Mei dan kemudiannya, telah menarik wartawan-wartawan asing ke Malaysia ini seperti besi berani. Mereka berduyun-duyun datang ke mana-mana tempat yang berlaku kekacauan besar. Bagi mereka, sesuatu peristiwa itu tidak menjadi berita melainkan jika mereka dapat menceritakan kejadian-kejadian ngeri, keganasan atau pertumpahan darah. Pergaduhan besar di Malaysia yang aman! Ini peluang baik! Mereka pun menggunakan kesempatan ini dengan se­penuhnya, bahkan sesetengah daripada mereka seolah-olah "geli hati" dengan kejadian malang yang menimpa negara kita itu.

Jarang terdapat mana-mana negara yang menanggung beban dari­pada perbuatan salah gambaran, memutarkan kenyataan sebenar, atau membenarkan cerita-cerita perbualan dan khabar-khabar angin sebagai­mana yang telah dilakukan pada umumnya oleh wartawan-wartawan asing semasa mereka melaporkan peristiwa sedih itu.

Sejak saya menjadi perdana menteri, saya sentiasa memberi ke­mudahan kepada wartawan-wartawan asing berjumpa saya, sama ada mereka wakil-wakil akhbar, radio, televisyen atau filem. Pada umum­nya, bolehlah dikatakan bahawa mereka telah memelihara darjah ke-wartawanan yang tinggi pada masa-masa lalu, dan jarang-jarang saya mempunyai alasan berasa kecewa dengan sikap mereka.

Dahulu saya pernah menyangka bahawa Putera Sihanouk yang menjadi ketua negara Kemboja telah bersikap terlalu keras ke atas war­tawan-wartawan asing apabila beliau beberapa kali enggan membenarkan sebarang wakil-wakil akhbar luar negara melawat ke negaranya. Sekarang barulah saya faham sebab-sebabnya. Kerosakan yang telah mereka lakukan ke atas nama baik negara kita dengan membuat laporan-laporan yang tidak bertanggungjawab dan cuai itu tidaklah dapat dibaiki lagi. Sesetengah daripada mereka boleh dikatakan hampir seburuk-buruk musuh kita yang ada di dalam negara. Saya tidak terfikir bahawa harinya akan tiba dalam hayat saya ini di waktu mana "Kuasa Yang Keempat" (Fourth Estate) – gelaran yang diberi kepada kaum wartawan – sanggup bertindak seolah-olah seperti "Sayap Kelima".

Wartawan-wartawan asing itu tentulah memandang kejadian yang berlaku itu daripada kaca mata orang luar, kerana mereka tidak tinggal di sini selama-lamanya. Mereka bukannya rakyat Malaysia dan bukan pula rakyat Singapura. Mereka datang dan pergi bila-bila masa yang mereka suka. Dari itu, mereka tidak dapat memahami kejadian-kejadian itu seperti yang kita fahami. Perhatian mereka semata-mata untuk men­dapatkan berita atau menulis rencana yang boleh menggemparkan.

Berbagai-bagai kekacauan telah berlaku di mana-mana jua dalam dunia ini; kejadian-kejadian itu berlaku sama ada di jalan-jalan raya atau­pun dalam kawasan (kampus) universiti. Jadi, apakah peliknya jika kejadian seperti itu berlaku juga di Malaysia? Lagi buruk kejadian yang dilaporkan, maka lebih seronoklah membacanya.

Wartawan-wartawan asing telah diberi segala kemudahan semasa berlaku kekacauan itu sebagaimana yang mereka sentiasa peroleh di negara ini, dan dengan adanya alat penghantar kawat yang terbaik di Kuala Lumpur ini, maka cerita-cerita mereka telah tersebar dengan cepat ke seluruh dunia. Cerita-cerita yang mereka tulis atau kirim menerusi telefon tidak ditapis, begitu juga gambar-gambar yang mereka hantar menerusi radio. Dengan ikhlas kita telah memberikan mereka pas-pas berkurung untuk membolehkan mereka berjalan dengan bebas dalam masa berkurung, tetapi selepas beberapa hari kemudiannya, pas-pas itu telah ditarik balik apabila didapati mereka dengan degilnya menyalah­gunakan kebebasan itu.

Setelah saya ketahui perbuatan mereka menghantar berita-berita yang tidak bertanggungjawab, maka saya telah menolak permintaan mereka hendak berjumpa saya untuk ditemu ramah. Mereka sudah pun dapat apa yang mereka mahu daripada punca-punca yang berat sebelah dengan tidak pula cuba mengesahkan cerita yang telah diberitahu kepada mereka. Kerosakan telah pun dilakukan, dan apa jua yang saya katakan ketika itu tidak dapat memperbaiki kerosakan itu. Apabila saya ditanya oleh salah seseorang daripada mereka apa jaminan yang saya dapat berikan kepada negara-negara Komanwel bahawa demokrasi akan dipulihkan kembali dengan segera, saya jawab kepadanya "Pergi Jahanam".

Tentulah bukan semua berita-berita yang dilaporkan itu tidak bertang­gungjawab. Terdapat antara wartawan asing yang cuba membuat laporan­laporan yang adil dan teliti. Saya hanya membantah atas laporan pada keseluruhannya yang dibuat oleh kebanyakan wartawan asing itu yang memberikan gambaran yang begitu menggerunkan, jauh lebih buruk daripada apa yang sebenarnya berlaku.

Mereka sedikit pun tidak membayangkan pertalian antara apa yang berlaku sebelum rusuhan itu dengan kejadian yang tercetus pada 13 Mei, iaitu seperti perarakan mayat atau tunjuk perasaan "kemenangan". Sesuatu rusuhan tidak tercetus dengan begitu sahaja, is mestilah ada sebab-sebabnya. Kedua-duanya mestilah dikaitkan antara satu sama lain. Kebanyakan wartawan akhbar asing telah menunjukkan sikap berat sebelah. Mereka condong ke sebelah pihak yang menentang kerajaan atau memihak pada satu kaum.

Akhbar-akhbar di negara mereka juga tidak menunjukkan sikap adil dalam menyiarkan berita-berita itu. Misalnya, sebuah akhbar terkemuka di Melbourne bernama Age telah menyiarkan satu berita di bawah tajuk "National Headed for Disaster" (Negara Menuju ke arah Kehancuran) pada pagi selepas tercetusnya rusuhan, iaitu pada 14 Mei.

Saya suka bertanya dengan ikhlas kepada sesiapa jua pun, adakah tajuk yang seumpama itu adil dan patut. Tajuk yang seperti itu mungkin juga munasabah sekiranya rusuhan itu telah berpanjangan selama beberapa minggu dengan tidak dapat dikawal, dan kerajaan telah mem­buktikan kegagalannya atau tidak cekap dalam usaha-usahanya meng­hadapi keadaan-keadaan yang timbul. Akan tetapi, tentulah tidak adil tajuk itu dibuat pada pagi esoknya selepas kekacauan berlaku semalam! Laporan yang mengelirukan dan sikap tidak adil seperti inilah yang sangat saya kesalkan.

Untuk memburukkan lagi keadaan, wartawan yang menggunakan tajuk ini telah menulis dalam ceritanya antara lain "Tidak dapat sebarang berita dari kawasan-kawasan yang terletak di utara ibu kota ke Pulau Pinang, dan ini membayangkan bahawa di tempat-tempat lain dalam negara ini juga berada dalam keadaan yang buruk".

Bagaimanakah boleh seorang wartawan membuat kenyataan seperti itu? Macam mana dia begitu berani membuat tanggapan yang seumpama itu? Dia juga tidak memberitahu kepada pembaca-pembacanya di seberang laut bahawa jarak di antara Kuala Lumpur dengan Pulau Pinang ialah 250 batu. Juga tidak sedikit pun menyebut tentang adanya 250 batu lagi menghala ke selatan iaitu dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, tetapi hal ini tentu tidak penting baginya. Dia juga tidak menyebut ke­adaan negeri-negeri di Pantai Timur. Ini kerana negeri di sebelah selatan dan Pantai Timur tidak berlaku sebarang kekacauan.

Cerita-cerita yang tidak berasas seperti ini dan juga kenyataan serta anggapan mereka yang liar itu telah menjadi amalan kepada wartawan­wartawan asing dalam berita-berita yang mereka hantar ke seberang laut tentang rusuhan di Kuala Lumpur. Berita-berita yang seperti itu kemu­diannya telah dibawa masuk ke Malaysia dan ini telah memburukkan lagi keadaan yang telah pun sedia tegang di Malaysia.

Oleh sebab perasaan saya sangat kesal dan march dengan perbuatan wartawan asing itu, maka tidak berapa lama dahulu saya telah menge­luarkan perkataan "Mereka bersorak atau bertepuk tangan, tetapi kami mesti menjalankan tugas kami". Apa yang dimaksudkan ialah menjadi tanggungjawab kami untuk menjalankan pentadbiran kerajaan, dan mengambil tindakan yang segera bagi menghadapi krisis itu. Bukanlah hak bagi seseorang wartawan asing memberitahu kita apa yang kita mesti buat, ataupun membuat perbandingan dengan apa yang berlaku di tempat lain. Kecelakaan boleh berlaku di mana-mana jua dan sebagai buktinya ialah peristiwa yang berlaku di Ulster, Ireland.

Seorang wartawan telah memberitahu saya tentang satu perbuatan zalim ke atas orang Cina yang sedang berlindung di Victoria Institution, dengan meletakkan Askar Melayu di sekolah itu juga, dan orang pelarian ini telah meminta supaya dipindahkan mereka ke tempat perlindungan yang lain.

Saya dengan serta-merta telah pergi ke Stadium Merdeka yang terletak berhampiran dengan Victoria Institution dengan tujuan hendak melihat sendiri kedudukan yang sebenar di tempat itu. Semasa berada di sta­dium, saya telah diberitahu bahawa semua yang berada di situ duduk dengan gembira, dan saya pun bertanya kepada mereka, sama ada benar bahawa mereka yang diberi perlindungan di Victoria Institution mahu berpindah ke tempat lain. "Tidak", jawab mereka itu. Mereka berkata "Kami merasa lebih selamat dengan adanya askar-askar itu, dan lebih­lebih lagi kerana kami mendapat bekalan makanan percuma".

Kita mesti menghadapi musuh-musuh yang hendak menjahanamkan kita, dan jika kita tidak dapat mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menentang mereka dengan berkesan, maka lebih baik kita mengaku kalah. Moga-moga Allah SWT akan menjauhkan daripada berlakunya kejadian yang seumpama itu.

Dalam suasana tegang yang timbul semasa rusuhan-rusuhan, saya suka menyatakan dengan tegasnya bahawa kami telah menghukum orang yang melanggar undang-undang dengan tidak memilih kasih, tanpa menghiraukan sama ada mereka itu orang Melayu, Cina atau India. Jika kita tidak mengambil langkah seperti itu, maka tentulah kita tidak dapat mengembalikan keamanan dalam masa yang begitu singkat di bandar Kuala Lumpur ini.

Setakat yang mengenai dengan wartawan-wartawan asing, saya kadangkala bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Thoreau, "Ber­tuahlah mereka yang tidak membaca surat khabar, kerana mereka dapat melihat keadaan alam dan dengan itu dapatlah mereka mengenal Tuhan". Pada hari ini, sesetengah akhbar sangatlah buruk sikapnya, kerana mereka tidak menghiraukan sama ada sesuatu perkara yang mereka siarkan benar atau salah. Mereka cuma mementingkan tajuk-tajuk berita yang besar dan lebih hebat tajuk berita itu, maka lebih baiklah untuk mereka. Mereka tidak sekali-kali menghiraukan kesan-kesan yang timbul daripada berita­berita yang mereka laporkan. Mereka berpura-pura menggambarkan perasaan orang ramai dan melupakan dosa yang mereka sendiri laku­kan. Mereka berselindung di bawah nama kewartawanan untuk berlagak penting dan mendakwa apa yang mereka tuliskan itu merupakan perasaan atau pandangan orang ramai.

Mereka tentunya sedar tentang adanya sebab yang menimbulkan kemarahan-kemarahan orang Melayu. Mereka tidak cuba mengkaji dari segi ini, sebaliknya meletakkan kesalahan semata-mata ke atas bahu orang Melayu.

Untuk memburukkan lagi keadaan, mereka menuduh pasukan ke­selamatan membunuh rakyat yang tidak berdosa dengan kejam. Kita sangat berbangga dengan keharuman nama pasukan keselamatan kita itu. Pemberita-pemberita asing ini nampaknya telah melupakan khidmat yang diberi oleh kesemua batalion tentera kita semasa berkhidmat di Congo sebagai tentera Bangsa-Bangsa Bersatu. Semasa bertugas di sana, askar-askar kita telah mendapat kepujian yang tinggi atas kecekapan dan kepintaran mereka menghadapi keadaan-keadaan yang buruk di negara itu, di mana satu krisis yang berpanjangan telah berlaku.

Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, U Thant telah menghantar wakil istimewanya untuk bertemu dengan saya dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada Malaysia atas perkhidmatan baik yang telah diberikan oleh tentera kita dan juga atas sokongan negara kita sehingga mencapai satu penyelesaian yang aman di Congo.

Sejak mencapai kemerdekaan, kita terpaksa menghadapi pelbagai keadaan darurat yang telah berlaku disebabkan oleh gerakan bersenjata komunis, konfrontasi Indonesia, dan tunjuk-tunjuk perasaan. Pada masa yang sama, pasukan keselamatan kita telah menunjukkan taat setia dan kecekapan untuk menunaikan kewajipan mereka dengan cemerlang, setaraf dengan darjah angkatan bersenjata mana-mana negara jua.

Adakah wartawan-wartawan asing memikirkan bahawa tentera­tentera yang telah berjaya mencapai nama yang harum itu sanggup mem­bunuh dengan kejamnya rakyat yang tidak berdosa? Sepatutnya mereka bersimpati dengan pasukan keselamatan yang terpaksa menghadapi pelbagai kesulitan; tetapi mereka lebih gemar mencemarkan nama askar­askar itu dalam surat khabar. Perbuatan ini menunjukkan bagai-mana sikap mereka yang berat sebelah. Oleh itu, patutkah saya atau rakyat Malaysia yang lain ditempelak jika kami berasa marah dengan isi laporan­laporan yang disiarkan dalam surat-surat khabar asing tentang rusuhan itu?

Dalam satu ucapan yang telah saya berikan pada satu malam menerusi televisyen, saya telah menarik perhatian kepada satu kelemahan yang terdapat dalam kalangan wartawan ini. Mereka tidak dapat membezakan antara orang Cina Komunis, orang Cina samseng, dan orang Cina yang patuh kepada undang-undang. Mereka sifatkan orang Cina itu semuanya sama. Inilah satu anggapan silap yang dibuat oleh orang asing mengenai orang Cina. Kita boleh memaafkan orang ramai di luar negara jika mereka mempunyai fahaman seperti itu, tetapi tidak ada sebarang sebab pun untuk seseorang wartawan yang telah meningkat naik dalam profesion­nya itu hingga digelar wartawan asing boleh menaruh tanggapan seperti itu. Mereka sepatutnya mengetahui kedudukan kaum-kaum, adat resam, dan adat istiadat yang terdapat di negara-negara yang mereka laporkan, begitu juga perlembagaan dan undang-undang negara-negara tersebut. Jika mereka tidak mengetahui hal-hal ini, maka sepatutnya mereka bertanya dan ambil tahu.

Mereka tentu tahu bagaimana orang Melayu telah hidup dengan tenang dan damai meskipun adanya provokasi yang dihalakan oleh orang lain ke atas mereka, terutamanya oleh Parti Komunis Malaya dan konco­konco mereka, ataupun pelampau-pelampau Cina dan India. Mereka tahu sikap persahabatan yang telah ditunjukkan oleh Malaysia sebagai anggota Komanwel dan sumbangan-sumbangan yang sentiasa kita berikan kepada cita-cita utama Komanwel. Meskipun mereka sepatutnya tahu hakikat-hakikat ini, mereka sengaja melupakan anasir-anasir jahat yang mengancam kita dengan tidak mengindahkan kejayaan-kejayaan kita memelihara keamanan dan mencapai kemajuan.

Berbanding dengan akhbar-akhbar asing itu, akhbar-akhbar tempatan telah melaporkan dengan baik suasana dalam negeri pada keseluruhan­nya. Sikap wartawan-wartawan tempatan itu memanglah kena pada tempatnya kerana mereka ialah rakyat negara ini, atau jika mereka bukan rakyat, mereka faham dengan sedalam-dalamnya susunan dan Cara hidup bangsa kita. Oleh sebab itu, mereka dapat membezakan antara khabar­khabar angin, cakap-cakap bualan, dan kenyataan-kenyataan yang se­benar.

Wartawan-wartawan tempatan terpaksa menghadapi kesulitan kerana mereka itu sama seperti semua rakyat yang lain, terikat kepada undang­undang, walhal rakan-rakan mereka (wartawan-wartawan asing) tidak terikat atau tidak menghiraukan undang-undang. Wartawan-wartawan tempatan juga kebanyakannya telah mempunyai pengalaman bagaimana hendak menulis atau membuat laporan semasa Darurat.

Mereka semua insaf bahawa kepentingan negara sedang terancam, tetapi mereka boleh memberi pandangan-pandangan yang ikhlas dan membina tentang apa yang sedang berlaku serta apa yang dibuat oleh kerajaan, selagi is tidak terkeluar daripada batasan. Malangnya, pada permulaan rusuhan itu berlaku, penerbitan akhbar-akhbar tempatan terpaksa ditahan selama dua hari untuk kepentingan awam. Akhbar­akhbar kita segera menarik perhatian kerajaan atas kesilapannya itu, dan kerajaan pun mengubah keputusannya serta membatalkan perintahnya itu.

Malangnya rusuhan-rusuhan itu tercetus semasa pentadbiran negara sedang dalam peralihan kerana pilihan raya barn sahaja tamat dan sebuah kerajaan baru belum lagi ditubuhkan. Kejadian secara kebetulan ini telah memberi kesan ke atas kerajaan, akhbar-akhbar tempatan, dan wartawan­wartawan asing.

Dengan tidak semena-mena, kita dapati bahawa kita terpaksa meng­hadapi krisis daripada rusuhan-rusuhan itu dan begitulah juga perkara­perkara yang berkaitan dengan perintah berkurung yang terpaksa dikeluarkan secara serta-merta disebabkan oleh kekacauan-kekacauan itu. Kehidupan di bandar Kuala Lumpur telah menjadi kucar-kacir dan dengan kerana itu, Pejabat Perkhidmatan Penerangan boleh dikatakan telah lumpuh, lebih-lebih lagi seorang menteri baru belum lagi dilantik. Sungguhpun begitu, Bernama (agensi berita kebangsaan) telah men­jalankan tugas mereka dalam seluruh masa kekacauan itu, sekalipun pejabat besarnya terletak di tengah-tengah pinggir kawasan tempat kekacauan itu mula-mula berlaku. Stesen-stesen radio dan televisyen telah bertugas terus-menerus selama 24 jam dalam masa darurat itu untuk menyampaikan berita dan perutusan kepada orang ramai.

Akhbar-akhbar tempatan, yang seperti biasa cekap dalam pekerjaan­nya telah menerbitkan surat-surat khabar mereka pada dua hari yang pertama, tetapi akhbar-akhbar tidak dapat diedarkan dengan meluas di­sebabkan keadaan kucar-kacir yang sedang berlaku di seluruh ibu negara. Namum begitu, tempoh peralihan dalam susunan kerajaan itu telah memberi keuntungan kepada pemberita asing dan mereka menggunakan kesempatan itu dengan tidak teragak-agak lagi.

Laporan tentang rusuhan yang disebarkan di Singapura amat berlainan, terutama sekali laporan yang disiarkan melalui radio dan televisyen, serta dalam penerbitan PAP, The Mirror. Cara laporan ini ditulis membayangkan bahawa mereka juga mahu orang lain percaya kepada semua laporan buruk yang dilemparkan ke atas kita di Malaysia. Perbuatan ini sungguh amat dikesalkan kerana Singapura sendiri meng­hadapi masalah yang sama dan terancam dengan bahaya yang sama seperti kita.

Saya mengharapkan agar mereka dapat menunjukkan sikap lebih simpati terhadap kecelakaan besar yang telah menimpa kita. Sebaliknya mereka telah menghangatkan lagi cerita-cerita itu sehingga mengakibat­kan berlakunya beberapa kejadian di negeri itu yang telah mengorbankan beberapa nyawa orang Melayu. Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku. Bagi pihak kita yang tidak membesar-besarkan kejadian di Singapura itu kerana kita bimbang berlakunya tindak balas di negara ini. Marilah kita mengharapkan untuk kepentingan kita bersama, maka Singapura tidak akan mengulangi perbuatannya pada sebarang waktu yang sangat dikesalkan itu tentang sebarang bencana yang menimpa kita.

Kita berasa sungguh marah tatkala membaca berpuluh-puluh artikel surat khabar dan majalah yang dikeluarkan di negara-negara lain kerana kita percaya tulisan-tulisan tersebut dapat mencacatkan nama baik kita sebagai satu bangsa. Kita marah dengan perbuatan surat khabar dan majalah asing dengan laporan-laporan liar mereka dan melampaui batas dan berat sebelah, serta dengan lidah pengarangnya yang penuh dengan kritikan yang ditulis beribu-ribu batu jauhnya mereka dari negara ini dan hanya berasaskan kepada kecetekan pengetahuan serta kejahilan mereka tentang cara-cara hidup dan hal-ehwal orang Malaysia.

Saya tidak bertujuan untuk menyebutkan dengan panjang lebar apa yang telah ditulis dan diperkatakan di luar negara kerana perbuatan itu tidaklah lagi mendatangkan sebarang faedah disebabkan kerosakan itu telah pun berlaku. Namun begitu, suka saya memberikan di sini beberapa contoh tulisan yang telah tersiar dalam majalah-majalah yang masyhur itu yang sanggup memutarbelitkan kenyataan.

Pertama, biarlah saya turunkan di sini satu tulisan yang telah tersiar dalam majalah Time bertarikh 23 Mei: "Seorang lelaki telah cuba menyelamatkan dirinya dari motokarnya yang sedang terbakar, tetapi telah ditolak masuk semula ke dalam motokarnya itu oleh perusuh­perusuh, dan mati. Setelah peperangan kaum dan kekacauan awam itu berjalan selama empat hari, maka rumah mayat di hospital telah penuh sesak dengan mayat-mayat sehingga terpaksalah mayat-mayat itu dibubuh dalam beg-beg plastik dan digantung di penyangkut-penyangkut siling rumah itu. Pegawai-pegawai kerajaan yang cuba hendak mengecil­kan kejadian itu, telah mengatakan bahawa bilangan orang yang mati cuma 104 sahaja. Punca-punca diplomat negara Barat menganggarkan bahawa bilangan itu hampir-hampir 600 orang dan kebanyakan mangsa itu ialah orang Cina".

Sekarang, mari kita lihat apakah faktor-faktor yang sebenar. Rumah mayat di hospital biasanya boleh memuatkan enam mayat sahaja. Tidak ada penyangkut yang dipasang di siling rumah itu, dan tidak pernah ada beg-beg plastik disediakan untuk meletakkan mayat-mayat. Hospital itu mempunyai kelengkapan moden dan bukan merupakan satu bilik sejuk yang terdapat di kedai-kedai menjual daging! Pihak berkuasa perubatan di negara kita menjaga mayat-mayat dengan penuh hormat sebagaimana yang dilakukan di mana-mana negara yang bertamadun. Mayat-mayat itu dibalutkan dengan kain putih oleh penjaga-penjaga mayat yang mendapat latihan.

Oleh sebab banyak mayat yang telah dihantarkan ke hospital, maka pihak yang berkuasa telah membuat persediaan-persediaan khas untuk mayat-mayat yang tidak dapat diletakkan di dalam rumah mayat di hospital itu. Mayat-mayat itu telah dimasukkan ke dalam kereta-kereta sakit dan dihantar ke rumah-rumah mayat lain yang ada di Kuala Lumpur, Hospital Lady Templer, Hospital Assunta, Hospital Batuk Kering, dan Hospital Universiti, di mana mayat-mayat itu telah diselenggarakan mengikut cara yang biasa dibuat.

Berkenaan dengan tuduhan "pegawai-pegawai kerajaan cuba hendak mengecilkan kejadian itu", apakah faedahnya perbuatan seperti itu? Dan manakah lagi dapat diambil angka-angka yang betul, jika tidak daripada punca-punca kerajaan? Dengan tujuan bukan hendak menghina "punca­punca diplomat negara-negara Barat" itu yang mendakwa bilangan orang yang telah terbunuh hampir 600 orang, saya suka mengatakan bahawa angka itu merupakan anggaran mereka sendiri sahaja, dan sebagaimana saya akan buktikan di bawah ini, angka itu adalah keterlaluan.

Saya telah memperoleh angka-angka rasmi mengenai orang yang terbunuh dan luka, serta kemalangan lain daripada Ibu Pejabat Polis sebagaimana yang tercatat di pejabat itu pada 15 Ogos, iaitu tiga bulan dua hari selepas rusuhan itu tercetus. Angka-angka rasmi pada tarikh itu ialah: 184 orang terbunuh; 356 orang luka; 753 kejadian membakar bangunan; dan 211 buah kenderaan yang terbakar atau musnah.

Laporan-laporan mengelirukan dalam akhbar-akhbar acing yang telah disiarkan dalam minggu pertama berlakunya rusuhan-rusuhan itu sangatlah buruk, tetapi apa yang tidak dapat dimaafkan sama sekali ialah pandangan dan rencana yang telah ditulis berminggu-minggu kemudiannya iaitu tatkala Kuala Lumpur telah hampir pulih kehidup‑annya seperti sediakala, dan juga masa-masa perintah berkurung di­kurangkan menjadi empat jam sahaja dari 1 pagi hingga 4 pagi.

Sebagai contohnya, saya suka merujuk kepada satu karangan yang telah diterbitkan oleh majalah Life dalam penerbitannya yang ditujukan ke seluruh dunia, bertarikh 21 Julai, lebih daripada sembilan minggu selepas 13 Mei. Rencana itu bertajuk A Quiet Coup in K.L. (Perampasan Kuasa dalam Senyap di K.L.), yang tercetak di atas dua muka surat penuh.

Boleh dikatakan tidak ada satu ceraian pun dalam rencana itu yang tidak mengandungi kenyataan yang salah, kenyataan-kenyataan yang memutarbelitkan kejadian yang sebenar, pandangan-pandangan yang jahil, dan pendapat-pendapat atau ramalan-ramalan yang sengaja direka­kan. Rencana itu sepatutnya mendapat hadiah istimewa atas kejayaan­nya menjatuhkan darjah kewartawanan pada zaman moden ini! Rencana itu pada keseluruhannya membayangkan seolah-olah seorang pengarang yang telah sesat fikirannya atau yang sedang dalam keadaan melupakan diri, telah menghantar seorang wartawan yang mencari berita untuk pergi dan melaporkan sesuatu peperangan!

Saya perturunkan di sini keratan daripada rencana yang menakjubkan itu, yang boleh menggambarkan bagaimana seorang wartawan sanggup merendahkan martabat dirinya semata-mata untuk mencari berita yang menggemparkan. Rencana itu berbunyi: "Satu cerita yang telah disahkan oleh beberapa punca menceritakan bagaimana lima buah Lori askar telah tiba di Pusat Orang Sakit Kusta di Sungai Buloh, yang terletak di luar Kuala Lumpur, dengan membawa askar-askar yang mabuk brandy dan muatan mayat yang dicat hitam supaya susah hendak dikenali kaum orang yang mati itu. Askar-askar itu telah memanggil pesakit-pesakit kusta, memberikan mereka brandy, dan kemudiannya memerintahkan supaya mereka menggali sebuah lubang yang besar. Menurut cerita itu, pusat kusta itu telah dipilih ialah kerana askar-askar itu sendiri malas hendak menanam mayat-mayat tersebut dan mereka fikir tidak siapa akan pergi bercakap dengan pesakit-pesakit kusta itu. Bukti-bukti menunjukkan bahawa ada lagi kubur beramai-ramai selain daripada ini."

Sekarang, mari kita lihat apakah faktor yang sebenar! Sejumlah 102 mayat telah ditanam di tanah perkuburan Pusat Kusta Sungai Buloh yang telah diangkut dengan kereta-kereta polis selama lima hari mulai dari 18 Mei.

Sebenarnya pertolongan secara sukarela yang telah diberikan oleh pesakit-pesakit kusta yang telah sembuh itu untuk menanam mayat-mayat tersebut adalah dengan persetujuan pihak yang berkuasa pusat penyakit kusta itu sendiri. Tidak ada brandy di tempat tersebut itu kerana pesakit­pesakit kusta ditegah meminum arak. Kerja menanam mayat itu telah dijalankan oleh pihak berkuasa hospital dengan pertolongan polis dan bukannya tentera. Tidak ada satu mayat pun yang dicat hitam, tetapi ada juga mayat-mayat yang telah hangus dan tidak dapat dikenali lagi.

Tiap-tiap mayat itu telah dibalut dengan kain putih dan telah ditanam dalam kubur yang berasingan (satu mayat dalam satu Jiang). Polis telah mengambil gambar tiap-tiap satu mayat itu serta memberikan bilangan seturut dan bilangan inilah juga yang telah ditulis di atas kubur masing­masing. Inilah yang telah dilakukan supaya mayat-mayat yang masih boleh dikenali dapat dituntut oleh keluarga mereka.

Selain yang ditanam di Sungai Buloh, 11 mayat lagi yang telah dapat dikenali sebagai mayat-mayat orang Islam, telah dibawa ke tanah per­kuburan Gombak, di Kuala Lumpur, untuk dikebumikan. Dengan itu saya suka nyatakan bahawa tidak ada sebuah Jiang kubur beramai-ramai di Kuala Lumpur ini akibat daripada rusuhan tersebut. Perlukah saya katakan lebih daripada itu? Ya, ada satu perkara lagi yang perlu ditambah, terutama sekali untuk renungan wartawan-wartawan Inggeris dan wartawan-wartawan Komanwel. Oleh sebab tentera-tentera Inggeris akan meninggalkan bumi Malaysia ini, maka akan menjadi pertolongan yang besar kepada kita sekiranya akhbar-akhbar asing itu tidak membesar­besarkan kejadian seperti itu, kerana kita sedar bahawa apa jua yang mereka tulis yang boleh memberi keuntungan kepada musuh akan me­rumitkan lagi usaha-usaha kita hendak memelihara keamanan dalam negara ini, yang sedang diancam oleh Parti Komunis Malaya, kongsi­kongsi gelap, dan puak-puak pelampau perkauman.

Bukanlah Malaysia yang mahukan tentera-tentera Inggeris dan Komanwel berundur dari sini. Sebenarnya kita tidak dapat menahan mereka kerana mereka sendiri yang hendak meninggalkan Malaysia. Sungguhpun begitu, pihak Inggeris tentu mengetahui Peking hendak menakluki negara ini yang kebetulan pula mempunyai ramai anasir yang pro-Peking dalam kalangan penduduknya. Kita sentiasa menghadapi penderhakaan yang digalakkan oleh rejim Mao dan jika kita tidak dapat mematahkan gerakan yang seperti itu dengan jayanya, maka is tidak akan terkawal lagi. Jika ini berlaku, maka masa hadapan benua Asia di kawasan ini sangatlah gelap.

Kita benar-benar menghadapi satu ancaman dalam negeri yang sangat berbahaya dan anasir-anasir itu mendapat pertolongan luar negara bukan sahaja dari negara China, bahkan juga melalui wartawan akhbar mereka dan ini sungguh menyedihkan!

Selain itu, salah satu sebab kenapa saya menulis buku ini adalah untuk membetulkan segala kesilapan dengan memberi kenyataan yang sebenar, dan untuk menunjukkan bahawa dalam sebarang keadaan yang buruk mesti ada sebab-sebab dan kesan-kesannya; serta sesuatu kejadian atau keadaan yang terjadi satu demi satu ada kaitannya yang boleh diterima akal antara satu sama lain.

Hal inilah yang kebanyakan wartawan asing tidak mengambil per­hitungan. Mereka terlampau menumpukan kepada kejadian yang berlaku pada waktu itu sahaja sehingga mereka tidak membuat penyiasatan yang bersungguh-sungguh untuk mengetahui punca atau sebab kenapa satu kekacauan telah berlaku dengan tiba-tiba. Mereka mesti menghantar laporan-laporan pada ketika yang ditentukan dan mereka berlumba-lumba antara sesama sendiri untuk menyiarkan berita-berita itu dahulu daripada rakan-rakan mereka. Inilah yang mereka pentingkan.

Sekiranya wartawan-wartawan asing itu pada keseluruhannya terdiri daripada orang yang mempunyai pengalaman atau pengetahuan yang luas tentang Malaysia, maka saya percaya tidak ada sebarang sebab jua pun untuk saya membuat tuduhan-tuduhan ke atas mereka. Malangnya, wartawan-wartawan asing tersebut terlampau singkat masa perkhid­matannya di sini kerana mereka datang dan pergi, dan ada pula yang tidak pernah melawat negara ini sebelumnya.

Jadi, tentulah mereka membuat pelbagai kesilapan dan kesalahan besar dalam pertimbangan mereka, kerana setelah sahaja mereka datang ke sesuatu tempat yang ada berlaku kejadian yang hangat, mereka terpaksa bertindak segera.

Jika tidak, mereka gagal dalam pekerjaan atau gagal mendapat apa yang sangat diingini iaitu tajuk berita yang tertulis di bawahnya nama mereka sebagai penulisnya. Akibatnya, berita-berita yang mereka hantar itu sangatlah cetek dan tipis; mereka tidak mempunyai masa; tidak mempunyai keinginan atau tidak mempunyai pengetahuan untuk menulis dan melaporkan dengan tepat dan mendalam.

Ketika saya memikirkan sikap dan perbuatan wartawan-wartawan asing sebagaimana yang tertulis dalam bab yang menyedihkan ini, cerita­cerita yang mustahil kita baca daripada tulisan-tulisan mereka, maka terlintas di hati saya untuk mengikut jejak langkah yang telah diambil oleh Putera Sihanouk dan pemimpin-pemimpin Asia lain yang nama baik negara mereka telah dicemarkan oleh laporan-laporan yang tidak bertang­gungjawab dalam akhbar-akhbar Barat. Namun begitu, saya tidak akan mengambil langkah seperti itu sekalipun keinginan untuk berbuat de­mikian sangatlah kuat.


-------------------------------------------------

22. Pengajaran daripada Baling

Kejadian-kejadian yang berlaku semasa pilihan raya, rusuhan pada 13 Mei, dan perkara-perkara yang terjadi kemudian daripadanya sebagai­mana yang telah saya ceritakan itu ada kaitannya antara satu lama lain. Ucapan-ucapan yang berupa cela-mencela, perbuatan-perbuatan provokasi, dan kelakuan-kelakuan tidak bertanggungjawab yang telah dilakukan itu kesemuanya ditimbulkan dengan teratur, satu demi satu.

Siapakah yang mengaturkan semua kejadian ini? Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab? Siapakah yang mesti disalahkan?

Jika kita perhatikan keseluruhan gambaran peristiwa yang menye­dihkan itu, dan kepada usaha-usaha yang masih diteruskan untuk merosakkan keselamatan Malaysia (yang masih lagi dilakukan semasa buku ini ditulis), maka kita akan mendapat satu kesimpulan, iaitu per­buatan-perbuatan itu dirancang oleh Cina Komunis.

Sebagaimana yang telah saya sebutkan pada permulaan buku ini, ter­dapat orang yang memikirkan bahawa saya dirasuk oleh momok komunis dan fikiran-fikiran saya terkongkong dengan sejenis perasaan takut kepada komunis. Wartawan-wartawan asing nampaknya bersetuju dengan fikiran ini. Memanglah menjadi kerja mereka untuk membuat laporan dan memberi pandangan di atas kejadian-kejadian yang berlaku dari sehari ke sehari, namun mereka tidak dapat menunjukkan kebolehan untuk membuat perhitungan yang betul kerana mereka tidak memberi perhatian kepada karenah-karenah yang telah timbul pada masa lepas yang ada pertaliannya antara satu sama lain.

Seorang pendeta Inggeris telah berkata satu kurun dahulu: "Sejarah ialah politik yang berlaku pada masa lepas, dan politik ialah sejarah yang sedang ditempa." Wartawan-wartawan asing tidak hirau apa yang berlaku pada masa lepas, mereka cuma suka ambil tahu apa yang sedang berlaku sahaja, terutamanya yang berlaku pada hari itu. Mereka tidak hirau hubungan penting antara kejadian yang lepas dengan yang ada sekarang.

Sesiapa yang telah hidup sejak Perang Dunia Kedua di Malaysia atau di Singapura atau mengikuti dengan cermat segala peristiwa yang telah berlaku dalam sejarah kedua-dua negara ini dalam masa 24 tahun yang lepas dan terbabit sendiri dalam kejadian-kejadian itu, tentulah akan menyedari bahawa Cina Komunis, penyokong-penyokong yang di bawah telunjuk mereka, anasir-anasir tidak berdosa yang terdiri daripada parti­parti, orang atau pemuda yang diperalatkan oleh komunis, sentiasa menimbulkan kekacauan pada setiap tahun.

Mereka tidak pernah lalai, bahkan sentiasa menunggu kesempatan untuk mencetuskan kekacauan atau huru-hara sama ada kecil atau besar, pada bila-bila masa dan di mana-mana jua yang mereka fikirkan muna­sabah untuk tujuan mereka. Saya tidak mengerti bagaimana orang boleh tuli, pekak, dan buta kerana karenah-karenah ini. Sesungguhnya sehingga hari ini, tidak ada sebuah negara pun di Asia Tenggara yang tidak ter­sentuh dengan apa-apa jua Cara daripada gerakan-gerakan komunis bercorak Cina itu. Jadi, bagaimanakah Malaysia boleh terlepas daripada angkara komunis itu?

Sesungguhnya kita tidak pernah bebas sepenuhnya daripada tipu daya komunis, tetapi disebabkan kita tidak boleh mengelak daripada meng­hadapi ancaman itu, maka kita sentiasalah berjaga-jaga dan berwaspada. Bezanya ialah di Malaysia ini, kitalah salah sebuah negara yang mula­mula sekali terpaksa menentang perampasan kuasa yang dilakukan oleh Cina Komunis, dan oleh sebab kita telah berjaya mematahkan percubaan Parti Komunis Malaya itu dalam masa darurat yang memakan masa 12 tahun, maka komunis tidak sekali-kali akan memaafkan kita.

Parti Komunis Malaya selalu mengemukakan bangkangan terhadap pilihan raya yang bercorak demokrasi. Mereka menyifatkan demokrasi berparlimen itu sebagai satu ajaran imperialis yang tidak sesuai dengan semangat kebangsaan orang Asia, dan tidak secocok dengan ideologi Mao Tze Tung. Jadi, mereka mesti membinasakan pilihan raya-pilihan raya yang diadakan di negara ini dan mereka akan bersungguh-sungguh menyusahkan kerajaan dengan apa jua cara, meskipun mereka gagal dalam rancangan mereka.

Hubungan saya yang mula-mula sekali dengan komunis (PKM) ialah apabila saya berjumpa dengan Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya, di Pekan Baling, Kedah tahun 1955. Semasa pertemuan itu dengan secara tidak sengaja saya telah mendapat satu pengajaran besar mengenai fahaman komunis daripada Chin Peng.

Beliau telah menyedarkan saya dengan beberapa patah perkataan sahaja tentang corak pertentangan yang akan saya terima daripada Cina Komunis. Beliau berkata, "Saya seorang komunis dan tua tidak, jadi antara parti saya dengan parti tuan tidak sekali-kali akan tercapai sebarang persetujuan. Mustahil bagi komunis dapat hidup bersama dengan orang yang bukan komunis".

Beberapa patah perkataan yang mudah difahami ini telah tersemat di dalam hati saya sejak daripada pertemuan itu. Segala dakyah yang dikeluarkan oleh pihak Inggeris mengenai fahaman komunis pada masa itu dan juga mengenai dengan tujuan-tujuan komunis, tidak dapat memberi sebarang kesan ke atas saya.

Dengan secara tidak langsung, Chin Peng sendirilah yang telah memberi ingatan kepada saya akan bahayanya fahaman komunis. Oleh itu, saya bukannya takut kepada "momok"; bahkan saya telah mendapat pengajaran daripada mulut komunis sendiri tentang bahaya yang akan ditimbulkan oleh komunis yang bercorak China itu.

Tidaklah berfaedah jika kita berpura-pura seolah-olah dapat meng­halang komunis (PKM). Sejak Darurat tamat dalam tahun 1960, saya tidak pernah menipu diri saya sendiri dan mempercayai bahawa kita tidak lagi akan berhadapan dengan komunis. Saya selalu berkata bahawa sekalipun komunis telah dapat dikalahkan dalam negara ini pads waktu itu, tetapi kita tidak dapat menghalang sepenuhnya, kerana mereka akan cuba muncul kembali pada bila-bila masa.

Empat belas tahun telah berlalu sejak saya bertemu dengan Chin Peng dalam perundingan yang bersejarah di Baling itu, tetapi kata-kata Chin Peng pada ketika itu kepada saya sentiasa tersemat dalam ingatan saya kerana setiap kali saya memikirkan sebarang perbuatan atau perkataan komunis, maka saya sentiasa terkenang kepada peristiwa Baling itu.

Di Malaysia hari ini, cuma orang yang pertengahan umur sahaja yang masih ingat peristiwa Baling itu, tetapi bagi orang muda Baling cuma merupakan nama sebuah pekan sahaja. Oleh yang demikian, saya fikir amatlah berguna sekiranya saya menyebut dalam buku ini pertemuan saya yang tidak dapat dilupakan dengan Chin Peng yang pada ketika itu menjadi pemimpin Parti Komunis Malaya sehinggalah hari ini.

Pada 9 September 1955, saya sebagai ketua menteri dengan hati yang berat telah mempersetujui perisytiharan kerajaan Inggeris hendak mem­beri pengampunan beramai-ramai kepada komunis. Sebagai menyambut tawaran pengampunan ini, surat-surat telah diterima oleh saya sebagai ketua menteri dan juga orang ramai yang dikatakan dikirim oleh Jawatan­kuasa Pusat Parti Komunis. Surat-surat ini telah mengkritik syarat-syarat pengampunan dengan mengatakan "bahawa syarat-syarat itu tidak patut dan tidak dapat diamalkan", tetapi surat itu juga mengemukakan satu cadangan hendak menghantar wakil-wakil ke Ibu Pejabat Perikatan di Kuala Lumpur untuk merundingkan butiran lanjut bagi satu pertemuan antara saya dengan Chin Peng. Sebenarnya surat itu merupakan satu tawaran tidak langsung kepada kerajaan untuk merundingkan soal menamatkan Darurat.

Kerajaan dengan tegas telah menolak tawaran ini, tetapi pada 29 September, satu kenyataan kerajaan telah dikeluarkan yang menyebut kesanggupan saya untuk bertemu dengan Chin Peng dengan tujuan hendak menjelaskan kepadanya syarat-syarat pengampunan itu. Ke­nyataan itu juga selanjutnya menyatakan bahawa satu pertemuan dapat diadakan di satu tempat yang munasabah di utara Malaya, dan seorang pegawai yang dikenal oleh Chin Peng akan dilantik sebagai pegawai pemandu. Pegawai ini diperintahkan bersedia pada bila-bila masa untuk menemui Chin Peng di satu tempat dalam sebuah kawasan yang akan dijadikan gencatan senjata. Jika Chin Peng ingin menghadiri pertemuan seperti itu, maka bolehlah dia menghantar sepucuk surat bersendirian kepada saya dengan menyatakan di dalamnya tempat, masa, dan tarikh bagi pegawai pemandu itu berjumpa dengannya dan membawanya ke tempat mesyuarat.

Saya telah menerima jawapan daripada Chin Peng pada 14 Oktober. Satu perkara yang menarik perhatian ialah jawapan ini bertarikh dua hari selepas daripada kenyataan saya itu. Pada 17 Oktober, satu pertemuan telah berlangsung di Klian Intan antara dua orang wakil kerajaan dan seorang wakil komunis sebagaimana yang telah diaturkan dalam surat Chin Peng kepada saya. Chin Peng sendiri tidak hadir tetapi telah diwakili oleh Chen Tian. Sungguhpun begitu, Chen Tian tidak ada kuasa untuk membuat sebarang keputusan, tetapi beliau sanggup menyampaikan ke­pada Chin Peng rancangan-rancangan kerajaan bagi mengadakan satu pertemuan. Satu pertemuan lagi dengan Chen Tian perlu diadakan dan persiapan untuk pertemuan itu juga hendaklah diberitahu kepada saya dengan surat daripada Chin Peng sebagaimana yang dibuat dahulu.

Pertemuan yang kedua telah diadakan di Klian Intan pada 19 No­vember. Chen Tian telah tiba di tempat itu dengan tidak memberitahu terlebih dahulu tentang ketibaannya, dan mengambil kesempatan itu untuk mengeluarkan satu kenyataan bertulis kepada akhbar dan menga­dakan temu ramah dengan wartawan untuk tujuan propaganda. Saya telah memberi amaran kepada Chin Peng sekiranya perbuatan kurang ajar ini dibuat lagi, maka saya akan membatalkan pertemuan yang dicadangkan itu.

Kemudian saya telah membuat satu kenyataan bahawa saya bersama­sama dengan Encik (sekarang Dato') David Marshall yang menjadi Ketua Menteri Singapura pada masa itu sanggup berjumpa dengan Chin Peng pada akhir bulan Disember. Komunis telah menerima cadangan ini dan persiapan-persiapan telah dibuat untuk mengadakan pertemuan di Baling pada 28 Disember. Dalam satu pertemuan akhir di Kroh, pada 13 Disember untuk mengaturkan persiapan-persiapan, pihak komunis telah diberitahu bahawa pertemuan itu hendaklah diadakan di Baling pada 28 Disember ataupun dibatalkan terus. Kesemua perkara berkenaan per­temuan itu telah diputuskan, tetapi mestilah terlebih dahulu menunggu surat daripada Chin Peng untuk mengesahkan persetujuannya.

Surat tersebut telah diterima pada 23 Disember, tetapi Chin Peng telah meminta supaya diadakan satu pertemuan dengan wakil-wakil kerajaan pada 24 Disember dan juga meminta supaya saya meng­umumkan menerusi radio atau jaminan atas keselamatan perwakilan komunis. Pertemuan akhir ini telah berlangsung pada tarikh yang diminta oleh Chin Peng itu dan pada hari itu juga saya telah mengumumkan satu jaminan untuk keselamatan mereka.

Setelah itu, perundingan Baling berjalan sebagaimana yang diran­cangkan, iaitu pada 28 dan 29 Disember. Tiga pertemuan telah diadakan dalam masa dua hari itu. Saya telah mengetuai pihak kerajaan serta wakil yang terdiri daripada Encik David Marshall dan Tun Tan Cheng

Lok. Chin Peng telah mengetuai pihak komunis serta wakil yang terdiri daripada Chen Tian dan Rashid Maidin. Hasil daripada rundingan-rundingan ini Chin Peng telah bersetuju sebagaimana yang berikut: "Setelah sahaja Kerajaan Persekutuan yang dipilih mendapat kekuasaan penuh dalam segi keselamatan dalam negeri dan pasukan bersenjata tempatan, maka kami akan menamatkan ke­ganasan, meletakkan senjata, dan membubarkan pasukan kami. Ini tidaklah bererti bahawa kami menerima syarat-syarat pengampunan yang ada sekarang." Begitulah tamatnya Rundingan Baling. Meskipun Chin Peng telah membuat perjanjian ini, saya telah meninggalkan pekan Baling dengan tidak mempunyai sebarang harapan kerana saya terkenang kepada kata‑kata Chin Peng bahawa komunis mustahil dapat hidup bersama dengan orang yang bukan komunis.

Saya tidak percaya yang Chin Peng akan memenuhi janjinya itu, dan inilah yang sebenarnya telah berlaku. Dua puluh bulan kemudian, iaitu pada 31 Ogos 1957, Malaya telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan bebas, dengan mempunyai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan berkuasa atas keselamatan dalam negeri Berta atas pasukan-pasukan bersenjata kita. Meskipun komunis telah membuat perjanjiannya dengan kita di Baling, namun mereka tetap juga melancarkan keganasan ber­senjata.

Malaya akhirnya dapat mengisytiharkan tamatnya Darurat pada 31 Julai 1960. Chin Peng dan saki-baki komunis yang telah dikalahkan itu telah bersembunyi di sebelah sempadan Thailand dan telah berada di sana sehingga hari ini selama 14 tahun. Mereka masih merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara sebagaimana terbukti daripada serangan hendap yang dilakukan oleh mereka pada 27 Julai tahun ini.

Kerajaan tidak lalai dan alpa, namun telah melipatgandakan kawalan keselamatan di sepanjang kawasan sempadan negara dengan kerjasama rapat daripada kerajaan Thai, kerana kami sedar bahawa kekacauan yang berlaku baru-baru ini dan suasana yang belum dapat dipulihkan di Malaysia ini memberi peluang kepada Chin Peng dan pengikut­pengikutnya untuk melakukan sesuatu jika mereka diberi kesempatan. Sekarang masih terdapat beribu-ribu lagi komunis di Malaysia. Kenyataan ini telah terbukti dalam masa konfrontasi Indonesia kerana dalam masa itulah kira-kira 2000 komunis telah meninggalkan negara untuk bersama-sama dengan pasukan tentera Sukarno untuk menolong presiden itu menyerang Malaysia.

Komunis bukannya cintakan Sukarno ataupun sukakan rejimnya, tetapi kerana mereka mendapat laporan tentang perbuatan aniaya yang dilakukan ke atas orang Cina di Indonesia dengan perintah Sukarno. Akan tetapi mereka pergi ke Indonesia kerana mereka berpendapat bahawa inilah satu peluang yang amat baik untuk membolehkan mereka muncul semula di Malaysia sebagaimana yang mereka harapkan selama ini. Pada kali ini mereka harap dapat memenuhi cita-cita mereka dengan cara bersatu dengan tentera-tentera Sukarno.

Mereka juga berharap bahawa dengan adanya persahabatan antara Sukarno dengan Cina Komunis, maka mereka akan diakui balik sebagai satu pertubuhan di Malaysia jika Sukarno berjaya dalam rancangannya itu. Mereka akan menolong Sukarno sehingga mereka mendapat peluang mengambil kuasa negara ini.

Dalam perarakan mayat pada 9 Mei itu, sepanduk gambar Mao dan memuja-muja ajaran Mao telah diarak oleh mereka yang mengambil bahagian dalam perarakan itu, yang berpura-pura sebagai orang yang berkabung.

Parti Buruh di Malaysia telah terletak di bawah kawalan komunis, dan Parti Rakyat pula sentiasa dipengaruhi oleh mereka. Dalam satu tunjuk perasaan yang diadakan oleh anggota "Socialist Front" dalam tahun 1967, Dr. Tan Chee Khoon telah kedengaran berkata "Ini bukan orang saya". Jadi siapakah mereka itu, padahal mereka menggunakan alamat ibu pejabat Socialist Front di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, dan di hadapan ibu pejabat inilah mereka telah datang ber­kumpul?

Dr. Tan Chee Khoon sendiri bukanlah seorang komunis, tetapi dapatkah beliau dengan sesungguhnya menyatakan bahawa parti beliau terlepas daripada sebarang pengaruh komunis, seperti juga Encik Lee Kuan Yew tatkala dia meminta pertolongan mereka itu untuk men­dapatkan kekuasaan di Singapura? Dia sepatutnya ingat kepada kata­kata "Jika kamu menghirup sup di meja yang syaitan ada bersama-sama, maka mestilah kamu menggunakan sudu yang panjang tangannya". Dia dan semuanya tahu bahawa Cina Komunis sentiasa mengganggu hal-ehwal Malaysia sebagaimana yang dapat didengar menerusi radio Peking.

Saya rasa munasabah juga untuk menyebutkan cabutan daripada manakah satu yang telah tersiar dalam penerbitan mingguan Soviet bernama New Times pada 13 Jun. Makalah itu menuduh Peking mem­bangkitkan perasaan benci dalam kalangan bangsa-bangsa yang ada di Asia Tenggara, dan sebagai contohnya menyebut tentang rusuhan‑rusuhan yang telah berlaku di Malaysia pada 13 Mei. Makalah itu selanjutnya mengatakan bahawa pengikut Mao telah beberapa kali memperalatkan kaum kecil Cina yang berada di negara­negara Asia Tenggara, seperti di Burma dan Cambodia, untuk melakukan perbuatan provokasi yang boleh mendatangkan keuntungan kepada perjuangan mereka. Anasir-anasir Mao telah menanamkan benih per­pecahan dalam kalangan pertubuhan yang benar-benar bercorak demo­krasi di Malaysia dan telah membahayakan pertubuhan-pertubuhan itu dengan menggunakan cara-cara "Red Guard".

Makalah itu juga menamatkan huraiannya dengan mengatakan bahawa inilah satu pengajaran yang dapat diambil oleh pejuang-pejuang kebangsaan dan ahli-ahli demokratik di Malaysia daripada peristiwa kacau-bilau dan sedih yang telah timbul di Kuala Lumpur pada per‑tengahan bulan Mei. Komunis telah mencuba dari sejak beberapa tahun untuk masuk bertapak dalam masyarakat kita, dan sekarang saya berada lebih yakin bahawa ideologi mereka sedang menjalar dalam kalangan penduduk negara ini, terutamanya dalam kalangan belia yang telah disesatkan fikiran mereka.

Kejadian serang hendap ke atas pasukan-pasukan keselamatan kita yang berlaku di Sintok pada 27 Julai membuktikan bahawa masih banyak gerakan keganasan yang sedang berlaku di sepanjang sempadan Thai–Malaysia. Anggota komunis yang terlatih dari Thailand menyeberangi sempadan dan membuat perhubungan dengan rakan-rakan mereka yang berada di Malaysia. Anggota perisik telah menumpukan perhatian mereka kepada gerakan komunis di kawasan itu, tetapi mereka tidak dapat mengesan kesemua gerakan komunis kerana sempadan Malaysia – Thai itu diliputi oleh hutan rimba yang besar. Pada 17 Jun 1968, 16 orang anggota polis kita telah terbunuh dan 17 lagi tercedera dalam satu serangan hendap yang berlaku di sempadan Kroh–Betong. Inilah perangsang yang ditunggu oleh pengikut-pengikut komunis.

Kebanyakan daripada laporan-laporan sulit yang diterima menum­pukan terhadap hal-hal berkaitan dengan gerakan-gerakan komunis di Singapura ataupun di sempadan Indonesia–Malaysia Timur. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa tindakan-tindakan Parti Komunis Malaya dibantu oleh tiga jurusan – iaitu dari selatan menerusi komunis-komunis yang ada di seberang Tambak Johor yang datang dari Hong Kong melalui Singapura, dari utara komunis-komunis yang ada di seberang sempadan di negeri Thai, dan juga daripada komunis-komunis yang ada di sepanjang sempadan antara Sarawak dengan Indonesia.

Hari ini komunis di Malaysia lebih aktif dan lebih ganas daripada komunis yang terdapat di Singapura. Taktik mereka menggunakan sentimen perkauman telah beroleh kejayaan sehingga menimbulkan ketegangan dalam masyarakat kita yang berbilang kaum. Gerakan­gerakan mereka telah bertambah meluas.

Malangnya mereka telah berjaya memujuk belia dari sekolah-sekolah Cina yang pelajarannya belum pun meningkat separuh untuk mencam­puri gerakan komunis. Inilah belia yang telah digunakan oleh komunis untuk menjadi agen-agen mereka yang dapat diperintah supaya melaku­kan perbuatan memeras dan menakutkan ahli-ahli perniagaan, pekedai, dan sebagainya. Mereka yang enggan menurut kehendak parti akan diancam keselamatannya.

Inilah kumpulan yang terdiri daripada mereka yang berpegang teguh kepada perasaan kecinaan dan juga samseng yang mengacau keamanan dalam negeri ini. Mereka menghasut orang Cina supaya mendesak kerajaan mengadakan sebuah universiti Cina dan supaya bahasa Cina dijadikan salah satu daripada bahasa rasmi dalam negara ini dan enggan menerima sebarang perkara kecuali yang bercorak kecinaan.

Dengan tertanamnya perasaan sentimen seperti ini dalam hati mereka, maka tidaklah mudah bagi kerajaan untuk menarik mereka ke sebelah kita dan sangatlah susah hendak mengasingkan mereka daripada musuh kita, iaitu komunis. Dalam pilihan raya baru-baru ini, kita telah dapat melihat gerakan­gerakan cergas yang telah dilancarkan oleh komunis. Saya mempunyai alasan yang kuat untuk mempercayai bahawa mereka telah menyediakan wang untuk PAS dalam pilihan raya yang lepas bagi mendapatkan pertolongan parti itu untuk menumbangkan kerajaan Perikatan. Cina Komunislah yang telah menyediakan wang bagi pengacau­pengacau Melayu melalui parti-parti yang ada hubungan rapat dengan orang ini, dan salah satu daripada parti-parti itu ialah Parti Komunis Indonesia yang menerima sokongan kewangan daripada Parti Komunis Negara China.

Dalam masa itu, komunis telah menghasut pensyarah daripada parti­parti pembangkang supaya menumpukan ucapan mereka di atas perkara yang disungutkan oleh ramai dan meletakkan kesalahan ke atas kerajaan Perikatan, dengan cara memasukkan jarum pengaruhnya dengan halus. Perarakan mayat pada 9 Mei, sehari sebelum pilihan raya, telah di­gunakan sepenuhnya oleh komunis. Komunislah yang berasa sangat puas hati dengan tunjuk perasaan yang diadakan bersama oleh Gerakan dan DAP pada 12 Mei, iaitu satu perbuatan yang menepati kehendak mereka. Dalam pada itu, parti komunis sedang berusaha dengan cara yang tidak langsung untuk mendesak puak-puak "pelampau" supaya me­lakukan sesuatu yang boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan anggota UMNO. Kita mempunyai maklumat yang menunjukkan bahawa beberapa orang yang diketahui menjadi ahli komunis sedang membuat perhubungan dengan beberapa orang "pelampau-pelampau" dalam UMNO.

Propaganda yang datangnya daripada Pra Persatuan Komunis ber­tujuan untuk menggambarkan bahawa kerajaan Perikatanlah yang se­benar-benarnya berdosa dalam pertelingkahan kaum itu. Rancangan mereka sekarang ini adalah untuk menggunakan dengan sepenuhnya suasana yang terdapat pada hari ini untuk faedah-faedah komunis dengan cara meyakinkan orang ramai bahawa mereka tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada 13 Mei; dan hasrat mereka adalah untuk menimbulkan suasana harmoni dalam kalangan kaum. Mereka bukan sahaja aktif di kawasan sempadan Thailand dan di sempadan Sarawak, bahkan di seluruh negara.

Tujuan mereka adalah untuk memperingati ulang tahun yang ke-21 satu pemberontakan bersenjata mereka yang jatuh pada 20 Jun dengan cara menunjukkan kekuatan mereka, tetapi kesempatan itu tidak dibuka untuk melakukannya sehinggalah sebulan kemudian iaitu pada 27 Julai. Pada hari itu, mereka merayakan peristiwa itu dengan satu serang hendap ke atas pasukan keselamatan di kawasan sempadan yang me‑nyebabkan enam orang terbunuh dan tujuh lagi tercedera. Kejadian ini dilakukan untuk meninggikan moral mereka dan tentulah akan me­nambahkan semangat Parti Komunis Malaya dalam rangkanya hendak menguatkan semula perjuangan bersenjata mereka.

Berikutan penyebaran surat Dr. Mahathir itu, maka satu taktik baru telah timbul di Malaysia ini, tetapi taktik ini merupakan satu helah yang telah pun lama diamalkan oleh komunis, kerana mereka telah pun men­cubanya di Burma. Helah ini ialah menulis surat-surat beracun. Surat­surat ini seolah-olahnya dihantar oleh seseorang kepada seseorang yang lain, sebagaimana yang telah saya lihat di Terengganu pada 8 Ogos. Surat itu seolah-olah telah ditulis kepada saya oleh Setiausaha Agung Parti Perikatan, Tan Sri T.H. Tan kerana di kaki surat itu telah ditaip nama beliau sebagai penghantarnya.

Saya belum pernah melihat surat seperti ini pada masa yang lepas. Jika Setiausaha Parti Perikatan berasa risau atas sesuatu kejadian, maka tentulah dia tidak menulis surat ini kepada saya, bahkan datang berjumpa saya sendiri. Hakikat itu dapat dilihat dengan jelas oleh mana-mana orang yang cerdik, tetapi nampaknya surat beracun yang seperti itu boleh mempengaruhi orang biasa.Surat ini mengandungi tuduhan-tuduhan terhadap tentera, iaitu tuduhan yang sangat keji dan hina yang boleh mengejutkan orang biasa. Surat itu menuduh askar-askar kita memecahkan rumah, memperkosa perempuan-perempuan Cina, membelah perut mereka, dan memotong buah dada mereka. Surat seperti ini cuma dapat ditulis oleh seorang yang hilang akal, tetapi penuh tanda-tanda yang menunjukkan bahawa surat itu merupakan propaganda komunis.

Mungkin banyak surat yang seperti itu dihantar ke rumah orang Cina. Dalam sampul surat yang saya sebutkan tadi, ada sepucuk surat lagi yang disebarkan bersama-sama dengannya. Surat yang pertama ialah yang saya baru sebutkan di atas; surat yang kedua dalam bahasa Melayu menghasut rakyat mengambil kuasa negara ini untuk orang Melayu. Surat ini bertajuk Dengan Nama Allah.

Sesiapa yang telah bertanggungjawab menghantar surat-surat ini telah membuat satu kesilapan yang amat bodoh kerana memasukkan kedua­dua surat itu di dalam satu sampul. Kedua-dua surat itu menunjukkan bahawa tujuannya adalah untuk menimbulkan perpecahan dan huru-hara dengan melalui dua suara, tetapi kesilapan itu telah menzahirkan bahawa kedua-dua suara itu datangnya daripada mulut yang sama.

Semasa saya berada di Alor Setar pada 21 Ogos, saya telah me­nunjukkan kepada akhbar satu salinan surat pekeliling komunis yang tertulis di atas kertas "foolscaps" berwarna merah jambu. Surat yang ditulis dalam tulisan rumi dan jawi ini mempunyai tajuk "Kenangan untuk Askar Melayu". Di atas surat ini, tertera lukisan-lukisan kartun yang menunjukkan saya sebagai seorang diktator.

Di celah-celah gambar kartun itu tertulis nama Menteri Kesihatan, Tan Sri Sardon; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Khir Johari; Ketua Polis Negara, Tan Sri Salleh; bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Syed Nasir; seorang Ahli Parlimen dari Johor, Syed Jaafar Albar, dan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Haji Sulaiman Palastin. Surat-surat itu telah dihantar melalui pos dari Kuala Lumpur kepada seorang penerimanya di Kedah.

Ketika itu saya telah memberi pandangan bahawa surat-surat itu merupakan tindakan terakhir yang dilancarkan oleh komunis, rakan­rakan, dan sekutu mereka untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara menghasut pasukan-pasukan bersenjata mengangkat senjata melawan kerajaan. Mereka sedar bahawa tidaklah mudah mereka hendak men­jatuhkan kerajaan dan oleh sebab itu mereka cuba mendapatkan per­tolongan orang lain untuk melaksanakannya.

Pada pendapat saya, sekiranya orang Cina yang taat setia kepada negara ini tidak percaya kepada propaganda komunis ataupun takut kepada ancaman mereka itu, maka negara ini akan selamat. Sebenarnya tidak ada sebarang sebab yang boleh menimbulkan pergaduhan antara orang Cina dengan orang Melayu, kerana mereka telah hidup bersama dengan riang gembira pada masa lalu. Anasir-anasir komunislah yang cuba hendak memecahkan perpaduan yang berbahagia ini, dengan di­sokong oleh anasir-anasir pelampau cauvinis daripada kedua-dua kaum.

Jadi, persoalan yang dihadapi di dalam negara sebenarnya bukanlah soal orang Cina sebagaimana yang biasa dikatakan orang lain, kerana orang Cina pada keseluruhannya semata-mata mengambil berat atas kejayaan mereka dalam perniagaan dan kebajikan mereka untuk hidup dalam suasana yang aman dan tenteram.

Sebaliknya anasir-anasir di satu pihak lagi yang terdiri daripada orang Cina penyokong Mao Tze Tung, menentang Malaysia dan semua yang diamalkan negara ini. Inilah orang dan pelampau yang saya sebutkan di atas yang sedang berusaha pada setiap hari untuk mengaturkan rancangan dan membuat segala rupa angkara untuk merampas kekuasaan Negara ini. Mereka menunggu tiba harinya, pada waktu mana Cina Komunis akan memberi sokongan dengan secara langsung kepada mereka. Marilah kita sama-sama menunggu sama ada sokongan yang seperti itu akan tiba ataupun bagi pelampau-pelampau Melayu menunggu PKI meng­ambil kuasa di Indonesia.

Saya pernah berkata, bahawa sekiranya Cina melanggar Malaysia, saya akan menyerah diri. Apa yang saya maksudkan ialah oleh sebab negara ini tidak terdaya hendak menentang kuasa-kuasa yang besar, maka tidaklah ada faedahnya kita korbankan nyawa rakyat yang tidak berdosa di Malaysia dengan menjadikan negara ini sebagai medan perjuangan. Sekiranya peperangan berat sebelah itu berlaku, maka orang Melayu yang telah menjadi musuh komunis ialah orang yang mula-mula sekali akan menanggung penderitaan, dan tidaklah kita dapat hendak meng­agakkan apakah nasib yang akan menimpa mereka itu.

Maka pada ketika itulah sebenarnya kejadian membelah perut, memotong buah dada, dan memperkosa wanita-wanita sebagaimana yang tersebut dalam surat tadi akan berlaku.

Sementara Cina Komunis ialah kuasa di belakang anasir-anasir Cina yang taat setia di Malaysia ini, saya juga tahu bahawa mereka membantu parti-parti Melayu yang menentang UMNO sekalipun anggota parti ini tidak mengetahuinya. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia yang taat setia sedang dihimpit oleh komunis daripada dua belah pihak – satu pihak terdiri daripada orang Melayu yang terpesong, dan satu pihak lagi dari­pada orang Cina yang telah tertipu.

Oleh yang demikian, jalan yang terbuka bagi rakyat yang taat setia itu ialah menolong kerajaan dengan apa jua cara yang dapat, dan me‑ nolong memperkuatkan segala tenaga yang dapat memperkuatkan kedudukan kerajaan bagi menghadapi ancaman musuh kita—komunis. Mereka hampir berjaya dalam rusuhan 13 Mei itu, tetapi dengan pertolongan Allah SWT dan dengan adanya tindakan yang tegas daripada kerajaan yang mempunyai kepercayaan yang penuh atas kebolehannya dan juga dengan adanya sokongan daripada rakyat yang taat setia dan perkhidmatan cemerlang pasukan keselamatan, maka mereka telah gagal. Jika kita semua bekerjasama dan jika kita sentiasa berwaspada ter‑hadap sebarang angkara yang dilakukan oleh komunis di tengah-tengah masyarakat, sama ada dengan cara terbuka ataupun secara sulit, yang diarahkan dari luar negara, maka kita akan dapat menghadapi ancaman yang akan ditimbulkan dalam negara ini.

Jika kita menyedari hakikat-hakikat ini dan yakin kepada diri kita sendiri, serta jika berazam hendak menghancurkan usaha-usaha komunis yang bertujuan untuk mempengaruhi dan merosakkan kehidupan pen­duduk-penduduk di negara ini, maka saya tidak sekali-kali berasa syak dan waham, taat setia yang ditunjukkan oleh penduduk-penduduk itu akan mendatangkan satu keuntungan yang boleh menjadikan Malaysia yang kita kasihi ini sebagai sebuah negara yang berbahagia untuk se­lama-lamanya, dan juga menjadikannya sebagai sebuah negara yang mempunyai cara hidup sebagaimana yang kita sukai.


-------------------------------------------------

23. Mimpi dan Alamat

Pada satu malam bulan purnama yang jatuh pada hari Jumaat, 2 Mei, lapan hari sebelum hari mengundi dan 11 hari sebelum rusuhan itu berlaku, saya telah mendapat satu mimpi yang boleh dikatakan luar biasa.

Dalam mimpi, didapati saya berada di lorong belakang antara dua deretan rumah. Lorong itu sempit, becak, berlumpur, dan kotor dengan sampah sarap, dan kekotoran yang seperti itu tidak pernah saya lihat dari dahulu. Sedang saya berdiri di situ dengan tidak tahu apa yang hendak dibuat, tiba-tiba tikus longkang (sebesar kucing yang sederhana) telah berduyun-duyun keluar dari pant sebelah kiri dan datang ke tengah­tengah lorong yang tersebut lalu memakan sampah-sampah dan kotoran yang ada di situ.

Tikus-tikus itu nampaknya bengis dan memamah sampah sarap dengan ganasnya. Saya cuba hendak pergi ke sebelah lorong yang tidak dipenuhi oleh tikus-tikus itu, tetapi dengan tiba-tiba berterbangan keluar lalat-lalat hijau yang kotor dari sebuah pant di sebelah kanan, dan me­menuhi kawasan yang kosong itu. Dengan itu, maka saya telah ter­perangkap kerana tidak ada lagi jalan yang boleh saya lalui.

Tikus-tikus dan lalat-lalat itu terus juga keluar dari kedua-dua belah pant itu, dan saya mengambil keputusan untuk keluar dari situ dengan merempuh mereka. Oleh sebab saya fikir tikus-tikus itu akan menyerang saya, maka saya tidak mengikuti jalan yang ada tikus-tikus itu, tetapi merempuh lalat-lalat hijau itu sambil menutup mata dan muka saya dengan lengan. Lalat-lalat hijau itu berterbangan dan berdesing-desing di sekeliling saya dan mengikut saya seketika, tetapi akhirnya saya dapat lepas daripada mereka dan terus keluar ke jalan yang bersih dan udara yang segar.

Apabila sedar daripada tidur, saya tidak dapat mentafsirkan mimpi itu. Saya memberitahu isteri dan meminta beliau mentafsirkan, beliau juga tidak dapat mentafsirkan mimpi itu tetapi nyatalah ia memberi alamat bahawa satu kejadian buruk akan berlaku, dan kejadian itu akan men­datangkan kesusahan besar kepada saya.

Pada ingatan saya, tikus-tikus dan lalat-lalat hijau itu merupakan dua binatang yang kotor sekali dalam dunia. Oleh itu, mimpi saya itu tentulah menandakan bahawa ada satu perkara dahsyat akan berlaku. Saya mem­beritahu isteri bahawa saya rasa ada musuh-musuh yang berusaha hendak menjahanamkan saya atau sekurang-kurangnya hendak menyekat usaha­usaha saya mewujudkan keamanan dan kebahagiaan. Saya segera men­catatkannya ke dalam buku ingatan saya supaya kemudian kelak dapatlah saya mengerti tujuan mimpi saya itu daripada kejadian-kejadian yang akan berlaku.

Dalam masa beberapa hari sejak mimpi itu, saya berkali-kali cuba mencari makna tikus-tikus dan lalat-lalat hijau itu. Saya tidak dapat melupakan mimpi itu kerana semua yang berlaku di dalamnya sangat jelas, dan merupakan alamat yang sangat buruk.

Pada pagi hari mengundi, satu lagi kejadian yang merunsingkan saya telah berlaku selepas sembahyang subuh. Apabila hendak bangkit dari tikar sembahyang, tasbih yang saya gunakan telah tersangkut di penjuru meja dan putus talinya sehingga biji-biji tasbih itu bertaburan di atas lantai.

Kejadian ini juga tentu mempunyai makna. Saya telah menggunakan tasbih ini selama beberapa tahun untuk berzikir selepas sembahyang, tetapi kejadian yang seperti ini tidak pernah berlaku. Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui kenapa tasbih itu terputus talinya pada pagi itu, iaitu hari mengundi. Saya mula berasa gelisah dengan kejadian-kejadian yang pelik ini; mungkin ia mempunyai alamat yang tidak baik.

Sekarang baru saya tahu apa yang dimaksudkan oleh mimpi tersebut. Tikus-tikus itu nyatalah merupakan komunis-komunis Malaysia atau konco-konco dan penyokong mereka serta semua anasir-anasir jahat.

Orang inilah yang menganjurkan perarakan mayat pada 9 Mei dan sebagaimana yang telah saya ceritakan tadi, mereka telah cuba hendak menimbulkan peristiwa buruk dalam perarakan itu supaya terhalanglah pilihan raya. Mereka tidak berjaya dalam percubaan ini, tetapi mereka telah berjaya menimbulkan perasaan buruk dan meninggalkan kesan yang membahayakan keamanan.

Mereka telah menyematkan perasaan perkauman di hati orang ramai dan melakukan perbuatan yang membawa kepada tercetusnya kekacauan besar pada 13 Mei. Ringkasnya, mereka telah menaburkan benih-benih dan sekarang mereka hendak menikmati hasilnya.

Elok saya terangkan bahawa pihak Cina Komunis tidaklah bertujuan hendak menimbulkan pergaduhan atau pertelingkahan perkauman seperti yang berlaku itu, tetapi hasil perbuatan-perbuatan mereka pada lazimnya berakhir dengan kejadian seperti ini. Apa sebabnya begitu? Sebabnya ialah orang Melayu enggan menurut perintah mereka dan sebarang perselisihan dengan orang Melayu pastilah membawa kepada pertelingkahan kaum.

Ini telah terbukti dalam kejadian yang berlaku di Pulau Pinang semasa komunis memberi perintah supaya diadakan Hartal; orang Melayu tidak hirau kepada perintah itu dan apabila mereka menyerang pekedai-pekedai Melayu, maka orang Melayu lain telah datang menolong mereka itu se­hingga membawa kepada timbulnya satu pertempuran kaum.

Tujuan mereka hendak merosakkan kerajaan dengan mengadakan "boikot" itu telah bertukar menjadi satu pertempuran antara orang Melayu dengan orang Cina, iaitu satu kejadian yang bukan dimaksudkan oleh komunis. Dengan cara yang seperti ini, rancangan-rancangan komunis selalulah terhalang dengan sikap orang Melayu itu.

Kejadian yang seperti ini telah berlaku sekali lagi pada hari perarakan mayat. Tujuan mereka hendak menunjukkan perasaan menentang kerajaan, tetapi dengan melakukan perbuatan itu, mereka telah me­nyentuh perasaan orang Melayu. Sikap orang Melayu ialah kiranya mereka menyifatkan kerajaan negara ini sebagai kerajaan mereka, maka perbuatan mengutuk kerajaan itu bererti mereka juga mengutuk diri mereka sendiri. Orang Melayu merupakan antikomunis, tetapi nampak­nya Cina Komunis tidak memahami sikap dan pendirian orang Melayu itu. Bilangan orang Melayu yang mempercayai ideologi mereka boleh dikatakan berapa kerat sahaja.

Pada 12 Mei, Dr. Tan Chee Khoon dan anggota partinya telah me­ngadakan perarakan mereka untuk merayakan "kemenangan" parti mereka, dan dalam perarakan itu anggota DAP juga turut campur. Per­arakan itu telah berjalan dengan teratur sebagaimana yang dirancangkan, tetapi selepas tamatnya perarakan itu, anggota parti yang tersebut telah hilang akal fikiran mereka dan menunjukkan kelakuan yang biadap. Semasa dalam perayaan itulah mereka telah melakukan perbuatan yang tidak senonoh dan melemparkan kata-kata yang keji. Perbuatan mereka yang keji itu dengan sendirinya memasukkan mereka ke dalam perangkap tikus-tikus longkang tersebut.

Perarakan mayat yang dianjurkan oleh komunis pada hari Jumaat dan sambutan "kemenangan" yang diadakan oleh Gerakan dan DAP pada hari Isnin merupakan dua kejadian yang memprovokasikan tercetusnya kekacauan yang sehabis-habis buruk yang belum pernah berlaku di bandar Kuala Lumpur yang aman ini. Tunjuk-tunjuk perayaan yang berlaku satu demi satu telah dianjurkan oleh Cina Komunis dan parti­parti politik tersebut, yang merupakan perbuatan-perbuatan provokasi dan jahat, telah memberi makna yang jelas terhadap tujuan mimpi saya itu.

Sekarang apakah pula erti lalat-lalat hijau? Pada malam 25 Mei, seorang daripada pelayan di Residency telah memberitahu saya bahawa seorang sahabat lama saya Dato' Sayed Esa Almanoer hendak bercakap dengan saya menerusi telefon. Apabila saya mengangkat telefon itu, saya dapati bukanlah suaranya, tetapi seorang lain yang cuba hendak me­nyamar suaranya dan bercakap dalam bahasa Inggeris. Dia memberitahu saya bahawa ada 20 orang ahli UMNO yang sedang bermesyuarat pada masa itu, di satu tempat dan mereka telah mengambil satu keputusan meminta saya meletakkan jawatan.

Saya cuba hendak mengecam suaranya, tetapi tidak dapat. Apabila saya bertanya siapa, dia enggan memberitahu namanya. Jadi, saya kata kepadanya, "Go to Hell" (pergi jahanam). Panggilan telefon yang se­umpama ini telah dibuat berulang kali dalam masa tiga atau empat malam kemudiannya. Apabila diberitahu kepada orang yang memanggil itu bahawa saya tidak ada di rumah, dia telah memberitahu kepada pelayan yang menjawab telefon itu supaya memberitahu kepada saya supaya meletakkan jawatan kerana saya tidak dikehendaki lagi dalam UMNO dan dalam kerajaan.

Pada 6 Jun pula, iaitu hari yang sepatutnya saya masuk hospital, Utusan Melayu telah menerbitkan satu berita yang mengandungi pendapat beberapa orang anggota UMNO bahawa adalah bijak bagi MCA tidak mencampuri dalam Kabinet. Saya telah menasihatkan mereka itu supaya jangan mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana saya bimbang perbuatan itu mungkin akan menambahkan perpecahan dan dengan itu juga akan mencacatkan pentadbiran. Sebarang persoalan perkauman yang di­bangkitkan pada waktu ini akan membahayakan keamanan.

Selang tidak berapa lama, iaitu pada 18 Jun, saya telah menerima surat daripada Dr. Mahathir yang telah saya ceritakan terdahulu. Surat ini kemudiannya telah didapati tersebar beribu-ribu naskhah. Kandungan­nya semata-mata bertujuan hendak menghina saya di mata orang ramai dan menaikkan perasaan marah dan benci orang ramai terhadap diri saya.

Kempen benci terhadap diri saya ini telah mengejutkan orang Melayu yang taat setia amnya dan anggota UMNO khasnya. Saya sendiri meng­hadapi dugaan yang berat. Keadaan tegang timbul dalam parti yang boleh membawa kepada timbulnya perpecahan dalam UMNO. Sungguhpun begitu, dengan adanya perasaan kesedaran, maka Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah memecat Dr. Mahathir.

Perkara ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Mereka terus menganiaya diri saya. Beberapa banyak lagi surat-surat yang liar telah dikirim dan disebarkan kepada orang ramai. Lalat-lalat hijau ini terus mengekori saya, dan mereka masih berdesing-desing di sekeliling saya.

Sekarang dapatlah saya faham bahawa biji-biji tasbih yang telah terburai daripada talinya itu merupakan pecahnya keamanan dan keharmonian antara pelbagai kaum. Tikus-tikus boleh dibunuh, lalat­lalat boleh diusir, dan biji-biji tasbih boleh dicucuk kembali dengan benangnya. Marilah kita berdoa supaya segala penderitaan dan percuba­an yang kita telah alami serta bencana dan kesan buruk yang timbul daripadanya itu akan menjadi pengajaran kepada kita semua.

Pihak kerajaan sebenarnya bersungguh-sungguh mengamalkan sikap sabar dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturan. Se­patutnya kita tidak membenarkan mayat pemuda Parti Buruh itu disimpan di rumah mayat di Jalan Sultan yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, tetapi memerintahkan supaya mayat itu dibawa pulang ke kampungnya di Kepong untuk dikebumikan. Niat Parti Buruh itu adalah jelas; mereka hendak mempersendakan pemerintah dan melakukan perbuatan yang boleh memecahkan ke­amanan. Cara mereka mengadakan perarakan mayat menunjukkan dengan jelas niat dan tujuan mereka. Mereka tergamak meminta ke­benaran supaya perarakan itu diadakan pada hari mengundi. Jika permintaan mereka diluluskan, mungkin pilihan raya di Kuala Lumpur tidak dapat diadakan. Kesan perarakan mayat itu tentulah buruk ke atas negara pada keseluruhannya, tidak kira pada hari mana jua pun is diadakan kerana perarakan yang seumpama itu akan membangkitkan perasaan anti-kerajaan.

Oleh sebab Gerakan dan DAP tidaklah sekali-kali patut mengadakan perarakan "kemenangan" mereka setelah perarakan mayat itu telah diadakan dan kesan-kesan daripadanya menunjukkan bahawa perbuatan itu telah menimbulkan perasaan yang buruk. Cara bagaimana mereka merayakan "kemenangan" tidak dapat tidak mesti mengakibatkan kejadian seperti yang telah berlaku itu dan saya meletakkan tanggung­jawab yang lama ke atas parti-parti ini atas kekacauan yang telah berlaku.

Setelah parti-parti pembangkang mengadakan perarakan kemenang­an, maka tidaklah pula dapat hendak disekat kehendak UMNO untuk mengadakan perarakan kemenangannya pada 13 Mei. Jika perarakan UMNO itu tidak diadakan, maka moral anggota parti itu tentulah jatuh setelah parti pembangkang menunjukkan kekuatan mereka, dan juga kerana anggota UMNO ini telah dicerca oleh parti pembangkang itu. Oleh itu, rusuhan-rusuhan 13 Mei yang telah timbul akibat daripada perarakan itu merupakan satu kejadian yang dikutuk, dikesal, dan tidak dapat dimaafkan.

Selain itu, dalam kempen pilihan raya, asas-asas demokrasi telah dipersenda dan Perlembagaan telah dicabul serta dipermainkan oleh semua parti pembangkang. Pemimpin-pemimpin mereka telah melan­carkan kempen dengan tidak menghiraukan dan tidak menghormati Perlembagaan yang menjadi piagam demokrasi negara.

Sesungguhnya mereka telah membuat ucapan seolah-olah negara ini tidak mempunyai perlembagaan. Pensyarah-pensyarah yang berdiri di atas pentas DAP telah kedengaran berkata bahawa sekiranya mereka memegang kuasa, mereka akan melucutkan hak-hak orang Melayu. Banyak lagi ucapan mereka tentang soal berbilang bahasa dan soal perkauman yang lain yang tidak sekali-kali patut dikeluarkan. Banyak perkara yang ditimbulkan oleh ahli Gerakan dan DAP merupakan persoalan yang bercorak provokasi yang boleh difahami oleh orang Melayu bahawa sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya itu, orang Melayu akan "diajar" dalam negara ini.

Pada satu pihak lagi, PAS menjalankan kempennya yang boleh diertikan sebagai bertujuan hendak mengambil kuasa negara ini untuk orang Melayu sahaja. Menurut PAS, sekalipun mereka mengakui adanya orang lain dalam negara ini, orang yang bukan Melayu tidak akan di­benarkan mengambil bahagian dalam pemerintahan negara ataupun diberi sebarang hak dalam negara ini.

Sebaliknya Parti Perikatan berdiri teguh di belakang Perlembagaan, dan dengan sebab itu, Perikatan telah menjadi sasaran serangan daripada semua pihak. Sungguhpun begitu, keputusan pilihan raya telah mem­buktikan satu perkara. Sekalipun dalam kempen itu pelbagai tuduhan telah dilancarkan ke atas Perikatan dan pelbagai kritik telah dihalakan kepada Perlembagaan negara ini, rakyat masih juga memilih Perikatan untuk memegang kuasa. Ini menunjukkan satu bukti yang jelas bahawa rakyat Malaysia menyokong Perikatan kerana mereka menyifatkan parti itu sebagai pendukung Perlembagaan—iaitu sebuah piagam yang menjamin kebebasan, hak-hak perseorangan, dan keselamatan.

Oleh itu, apakah yang patut kita lakukan supaya Perlembagaan itu dihormati? Perlembagaan menjadi asas kemerdekaan kita dan atas asas inilah kita telah membina negara kita. Oleh itu, kita mestilah sentiasa menegakkan Perlembagaan kita itu dan mempertahankan serta melin­dunginya daripada segala kekuatan yang ada pada kita.

Saya dapat tabu bahawa di Amerika Syarikat semua parti politik yang mengambil bahagian dalam pilihan raya bersetuju tidak menyentuh hal­hal Perlembagaan mereka. Perlembagaan disifatkan sebagai dokumen yang suci dan tidak dibiarkan mana-mana pihak menjadikannya sebagai satu perkara yang boleh dipersoalkan dalam kempen-kempen pilihan raya ataupun di mana-mana jua. Perbincangan ke atas piagam kebebasan Amerika yang penting dilakukannya cuma pada tempat dan masa yang tertentu sahaja, dan kita mestilah menghormati perlembagaan kita itu lama seperti penghormatan yang ditunjukkan oleh semua orang Amerika kepada perlembagaan mereka.

Dalam perlembagaan kita, terdapat syarat-syarat yang menentukan cara bagaimana dapat dibuat pindaan, tetapi pindaan-pindaan telah dibuat tentang pentadbiran dan keselamatan negara di mana-mana yang di­fikirkan perlu.

Kiranya kita hendak mencegah daripada berulangnya peristiwa 13 Mei (saya yakin inilah cita-cita setiap orang di Malaysia di mana-mana jua mereka berada), maka undang-undang pilihan raya itu mestilah dipinda bagi mengadakan syarat-syarat bahawa perkara dalam Per­lembagaan itu tidaklah boleh ditimbulkan dalam pilihan raya, dan jika mana-mana parti atau orang perseorangan melakukan kesalahan me­langgar undang-undang ini, maka mereka akan dihukum. Dengan cara ini sahajalah dapat kita menjamin bahawa demokrasi boleh berjalan di negara ini.

Tidak patut mereka mengambil bahagian dalam pilihan raya di negara ini, mempersendakan demokrasi ataupun mencabul asas-asasnya. Jika mereka tidak dapat menunjukkan penghormatan atau tidak mengambil endah atas semangat dan tujuan perlembagaan, maka mereka tidak patut mempunyai hak bertanding dalam pilihan raya di atas nama demokrasi. Calon-calon yang bertanding mestilah disuruh mengangkat sumpah bahawa mereka akan menghormati dan taat serta menjunjung Perlem­bagaan, dan jika mereka tidak sanggup mengangkat sumpah itu, maka mereka hendaklah ditegah daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya.

13 Mei merupakan satu ingatan berkekalan kepada kita semua tentang bahaya yang akan timbul daripada sikap mengetepikan Perlembagaan dan mempermain-mainkan soal-soal yang menyentuh perasaan, adat resam, dan adat istiadat pelbagai kaum, terutama sekali dalam masyarakat negara kita yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.

Sungguhpun kita baru sahaja mempunyai satu sejarah yang singkat selama 12 tahun sebagai sebuah negara yang merdeka, tetapi bukankah sejarah itu menjadi bukti yang berkekalan bahawa kejayaan-kejayaan kita itu berasas kepada perpaduan pelbagai kaum yang terdapat di negara kita ini. Ketika kita menubuhkan negara, kita sedar di atas hakikat ini dan dengan sebab itu kita telah menggunakan cogan kata "Bersatu Bertambah Mutu" bagi negara kita. Kejayaan yang telah kita capai dan martabat tinggi yang telah kita peroleh pada pandangan dunia, bukanlah dengan usaha sesuatu kaum sahaja, tetapi dengan usaha semua kaum di Malaysia, iaitu mereka yang berbangga memanggil dirinya "Malaysian".

Sejarah dan ilmu alam telah menjadikan negara kita ini sebuah negara yang istimewa daripada beberapa segi kerana di sinilah tiga kaum yang terbesar di Asia bercampur dan bersatu dalam sebuah negara. Dengan berkat kerja bersama-sama sebagai satu bangsa, maka kita telah menjadikan negara ini sebagai tanah air kita. Lagu kebangsaan kita, "Negaraku" menjadi bukti atas keazaman kita hendak hidup dan bekerja bersama-sama untuk memasyhurkan nama negara kita.

Kita seharusnya berasa bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya dalam kalangan negara-negara baru yang muncul di dunia ini, sehingga negara­negara lain yang tidak begitu bahagia, memandang Malaysia dengan perasaan iri Kati.

Nyatalah bahawa pengalaman yang kita peroleh, pada masa lalu dapat menjadi panduan yang terbaik kepada kita pada masa hadapan sebagai satu bangsa. Oleh yang demikian, marilah kita bercita-cita untuk men­capai kejayaan yang lebih cemerlang dengan berpandukan kepada pengajaran-pengajaran yang kita telah peroleh pada masa yang lepas.

Tidak dapat saya huraikan dengan secukup-cukupnya tentang peri mustahaknya kita semua cuba seberapa daya untuk hidup bersama-sama, dan cuba mempelajari daripada satu sama lain dengan semangat persefahaman dan hormat-menghormati supaya kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan. Kita mesti bergantung kepada diri kita sendiri bukan sahaja sebagai satu bangsa, bahkan juga sebagai orang perseorangan. Kita mesti mempunyai kepercayaan yang teguh bahawa kita dapat berbuat lebih baik daripada apa yang telah kita capai pada masa lepas. Selagi kita sedar dan insaf bahawa perpaduan itulah menjadi kunci kejayaan kita, maka tidaklah ada perkara yang patut kita bimbang.

Rakan-rakan dan sekutu kita – British, Australia, dan New Zealand – yang telah menolong semasa kita dalam kesusahan menentang keganasan Parti Komunis Malaya dan konfrontasi Sukarno, akan meninggalkan negara kita tidak beberapa lama lagi sambil berjanji bahawa mereka akan datang untuk menolong kita pada waktu kita memerlukannya. Peraturan­peraturan mengenai bantuan itu perlulah dibuat terlebih dahulu dan peraturan-peraturan ini hendaklah dipersetujui oleh semua pihak.

Sementara itu, kita mestilah memperkuatkan pertahanan-pertahanan kita sendiri. Pertahanan-pertahanan ini bukan sahaja merupakan langkah memperalatkan negara kita dengan senjata, kapal terbang, dan kapal perang, bahkan juga merupakan usaha memperkemaskan diri kita dengan cara bersatu padu, berazam, dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang musuh daripada mana-mana pihak jua pun.

Kita juga sedang merapatkan tali persahabatan kita dengan negara­negara jiran untuk menjamin keselamatan dan keamanan. Bagaimanakah kita boleh berjaya mendapatkan sahabat kiranya di negara kita sendiri, kita tidak dapat memelihara persahabatan antara sesama kita?

Kita mesti berpegang teguh kepada sahabat-sahabat yang kita telah uji keikhlasannya, kerana dengan jalan inilah dapat kita membezakan antara kawan dan lawan. Ujian ini dapat kita lakukan dengan cara sentiasa menyedari bahaya daripada mereka yang hendak merosakkan kita, me­runtuhkan perpaduan dan kebahagiaan kita serta menjahanamkan kemakmuran dan keamanan kita.

Kita tidak mempunyai daya upaya untuk mengadakan segala kekuatan yang diperlukan bagi pertahanan, tetapi kita mempunyai senjata-senjata yang boleh kita gunakan, iaitu senjata-senjata yang telah pun ada pada kita. Senjata-senjata ini ialah kekuatan moral, perpaduan, dan keazaman, iaitu sifat-sifat yang kita dapat timbulkan antara sesama sendiri kerana kekuatan senjata-senjata ini tidaklah ada batasannya. Jika kita sanggup menggunakan senjata-senjata ini, maka dapatlah kita menentang segala ancaman dalaman ataupun luaran.

Sekiranya kita lupa kepada syarat-syarat ini, sebagaimana yang telah berlaku dalam bulan Mei baru-baru ini, maka bererti kita memberi peluang kepada musuh-musuh kita menimbulkan sesuatu bencana. Tidak ada sebab kenapa kita patut membiarkan kejadian itu berlaku. 13 Mei merupakan satu pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai. Kejadian itu juga telah mendedahkan kelemahan-ke­lemahan yang mesti kita perbaiki.

Pada 13 Mei itu, harapan negara kita terletak di ambang keruntuhan, dan sebab kejadian itu kerana kita tidak mengakui pada diri sendiri kedudukan dan hakikat yang sebenar. Oleh yang demikian, marilah kita berazam untuk bersungguh-sungguh mengelakkan daripada berlakunya lagi kelalaian dan kecuaian yang seperti itu. Marilah kita berazam untuk mempertahankan demokrasi dan cara hidup yang kita cintai.

Maka saya berdoa ke hadrat Allah SWT untuk memohon limpah rahmat-Nya bagi mengembalikan buat selama-lamanya muhibah, ke­harmonian, keamanan, dan persahabatan antara satu sama lain di negara kita ini sebagaimana yang terdapat sebelum 13 Mei.


0 Responses

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
  • My Ebook

    My Ebook
    Komputer - Shortcut,Tips dan Tricks

    Dapatkan Ebook berguna ini untuk panduan dan rujukan anda.Ebook 60 Mukasurat penuh dengan panduan bergambar ini dijual dengan harga promosi RM15.00. Sila layari link ini untuk mengetahui kandungannya secara lengkap dan cara pembayaran.Sila email kepada aura3_biz@yahoo.com untuk pembayaran.ataupun sms ke 0196633423.

    pembayaran boleh dilakukan melalui bank transfer ;
    Maybank & Public Bank


  • Yahoo Mesengger

    Online

    Followers